Tuesday, December 31, 2013

Assignment Dc - Electric Circuit Fundamental , Basic Concepts


Bismillahirahmaniraheem,

Alhamdulillah, thanks to God! 
Hey, this is my assignment in Bachelor of Technology Electric Engineering (Robotic and Automation).

No need books now, just see my video. InshaAllah all of you can understand. 

Oh ya! Dont forget to leave ur comment and like, syukran! 

Ika Dekchik

Thursday, October 3, 2013

Antara Dua Peraturan

"Negaraku, tanah tumpahnya darahku", lagu Negaraku berkumandang seluruh dewan,
Kedengaran lagu itu sehingga ke pembesar suara luar dewan memecah keheningan pagi itu.

Kelihatan seorang remaja berlari-lari menuju ke arah dewan, dipegang tombol pintu dewan besar, lalu di tolak semampunya.

Wajahnya kelihatan sedikit pucat dek kerana hatinya gusar dan bimbang dia menjadi perhatian, dan tidak berdiri tegak sewaktu lagu Negaraku dinyanyikan.

Habis sahaja lagu negaraku, semua yang berada didalam dewan tadi duduk serentak.Tinggallah si budak yang terlewat tadi tercari-cari kerusi jikalau masih ada kosong.

Datang sahabatnya, "Amboi lewat nampak hari ni, orang menyanyi negaraku berdiri tegak, dia berlari-lari", perli kawannya.

Budak tadi senyum tawar. Acara dewan terus bermula sehingga waktu tengahari. Diberi rehat seketika untuk makan dan tunaikan solat fardhu dzuhur.

Ketika beratur untuk mengambil makanan masing-masing, kedengaran suara azan bergema, memanggil, memuja dan memuji yang Maha Esa.

Kelihatan, ketika azan ada yang ketawa berdekah-dekah berjenaka bersama sahabat-sahabatnya, seolah-olah tak mendengar azan tersebut, khusyuk pula sekumpulan remaja membelek handphone masing-masing dengan internet dan sebagainya. Cuma segelintir yang menjawab azan. Alhamdulillah,

Hakikatnya, manusia mampu hormat berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Negaraku, tapi tak mampu hormat ketika mendengar azan? Allah, 

**************

Manusia, lebih takut dengan undang-undang manusia itu sendiri, berbanding undang-undang yang telah diaturkan Allah?

Setiap apa yang kamu buat akan diperhitung disana! Kawan, kerna sayang aku ingatkan, andai tak sayang aku biarkan. (^_^) 



IkaDekchik
Durian Tunggal - Melaka

Lautan luas dan dua sahabat

Kelihatan dua sahabat berjalan-jalan dipersisiran pantai. Sesekali diselang seli dengan bunyi burung berkicau. Angin sepoi-sepoi bahasa, cukup menenangkan hambaNya yang berjiwa sepi.

Bunyi ombak turut berzikir kepadaNya, dua sahabat itu terus berjalan sambil melakarkan kisah-kisah hidup mereka. Sesekali mereka tertawa riang dek kelucuan sahabatnya Solehah. Tiba-tiba seperti ada yang tak kena.

"Hmm, Solehah....", kata-kata Wahidah terhenti.

"Ya? Jawab Solehah ringkas.

Seperti ada sesuatu yang ingin dikongsikan Wahidah, namun lidah itu kelu.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang boleh ana bantu enti?", tanya Solehah sambil tersenyum lalu dipaut bahu sahabatnya Wahidah.

"Hmm, ana tak tahu nak mula dari mana, ana malu dengan enti", raut wajah Wahidah berubah menjadi sayu.

Kedua-duanya terdiam, cuma terdengar ombak memecah kesunyian. Solehah cuba menarik perhatian sahabatnya.

"Eh, ada batu besar disana, jom duduk dulu nak? Enti tak penat ke?", kata Solehah sambil menunjuk ke arah batu besar itu.

Wahidah cuma mengangguk, merasakan apa yang dia cuba hendak sampaikan seperti tak diendah sahabatnya.

"Cepatlah enti ni, cergaslah sedikit! Macamana nak dakwah kalau badan lembik!", usik Solehah lalu digenggam erat tangan sahabatnya diajak berlari-lari anak ke batu besar itu.

Mereka duduk diatas batu besar itu, melihat lukisan alam terbentang luas. Lidah mereka tak putus-putus memuja dan memuji Allah.

"Sekarang, cerita sajalah masalah enti, mana tahu ana boleh bantu? Kalau tak dapat bantu selesaikan masalah pun, ana boleh jadi pendengar yang setia buat enti", kata Solehah.

Mendengar kata-kata dari Solehah, Wahidah seperti ditiup semangat, ingin saja dia kongsikan kepada sahabat yang dia cintai itu.

"Macam ni Solehah, ana sedih juga dengan sikap ana ni, ana ni nampak diluaran sahaja alim, tapi ana tak rasa iman ana kuat, kadang-kadang ana rasa ana ni lebih cintakan dunia dari akhirat. Ana semacam tak percaya akan janjiNya, ana selalu mahu apa yang ana nak Allah mesti bagi! Kalau Allah tak bagi, ana rasa sedih, ana rasa Allah tak adil, dan sebagainya", ujar Wahidah, berkaca matanya, pipinya merah menahan tangis.

Solehah tersenyum penuh harapan pada sahabatnya, lalu dia memeluk erat tubuh sahabatnya. Dalam dekapan ukhuwah mereka merasai kasih antara satu sama lain. Lantaran mereka berkongsi kasih sayangNya!

"Cuba enti tengok air laut tu!", Solehah menunjuk jari ke arah laut.

Lalu diajak sahabatnya turun dari batu dan menuju ke arah air laut.

"Sekarang, ana nak enti celup jari enti dalam air laut, kemudian angkat jari enti, cuba perhatikan titisan air laut yang jatuh dari jari enti", sekali lagi Solehah menyuruh Wahidah.

Wahidah cuma turutkan permintaan sahabatnya, walau dihatinya sedikit bingung.

"Lepas tu? Apa yang cuba enti sampaikan ni? Ana tak faham langsung", tanya Wahidah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Solehah tersenyum girang melihat reaksi sahabatnya, sambil mengangkat kening Solehah berkata,


"Rasulullah saw bersabda : "Perbandingan antara dunia dan akhirat tidak lain seperti seseorang daripada kalian yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Setelah itu, dia melihat berapa banyak air yang melekat dijarinya ketika dia menarik keluar jarinya dari laut".
(H.R Muslim)

"Bayangkan Wahidah, yang enti cintakan hanya air yang melekat dijari enti adalah kehidupan dunia, manakala lautan luas didepan mata kita ini adalah kehidupan akhirat! Betapa luasnya, betapa jauhnya beza! Enti pilihlah, enti nak setitis air tadi, atau air laut ini?", Solehah mengangkat kening.

Wahidah terdiam.

Terlalu banyak yang sahabatnya berkongsi, didalam hati Wahidah, dia bermonolog sendirian,"Sungguh engkau sahabatku tak pernah tamak dengan ilmumu, tak pernah berbangga dengan kelebihanmu, setiap nasihat penuh hikmah! Engkaulah sahabat yang mampu membawa aku ke syurga kelak, Allah, didalam doaku, tak putus aku meminta supaya Engkau tetapkan nikmat hidayah ini, namun tidak pernah ku sedar, Engkau telah memakbulkan doaku, dengan kehadiran sahabatku disisi yang senantiasa mengingatkan tentang cintaMu, kuasaMu, syukran 
Allah! 

Benarlah, hidup ini bukan macam doeramon, apa nak semua dapat, tapi hidup ini realiti, hidup ini Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu.


Ya, dalam dakapan ukhuwah, kita merasa tenang. Kerna dia sahabatku!



IkaDekchik
Durian Tunggal - Melaka.

Monday, September 16, 2013

Engineering Student

Bismilahirahmaniraheem,

Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmat kesihatan yang diberi olehNya dapat Dc coretkan sesuatu disini.Moga-moga sahabat semua juga dalam keadaan baik.InshaAllah.

Selawat dan salam ke atas kekasihMu Rasulullah saw sebaik baik makhluk ciptaan, sedang Allah dan malaikat turut berselawat kepada baginda, apa alasan kita untuk tidak berselawat padanya.

Tiada apa yang terlalu penting untuk diceritakan kepada sahabat-sahabat.Cumanya, bagi Dc berkongsi sesuatu pengalaman atau cerita yang menarik adalah salah satu perkara yang baik. Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat.

InshaAllah, andai ada yang terlihat status-status Dc di facebook, mungkin sudah ada yang tahu.Ya benar, Dc kembali ke medan kejuruteraan dalam ijazah sarjana muda untuk terus meneruskan beribadat kepadaNya. Doakan semoga Dc terus  qowi! 

Atas takdir Allah Dc dipilih untuk menjadi salah seorang penuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau lebih dikenali dengan UTeM. Juga Alhamdulillah, Allah telah mengirimkan hamba-hambaNya yang sangat qowi untuk qowi bersama Dc. (y)
Kawan yang menghantar Dc sewaktu pendaftaran 1 September 2013 lepas

Terlalu banyak ujian terus mendatang kepada kita. Doa Dc moga kita semua kuat!Cuma satu pesanan Dc, jagalah Allah. Allah pasti menjagamu. Yakini aku kawan.

Percayalah, dalam 99 asma Allah, adanya "Allah Maha Mengetahui", ya benar Allah tahu kita mampu, sedang kita sendiri tak tahu? SubhanaAllah, seriously Allah tahu banyak pasal kita. Sweetnya! :D 


Saturday, August 10, 2013

Salam AidilFitri

Assalamualaikum,

Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah swt yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada kita semua.

Tidak dilupakan kepada baginda Rasulullah saw kekasih Allah.Moga kami semua berada di barisan yang mendapat syafaatmu ya Rasulullah saw.

1 Syawal, semuanya bergembira dengan baju raya.Ada yang kelihatan satu keluarga sedondon dengan berbaju kurung dan berbaju melayu.Ada yang berwarna-warni cuba mencari kelainan.Pelbagai gaya!

Alhamdulillah,kita raikan Syawal kita penuh kesyukuran, tanda kemenangan kita berjihad di Bulan Ramadhan.

Moga Allah menerima amalan kamu dan amalan saya. InshaAllah.

Eid Mubarak!


IkaDc,kYong,Adik,Abang,Danial,Danish,KakShila,Mama dan Abah! 

Lama juga kami adik beradik tak tangkap gambar, eh ada anak abang pulak. Danish irfan. 


Untuk tahun ini, kami sekeluarga ala-ala kerabat diraja, iaitu tema kuning! Alhamdulillah,

Moga Allah terus melimpahkan rahmat kepada kami dan kamu semua.Allah itu Maha Penyayang kan? Jadi mengapa masih meragukanNya? :D


IkaDekchik
Cheras-Selangor.



Tuesday, July 30, 2013

Sebarkan bahagia, bukan sebarkan fitnah

Aina merenung jauh dari tingkap bilik rumah sewa yang didiami oleh 4 orang sahabatnya yang lain.Jauh di merenung,entah apa yang ada dalam fikirannya.

"Assalamualaikum,enti buat apa ni?Termenung ingat apa ni?Enti ada masalah yang boleh kita kongsi?Mana tahu dapat kurangkan sedikit beban enti tu", Nur sahabatnya cuba memujuk Aina yang dari tadi dia lihat murung.

"Waalaikumusalam,hmm bagaimana harus ana mulakan pun ana tak tahu,tapi enti,ana bingung saat ini,insan yang ana sayang seperti menjauhkan diri pada ana,ana tak tahu apa salah ana",Aina mula mengadu pada rakannya.

"Eh,siapa yang enti maksudkan ni?Bakal suami?", usik Nur sambil senyum meleret.

"Bukanlah,enti ni,bila ana sebut insan yang ana sayang ja terus kata bakal suami,cinta itukan luas?Cinta pada Allah,cinta pada Rasulullah saw,cinta terhadap ibubapa,kawan,cinta haiwan dan alam persekitaran",Aina cuba melawak memujuk hati sendiri.

"Habis tu,insan yang enti sayang ni yang mana?", Nur bertanya penuh yakin.

"Hmmmmmm...sahabat", Aina menundukkan wajahnya,dia teramat sedih,bergetar dadanya menahan tangisan.

"Apa yang sahabat enti buat kat enti sampai begini sekali impaknya?!", tanya Aina dengan marah.

"Azza.Enti tahu kan dia rapat dengan ana macamana?Tetapi sekarang dia seperti abaikan ana,ana tak tahu apa salah ana.Dia buat ana seperti tiada sekarang,ana cuba pujuk hati tetapi ana sering gagal!Dia selalu sakitkan hati ana,hati ana sakit!Setiap perangainya menyakitkan hati ana,dia itu dan ini....blablabla (3jam)..",

"Allah,teruknya dia!Padahal dia orang yang ada tarbiyyah.Kenapa dia berubah macamtu sekali ya?Hmm, patutlah ana selalu nampak enti sedih,rupanya enti dikhianat sahabat", tambah Nur cuba mencucuk mengganti syaitan. (heh)

"Cinta itu cahaya sanubari,kurniaan Tuhan fitrah insani", lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid tersohor di Malaysia gabungan Inteam dan Mestica memainkan rentaknya dari telefon bimbit milik Nur.

"Eh sekejap,ana pergi angkat panggilan,siapa pula yang hubungi ni", kata Nur ringkas.

"Nur,cakap dengan siapa tu?Serius ja tu", usik Azza dari dapur yang sedang sibuk membancuh teh.

Tiada apa balasan dari Nur,Nur cuma memandang dan membalas dengan senyuman sinis kepada Azza.

Selesai Nur bersembang di talian,dia terus menjauhkan diri dari Azza,dia beranggapan Azza seorang sahabat yang sangat jahat!Kerana banyak sikap buruk yang diceritakan Aina kepadanya.

Azza musykil dengan sikap Nur,"ahhh pedulikanlah,manusia punya hati boleh berubah.Yang penting aku tahu aku ada Allah", Azza bermonolog sendirian sambil melayan secawan teh yang dibancuh sebentar tadi.

Heh!

****************************

Ingat,setiap apa yang kalian dengar dari sesiapapun,jangan terus percaya,kerana bimbang nanti andai ianya dusta.Itu adalah fitnah!

Bila manusia tak peduli kita,kita kena ingat Allah masih peduli kita!

Jangan senang cerita aib kawan.

Nasihatilah kawan,bukan terus mencucuk!

Kawan,ukhuwah kerna Allah itu berbeza.


Ika Dekchik
Cheras - Selangor.

Tuesday, July 23, 2013

Sayang Kawan

Hidup ini,

Kita perlu kawan,tak boleh bersendirian,
Sedang Rasulullah saw itu sendiri punya kawan,

Tapi,
Kawan-kawan kita punya 1001 ragam,
Ada yang suka makan,ada yang suka membebel,ada yang manja dan lain-lain,
Ada pula yang hobinya sama seperti kita,

Bak kata orang,
Kamcing gila!Sebab perangai serupa!

Tapi ada juga yang,
Perangainya berbeza,boleh juga kamcing,
Ya,kerna perbezaan itu yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Aku pandai berjenaka,kau pandai matematik,
Bila kau menangis,aku buat lawak,
Kemudian dengan perlahan engkau tersenyum,
Bila aku tak pandai kira-kira,
Kau beri aku kalkulator. (ceshh!)

Kan itu dah saling melengkapi?
Benar,sahabat itu seronok!
Benar,tidak sempurna iman seseorang daripada kamu selagimana dia (belum) mencintai saudaranya( sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri,

Namun,mana mungkin sayang itu melebihi Tuhannya!
Sedang Tuhan yang menciptakan kita?

Kawan,
Berpadalah dalam menyayangi.
Aku mohon. 




IkaDekchik
Cheras -Selangor.

Wednesday, July 17, 2013

Berkira-kira


"Kringggggggggggg",bunyi jam loceng empunya Farah memecah kesunyian pagi itu.Farah bangun dari tempat tidurnya,jarum jam menunjukkan pukul 4.50 pagi.

"Athirah,bangun.Dah pukul 4.50 pagi ni",jomlah qiamullail",Farah cuba mengejut Athirah yang asyik dibuai mimpi.

"Hmmm ala penatlah,nanti nak tunggu sahur pula,lepas tu solat fardhu Subuh,qiam sunat je kan,lain kalilah ana buat",Athirah berkata dalam keadaan matanya masih tertutup.Kemudian dia menyambung tidurnya.

"Enti ni,bangunlah",sambil tangan Farah mengerak-gerakkan tubuh Athirah rakan sebiliknya supaya bangun untuk bersamanya.

"Apa dia enti ni,ana nak tidur pun kacau",keluh Athirah sambil mencebik muka menunjukkan tanda protes.

Farah cuma tersenyum melihat gelagat rakannya,kerana dia sayangkan sahabatnya dia cuba untuk terus mengejutkan rakannya agar dapat berqiamullail.

"Enti beritahu ana tadi,qiamullail sunat je kan?Tapi kan enti,enti perasan atau tidak,kita ni bila dengan Allah selalu kita berkira-kira.Contohnya macam tadi,enti beri alasan itu sunat je,buat yang wajib dulu.Memang betul kata enti,tapi kita sebagai manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian untuk terus beribadat kepadaNya pula masih bercongak-congak untuk beribadat.Kan?Mengapa perlu berkira denganNya?Sedang Dia tidak!Enti setuju tak apa yang ana terangkan ni?",tanya Farah sambil mengangkat tangan ke dagu,cuba berlagak seperti professor.

"Errr,enti ni kalau dah berkata-kata,ana tak tahu dah nak jawab apa",Athirah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Dah,jom ambil wudu' kemudian kita qiam,ana tak mahu qiam seorang diri,ana nak ada sahabat ana yang comel ni turut qiam",Farah mengusik manja rakan sebiliknya.

Mata Athirah mula berkaca,

"Ya Allah,jagalah ukhuwah kami!Terima kasih hadirkan aku sahabat seperti dia",Athirah bermonolog sendirian.





Cheras-Selangor.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan,Aku Datang!


"Ramadhan tiba,ramadhan tiba,ramadhan tiba,marhaban ya ramadhan",lagu yang bertajuk Ramadhan Tiba yang dipopularkan oleh Opick,penyanyi munsyid yang berasal dari bumi Indonesia,lagunya terus berkumandang melalui telefon bimbit milik Aisyah.Lumrah menjadi pelajar universiti milik kerajaan dan menetap di hostel,radio adalah barang yang terlarang.


Aisyah mengikut bait-bait lirik lagu itu,senyuman tak lekang dibibirnya,hatinya girang tak sabar bertemu Ramadhan.

Tiba-tiba Izzah menjengah Aisyah yang asyik menyanyi dari tadi."Wah,seronoknya enti,sampai ke bilik ana boleh dengar suara enti",suara Izzah menyapa Aisyah.Aisyah tersipu-sipu malu kerna ditegur jiran sebelah biliknya.Mereka juga merupakan sahabat baik,bak kata kawan-kawannya yang lain "Izzah dengan Aisyah ni,macam aur dengan tebing!Susah betul nak pisah".

"Izzah,ana seronok sangat nak Ramadhan ni.Nanti kita boleh bersahur sama-sama,enti jangan lupa kejut ana bangun sahur tau!Lepas tu,kita iftar sama-sama,eeeiii tak sabar,seronoknya!",Aisyah bercerita girang.Izzah terus melayan perasaan sahabatnya itu.

"Aisyah,seronok seronok juga.Tetapi dalam keadaan kita berseronok kita lupa Ramadhan itu punya lebih banyak kelebihan,bukan sahaja bersahur dan berbuka.Erm,apakata nanti ana buatkan jadual untuk kita berdua dalam bulan Ramadhan ni,ok tak?", tanya Izzah pada Aisyah.
Aisyah mengangguk setuju."Boleh ja jadual tu kita fotokopi banyak-banyak dan edarkan pada penghuni hostel ni",Aisyah memberi cadangan.

Lantaran mereka pula merupakan jawatankuasa di hostel mereka.Lagi memudahkan kerja.Alhamdulillah.

"Apa cadangan enti untuk penuhkan jadual tu?" tanya Aisyah dengan muka penuh persoalan."Erm begini,ana ingat nak isikan masa-masa kita dengan tadabbur Alquran,tadabbur alam,ziarah-menziarahi,perbanyakkan sedekah,lebih banyak membaca buku-buku yang bermanfaat,dan banyak lagi ana nak buat,dan kita boleh buat semua ni berterusan walau Ramadhan dah berakhir".Izzah tersenyum,mungkin terbayang detik-detik manis yang akan dilalui mereka nanti."Wah,menarik tu,moga Ramadhan kali ini merupakan titik tolak kita untuk teruskan penghijrahan",Aisyah menyambung kata-kata Izzah sahabatnya.

Aisyah dan Izzah tersenyum bahagia!"Eh Izzah,enti tak mahu wujudkan bulatan gembira ka?Ana teringin nak enti jadi naqibah ana",usik Aisyah dalam keadaan serius."InshaAllah,ana boleh buat,tapi enti tolong ana,boleh?",tanya Izzah."Cakap ja,enti kan sahabat ana.Enti nak minta tolong bagitahu ja,inshaAllah ana cuba sedaya upaya",jawab Aisyah."Enti tolong carikan ahli lainlah!Dah enti kata nak usrah,ana inshaAllah akan buat,sebab ana suka ingat-mengingatkan ni,ana suka sebarkan bahagiaNya luaskan kuasaNya",Izzah seronok!"Amboi,dah macam ustazah enti ni",kata Aisyah mengusik sambil berseloroh.

"Eh,dah nak azan asar ni,jom kita bersiap-siap,dari sekaranglah kena persiapkan mental dan fizikal bertemu Ramadhan!Kita jumpa disurau perempuan,siapa lambat dia imam!",Izzah terus berlari meninggalkan Aisyah.

"Ish Izzah ni,perangai tak ubah macam kanak-kanak!Bila entah nak matangnya,tapi alhamdulillah ilmu kau power dan mantop,sebab tu aku suka berkawan dengannya,gila-gila tetapi bukan gila!",Aisyah mengomel seorang diri mengingat aksi-aksi lucu sahabatnya Izzah yang suka sangat menyakat seorang demi seorang rakan-rakannya.

Tiba-tiba hati Aisyah tersentuh,teringat kata-kata Izzah,bimbang andai dia cuma seronok untu bersahur dan berbuka sahaj Ramadhan nanti,yang akan dapat cuma lapar dan dahaga!Allah,bimbangnya hati.

"Ramadhan,kami datang!InshaAllah takkan aku sia-siakan dikau wahai Ramadhan penuh barakah!",bisik hati Aisyah penuh bersemangat.


IkaDekchik,
Cheras - Selangor,
Malaysia. 

Monday, July 8, 2013

Berharap

Samihah : Eh tolong ana buat ini boleh tak?Ana berharap sangat enti dapat edit poster ni.

Nurul : Erm,maaf enti.Ana bukan tak mahu tolong.Tapi ana banyak kerja kena buat.

Samihah : Hmm okay tak pa.

Duduk diam,masing-masing membaca buku entah khusyuk atau tidak,seperti ada sesuatu lagi yang difikirkan Samihah,

Samihah : Nurul,ana harap sangat enti faham ana.Ana tahu ana bukan kawan yang baik.Tapi tolonglah,kali ni ana merayu.Tolong faham ana.

Nurul : Nak faham enti apa?Enti berharap apa pada ana?Macam-macamlah enti ni.

Samihah dan Nurul terus melayan perasaan masing-masing.Samihah seperti bersedih dan Nurul kelihatan ceria seperti tiada apa yang berlaku.Detik demi detik yang dia lalui terasa aman dan tenang.

Nurul mengangkat punggung,lalu berdiri sambil berkemas-kemas seperti mahu beredar tanpa ada sepatah kata yang mahu ditinggalkan.Samihah bersuara apabila melihat pergerakan drastik sahabatnya.

Samihah : Eh Nurul,enti nak kemana?Ana belum habis cakap lagi dengan enti.Enti kenapa seperti nak jauhkan diri dari ana ni,sedangkan kita dah bersahabat lama dan macam adik beradik.Enti buat ana sedih.

Nurul tersenyum melihat gelagat rakannya,

Nurul : Samihah,ana sedih sebenarnya.Tapi ana cuba untuk tersenyum,ana kalau boleh tak mahu beritahu enti yang ana sedang bersedih,ana cuba nak sembunyikan.Tetapi ana tewas untuk sembunyikan bila enti berkelakuan begini.Enti,ana nak pesan satu sahaja pada enti.Tolong,beri hati enti pada Allah dan bukan sekali-kali pada manusia,hati manusia itu Allah yang pegang,Allah mampu bolak-balikkan hati enti dan hati ana.Jadi?Bila enti beri hati enti pada Allah.Pasti enti tak kecewa.Ana ni nampak ja baik,tapi ana juga mampu kecewakan enti.Lumrah manusia itu tidak bisa gembirakan hati setiap insan.

Nurul berlalu pergi sambil berlinang airmata.Sedih bukan kerna apa,cumanya sedikit terkesan melihat insan yang terlalu dahagakan kasih sayang insan melebihkan Tuhannya,sedangkan kasih sayang Tuhan itu maha luas!

Allah,jagalah hatiku dan hati sahabatku sepanjang hidup kami,Nurul bermonolog sendirian.


IkaDekchik,
Cheras - Selangor,
Malaysia.

Thursday, July 4, 2013

Majlis Konvokesyen Psa ke-15 - Cerita Dc

Bismillahirahmaniraheem,

Alhamdulillah, syukran jazilan buat keluarga,pensyarah dan yang diraikan sahabat-sahabat sekalian khususnya DKE6A amnya buat semua yang berkonvokesyen. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi.Moga Dia selalu cinta kita! InshaAllah. 

Tak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi datang pada majlis konvokesyen Dc.Tak kurang juga yang ucapkan melalui mesej pesanan ringkas.Dc hargainya. Terima kasih!

Mungkin,mama dan abah tak dapat baca apa yang Dc coretkan disini.Tetapi biar satu dunia tahu bahawa Dc amat cintai mereka keranaNya!Kerana mereka Dc ada dunia ini.Alhamdulillah,

Walau abah sakit,abah sanggup berpanas melihat Dc berjubah dan bertopi.Apabila melihat raut wajah tuanya aku cuba tersenyum sedangkan aku cuba menahan tangis.

Paling tidak disangka,aku ditemuramah oleh dj Selangor.Fm,dia tanyakan aku bagaimana belajar dan sebagainya,seterusnya mama.Walau mama ungkapkan sedikit namun aku seronok pabila keluar terus ke corong radio "Saya bangga dengan dia". Abah pula diusik dj,"anakdah habis belajar ni,nak bagi kahwin ke apa?".Abah jawab comel "belajar lagilah,belum nak kahwin lagi". Aku,mama dan dj tersebut ketawa kecil.

Oh rupanya dj itu sangat kenal abah,katanya sebelum ni selalu nampak di Masjid Angkasapuri,RTM.Sekarang jarang nampak dah,tak tahu pula sakit.Alhamdulillah Allah temukan mereka.

Terima kasih Allah! Dalam kegembiraan aku,aku tersenyum lalu menangis,menangis bukan kerna sedih.Tetapi rasa syukurku semakin bertambah.Ditambah lagi dengan sahabat-sahabat yang sangat nakal!Rajin melayan telatahku dan sakitku didalam kelas.Allahuakhbar.Jujur Allah,aku cintai sahabatku kerna Kamu! :D 

Nah gambar! 

Angah dan Naza , keluarga JPKK Dc,


Adeeba, sayangku! hehe


Dua family,Ainur Farhana dan juga Dc,aku menganggap mereka seperti adik beradikku!


Ya dan ini cinta hati saya! :D (DKE1A-DKE6A)

Macam dalam studio tak? haha sebenarnya tidak :D


sekali lagi,shoot ala-ala studio katanya! haha. dirumah ja ni, tak dak duit nak p studio :D 


Tak sangka Dc dah tua, hahaha! 

IkaDekchik
Cheras,

Saturday, May 18, 2013

Cukup Allah bagiku


Arghh aku dah tak sanggup hadapi semua ini.Benarlah kataMu ya Allah.Setiap kata-kata kita akan diuji.

Ku kira sudah beberapa kali aku menyampaikan pesanan tentang itu,tetapi sekarang aku laluinya,aku hadapinya!

Hati lesu,nafas terasa tersekat,kaki terasa berat untuk melangkah.Namun ku sedar,Engkau merinduiku.UjianMu cuma cubitan kasih sayang dariMu.Kiranya aku hilang arah peluklah aku Allah.Jangan Kau lepaskan aku walau sesaat.

Walau ujian dan dugaan semakin besar,cintaku hanya padaMu,kasihku takkan pernah sirna terhadapMu.Engkau lebih mengerti hatiku.Setiaku belas kasihMu.Ku akui kebesaranMu ya Allah.

Cukup Allah bagiku.Lalu aku teringat akan surat cintaMu,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut:2-3]

Aku lemah tak berdaya,mutiara jernih jatuh ke pipi tetapi aku masih mampu tersenyum melihat setiap bait kata-kataMu,tiada satupun yang Engkau dustakan.Benarlah,janji Allah itu pasti.Mengapa masih meragukannya?

IkaDekchik
Cheras,

Thursday, May 16, 2013

Jangan Malu untuk Sampaikan


Kadang-kadang dalam menyantuni orang-orang disekelililing aku,
Dalam menasihati dan mengingatkan.

Aku bertanya pada diri,
"Layakkah engkau menasihati orang?"
Kerana aku tahu aku juga manusia biasa,
Yang juga akan dihitung segala buruk dan baik,
Akan ditetapkan di syurga atau neraka.

Ada juga yang berkata "Ika berani kau sampaikan ceramah tu",
"Ika kau tak takut ke sampaikan talk tu?"
Ia sebuah pertanyaan yang terkadang aku tersenyum sebelum menjawab.

Aku tahu,telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku,
Apa yang aku sampaikan dan sebutkan,
Pasti telinga aku mendahului mendengarnya,
Sebelum telinga-telinga orang lain,
Bukan telinga kuali,
Tetapi telinga aku!

Namun,tak mungkin aku tinggalkan pesanan Nabi Muhammad saw
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat".
Takkan aku perlu digelar ustazah baru aku mula berdakwah?
Mana mungkin aku tunggu ilmu aku betul-betul cukup baru hendak menapak ke medan dakwah?

Jika suatu hari nanti,aku pergi menghadap Ilahi,
Jika Allah bertanya,apa yang harus aku jawab?
Adakah dengan menjawab "aku tak cukup ilmu utk sampaikan".
Adakah itu diterima? 

Allah,moga Engkau jaga hati-hati kami dalam mencapai redhaMu!

Ayuh sebarkan bahagia,sampaikanlah jangan malu. 



Ika Dekchik,
Cheras

Sunday, May 12, 2013

Erti Kata Dakwah

Assalamualaikum wbt.

Kumulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismilahirahmaniraheem.Buat sahabat seagama denganku,buat sahabat yang sujud menghadap kiblat yang sama denganku,buat sahabat yang menyembah Allah yang satu,buat sahabat yang menjadi Rasulullah saw sebagai idola pada setiap diri-diri kita.Yakni agama islam,alhamdulillah.Di dalam arus duniawi terkadang kita hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang cuma seketika waktu,padahal kita sedar dunia ini hanya sementara melainkan diakhirat sana.Tetapi kita selalu goyah dalam pendirian,dalam mengharungi ujian,dalam meneggakkan kebenaran.Moga Allah terus memegang hati sanubari kita.InshaAllah.

Apa makna dakwah?Erti kata asal dakwah adalah dari perkataan arab "da’watan",dengan bahasa yang paling mudah ia membawa maksud mengajak atau menyeru orang berbuat kebaikan.Maknanya jika kita ajak  orang buat baik kita sudah ber"dakwah".

Namun,ada sahabat-sahabat kita terkadang lupa bahawa dakwah itu bukan tunggu kita mendapat gelaran ustaz atau ustazah.Tetapi ada satu gelaran yang kita bawa sekarang ini yang membuktikan kita perlu berdakwah yakni kita orang "islam".

 Ø¨َÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً yang bermaksud "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."Jadi?Apa lagi yang kita tunggu?Walaupun sepotong ayat!Ingat tu.Jangan sempitkan akal fikiran yang Allah beri itu dengan dakwah adalah solat dan mengaji.Sekali lagi Dc ingatkan,dakwah bermaksud mengajak orang lain berbuat baik.Tidak kisahlah apa kebaikannya.

Dc pernah disapa oleh seorang sahabat,

"Dc,erm saya takut nak guna perkataan dakwah.Bila saya tahu saya banyak lagi kena belajar,saya dah takut nak berdakwah"

Terukir di bibir Dc senyuman yang lebar melihat warna pemikiran beliau.Bukan Dc senyum kerana dia kurang ilmu,bukan Dc senyum kerana dia penakut dan Dc berani.Dc senyum melihat gelagatnya,dan Dc senyum sebenarnya Allah uji Dc dengan kata-katanya.Lalu Dc berkata,"Takkan sampai Dc nak digelar ustazah Dc baru Dc nak berdakwah?Sebab Dc nak Allah tolong Dc,Allah pernah berfirman ""Hai orang-orang mukmin,jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)".

Dakwah itu Mudah, 

Andai medan perjuangan dakwah Dc diteratak SKSH ini,alhamdulillah Allah masih beri ruang.Allah terus mencurahkan idea-ideaNya yang bernas pada diri ini.

Ayuh berdakwah! (^_^)

Ayuh ajak orang berbuat baik! (^_^)


Ika Dekchik,
Cheras

Thursday, May 9, 2013

Peringatan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat-nikmatNya yang selalu Dc gagal untuk menghitung satu persatu.Begitu banyak yang Dia beri pada diri ini dan kita semua umat islam khususnya.Moga kita tak lupa dan mendustakannya.Allahumma aameen.

Semalam,Dc dapat dua keping gambar dari seorang sahabat.Alhamdulillah,moga kata-kata itu menjadi asbab buat Dc terus tidak akan layu dalam langkah ini.

Yang bestnya,dia tinggalkan kata-kata buat Dc.Alhamdulillah Allah memilih dia untuk sampaikan pada Dc.Allah begitu sayang hambaNya! Mengapa masih meragukan kasih sayang Allah? (^_^)

Buat yang mengirim gambar,syukran jazilan.Moga Allah suka ukhuwah kita.Walau Dc sudah biasa dengan gambar-gambar sebegini lagi pula Dc seorang jurugambar,boleh lihat portfolio Dc di blog rasmi DcPhotography.Tetapi bagi Dc ini sangat istimewa. Wah wink wink.

Ayuh jadi hamba Allah bersyukur!

Ini gambar yang diedit dari seorang sahabat.Cute kan? haha. syukran! 

Cheras,

Monday, May 6, 2013

Sebarkan bahagia


Ada orang kata saya taksub pemimpin,ok dia sedang sebarkan fitnah tanpa dia sedar.

Dia kata lagi,jangan pandang sebelah pihak sahaja.Ok saya rasa televisyen dan internet di rumah saya masih lagi berfungsi dengan baik.Oh lupa saya juga pandai membaca surat khabar.Eh saya juga pandai guna photoshop dan sony vegas.

Lepas itu dia ajar saya erti syukur,katanya saya tak bersyukur kerana negara dah aman.Hakikatnya yang saya nampak kita tak sedar negara sebenarnya tak aman!

Tapi apa pun saya bersyukur kerana masih ada yang sayang pada saya,tak sangka kamu semua prihatin terhadap saya.Terima kasih.

Tak suka status saya?tak payah like tak payah komen.Kita duduk zikir ramai ramai dari caci mencaci fitnah memfitnah.Itu lebih mulia kan?

Segala yang buruk datang dari yang dicipta,segala yang baik datang dari Pencipta.Tetapi hakikatnya keduanya datang dariNya. 

SEBARKAN BAHAGIA,BUKAN SEBARKAN FITNAH 

Ika Dekchik's status. :-)

Tuesday, April 30, 2013

Kau Berkawan Denganku Kerna Apa?


Di suatu petang,di dalam surau,dua orang sahabat sedang tadabbur Al-Quran.Tiba-tiba si A bertanya pada sahabatnya,

Si A : Erm aku tengok kau dah berubah kan sekarang?Apa kena dengan kau sebenarnya ha?!

Si B : Eh,aku biasa ja.Sama macam dulu ja.Kenapa kau kata aku berubah pula?

Si A : Yela,dulu kau selalu bagi aku ketawa,kau selalu buat lawak,kau selalu nasihat aku,kau selalu blablablablabla.Kau itu dan ini. ~~~~~ (2 jam)

Si B : Dah habis dah kau cakap?Hmm,kau ingat tak pesan aku kat kau?

Si A : Apa dia?

Si B : Jangan pernah berkawan dengan aku atas dasar kerana aku yang selalu buat kau ketawa,aku yang selalu nasihat kau,aku yang selalu belanja kau makan.Tapi berkawan aku kerana Allah.Sebab bila kau berkawan dengan aku,kerana aku yang selalu menceriakan kau,kau pasti akan kecewa bila satu saat aku jadi pendiam,bila kau berkawan dengan aku kerana aku selalu bagi nasihat kat kau,kau pasti kata aku dah berubah bila aku tak nasihat kau.

Si A : Kau nak salahkan aku?

Si B : Aku tak salahkan kau,aku cuma ingatkan kau.Aku tak pernah berubah.Engkau kena terima qada dan qadar.Aku takut bila kau berkawan dengan aku bukan kerana Allah,bimbang nanti kau tak boleh terima qada' dan qadar.Ukhuwah kerana Allah itu berbeza kawan.

Si A : Ok inshaAllah.Aku sayangkan kau kerana Allah!

*"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari).



IkaDekchik,
Cheras

Monday, April 29, 2013

Pendakian Bukit Broga !


Ika : Eh baguskan mereka ni,daki bukit broga nak lihat terbitnya matahari yang Allah ciptakan.

Dekchik : Erm bagus tu memang bagus,Alhamdulillah.Tapi ika,aku cuma sedih.

Ika : Eh kenapa perlu bersedih ?

Dekchik : Mereka mendaki bukit broga semata-mata hendak melihat matahari terbit tetapi mereka lupa untuk bersyukur (solat subuh).

Ika : Eh,aah la!Baru aku terfikir,orang sekeliling kita ni tak solat subuh ka? Haishh

Dekchik : Erm tapi takpa,apa kata kita baik sangka,yang perempuan mungkin uzur,yang lelaki......Hmmmm mungkin musafir,eh,tapi solat subuh mana boleh jamakkan?Haha.

Ika : Alhamdulillah kita dah tunaikan solat subuh.Jom mathurat atas bukit ni! hehe.


*Sebenarnya saja guna nama sendiri,sebab tak mahu ada yang terguris hati.Tapi dalam cerita ni,Ika dan Dekchik adalah orang yang berbeza tau!Jom jadi hamba yang bersyukur!

Gambar dibawah adalah gambar Dc di atas bukit broga.Alhamdulillah Allah beri ruang pada Dc melihat ciptaanNya.Terima kasih Allah.



Wednesday, April 10, 2013

Mari Mengundi Rakyat

Bismillahirahmaniraheem.

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat dan limpahan kurniaan dariNya.Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang cerdik dalam menggunakan nikmat-nikmat Allah.Allahumma aameen.

Tarikh mengundi telah ditetapkan,seperti yang kita sedia maklum tarikh 5 Mei 2013 menjadi pilihan.Maka buatlah pilihan yang tepat!Istikharahlah moga Allah tunjuk mana yang baik buat kita semua.Jangan hanya memilih menilai dari luaran sahaja.Allah kan lebih bijak?Kenapa tak tanya Dia?Jagalah adab dan akhlak kita semasa berkempen dan semasa hari pembuangan undi.

                          

Jangan hanya buat bodoh!Yang langsung tak ambil tahu akan negara sendiri.Satu undian mampu mengubah segalanya.Pilihlah yang haq bukan yang batil.Ini kewajipan kita.So thinking carefully.


Mari mengundi Malaysia!

PRU13 - Anak Muda Bangkit !


Monday, April 8, 2013

Euuwww Tolonglah

Bismillahirahmaniraheem.

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Moga rakan-rakan semua sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah.Insha-Allah.

Penulisan kali ini,Dc lebih mahu straight to the point.Sebab kalau panjang-panjang pun,kadang-kadang bukan semua yang membaca sehingga habis.Takut cuma membaca yang separuh dan separuhnya lagi tertinggal.Banyak sangat kulitnya sehingga mereka malas hendak membuka isinya.Peribahasa apa ini?Ok,peribahasa sengal dari Dc. (huhu)

Sebenarnya ini dah berulang kali orang lain dan Dc menegur.Sebelum-sebelum ini ada juga yang membuat entry berkenaan ini.PMI sahabat Dc,ini linknya Relationship.Dia juga banyak kali menekankan hal-hal ini.Tetapi entahlah,mungkin kerana dah lali.Mereka terus hanyut walau ditegur.Nauzubillahminzalik.

Ianya berkenaan status relationship dilaman sosial yang tidak lain tidak bukan lagi iaitu Facebook.Seperti yang kita sedia maklum,bukan orang islam yang menghasilkan laman sosial itu.Jadi,sudah tentu ada yang mereka buatkan untuk memesongkan aqidah kita ummat islam.

Yang lebih menyedihkan lagi,orang-orang yang buat status relationship ini adalah mereka yang memahami islam secara keseluruhannya?Hmmm.Relationship dengan sahabat baik,dengan akak angkat,dengan adik angkat.Aduhai.Cuba kita renungkan kisah ini yang diambil juga dari sahabat Dc yang menggelar dirinya PMI.


Seorang lelaki dari US kerja diMalaysia.
dia mempunyai FB(facebook.com).
Semenjak bekerja di sini, dia mula meng'add' kawan2nya diMalaysia.
Dalam dalam beberapa tempoh yang tidak begitu lama.
Dia sangat terkejut.
Dimana satu hal yang sungguh menakjubkan bagi dirinya terlihat disebalik FB sahabat dia diMalaysia.
Ianya adalah perihal 'status relationship'.

Sungguh dia tidak menyangka ramai dimalaysia ini adalah 'Gay' dan 'Lesbian'. Jika dinegaranya dahulu golongan ini baru bertapak dalam usia 5-6 tahun baru berani bersuara. Tetapi diMalaysia golongan ini terlalu terbuka. Apa sebabnya?

Lelaki US ini berkata,
' aku lihat ramai orang Malaysia relationshipnya adalah sama jantina dengan mereka.. dan mereka berbangga dengannya, dan mereka orang islam' - google translate~

Maka memang benarlah apa yang dikatakan lelaki US itu, ramai diantara kita tidak sedar, meletakkan status relationship kita dengan kawan2 sejantina tidak kira dia lelaki mahupun wanita walaupun sekadar bermain-main ataupun mahu menunjukkan hubungan yang 'erat' diantara mereka adalah cukup menunjukkn diri kita adalah GAY dan LESBIAN.



Berfikirlah secara waras.Allah memberi akal fikiran untuk kita berfikir membezakan mana baik dan mana yang buruk.Yang mana boleh mendatangkan fitnah kepada kita.Yang mana yang boleh mendatangkan kebaikan dan pahala kepada kita.Dc dah lama perhatikan cuma baru hari ini terpanggil untuk menulis.Mungkin kita ingat biasa-biasa.Atau mungkin ada yang kata "Tolonglah Dc,jangan sempitkan akal fikiran kau". Terpulang.Dc sudah menegur.Tetapi satu hal yang Dc hendak ingatkan,ingat syaitan dia tak hasut lelaki dan perempuan sahaja.Dia akan hasut supaya ikut jalan dia.Tidak kiralah apa pun caranya! :-)

Ingat,di dalam dunia ini,apa yang kita buat semuanya kita mahu Allah redha!Moga Allah suka.Allahumma aameen.

Jom renungkan dan berfikir!Tak buat status dengan sahabat baik bukan bermakna tak kawan.Kan doa itu lebih mustajab?Bukan status itu.Kammonn lah

Ika Dekchik
Selangor - Cheras