Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan,Aku Datang!


"Ramadhan tiba,ramadhan tiba,ramadhan tiba,marhaban ya ramadhan",lagu yang bertajuk Ramadhan Tiba yang dipopularkan oleh Opick,penyanyi munsyid yang berasal dari bumi Indonesia,lagunya terus berkumandang melalui telefon bimbit milik Aisyah.Lumrah menjadi pelajar universiti milik kerajaan dan menetap di hostel,radio adalah barang yang terlarang.


Aisyah mengikut bait-bait lirik lagu itu,senyuman tak lekang dibibirnya,hatinya girang tak sabar bertemu Ramadhan.

Tiba-tiba Izzah menjengah Aisyah yang asyik menyanyi dari tadi."Wah,seronoknya enti,sampai ke bilik ana boleh dengar suara enti",suara Izzah menyapa Aisyah.Aisyah tersipu-sipu malu kerna ditegur jiran sebelah biliknya.Mereka juga merupakan sahabat baik,bak kata kawan-kawannya yang lain "Izzah dengan Aisyah ni,macam aur dengan tebing!Susah betul nak pisah".

"Izzah,ana seronok sangat nak Ramadhan ni.Nanti kita boleh bersahur sama-sama,enti jangan lupa kejut ana bangun sahur tau!Lepas tu,kita iftar sama-sama,eeeiii tak sabar,seronoknya!",Aisyah bercerita girang.Izzah terus melayan perasaan sahabatnya itu.

"Aisyah,seronok seronok juga.Tetapi dalam keadaan kita berseronok kita lupa Ramadhan itu punya lebih banyak kelebihan,bukan sahaja bersahur dan berbuka.Erm,apakata nanti ana buatkan jadual untuk kita berdua dalam bulan Ramadhan ni,ok tak?", tanya Izzah pada Aisyah.
Aisyah mengangguk setuju."Boleh ja jadual tu kita fotokopi banyak-banyak dan edarkan pada penghuni hostel ni",Aisyah memberi cadangan.

Lantaran mereka pula merupakan jawatankuasa di hostel mereka.Lagi memudahkan kerja.Alhamdulillah.

"Apa cadangan enti untuk penuhkan jadual tu?" tanya Aisyah dengan muka penuh persoalan."Erm begini,ana ingat nak isikan masa-masa kita dengan tadabbur Alquran,tadabbur alam,ziarah-menziarahi,perbanyakkan sedekah,lebih banyak membaca buku-buku yang bermanfaat,dan banyak lagi ana nak buat,dan kita boleh buat semua ni berterusan walau Ramadhan dah berakhir".Izzah tersenyum,mungkin terbayang detik-detik manis yang akan dilalui mereka nanti."Wah,menarik tu,moga Ramadhan kali ini merupakan titik tolak kita untuk teruskan penghijrahan",Aisyah menyambung kata-kata Izzah sahabatnya.

Aisyah dan Izzah tersenyum bahagia!"Eh Izzah,enti tak mahu wujudkan bulatan gembira ka?Ana teringin nak enti jadi naqibah ana",usik Aisyah dalam keadaan serius."InshaAllah,ana boleh buat,tapi enti tolong ana,boleh?",tanya Izzah."Cakap ja,enti kan sahabat ana.Enti nak minta tolong bagitahu ja,inshaAllah ana cuba sedaya upaya",jawab Aisyah."Enti tolong carikan ahli lainlah!Dah enti kata nak usrah,ana inshaAllah akan buat,sebab ana suka ingat-mengingatkan ni,ana suka sebarkan bahagiaNya luaskan kuasaNya",Izzah seronok!"Amboi,dah macam ustazah enti ni",kata Aisyah mengusik sambil berseloroh.

"Eh,dah nak azan asar ni,jom kita bersiap-siap,dari sekaranglah kena persiapkan mental dan fizikal bertemu Ramadhan!Kita jumpa disurau perempuan,siapa lambat dia imam!",Izzah terus berlari meninggalkan Aisyah.

"Ish Izzah ni,perangai tak ubah macam kanak-kanak!Bila entah nak matangnya,tapi alhamdulillah ilmu kau power dan mantop,sebab tu aku suka berkawan dengannya,gila-gila tetapi bukan gila!",Aisyah mengomel seorang diri mengingat aksi-aksi lucu sahabatnya Izzah yang suka sangat menyakat seorang demi seorang rakan-rakannya.

Tiba-tiba hati Aisyah tersentuh,teringat kata-kata Izzah,bimbang andai dia cuma seronok untu bersahur dan berbuka sahaj Ramadhan nanti,yang akan dapat cuma lapar dan dahaga!Allah,bimbangnya hati.

"Ramadhan,kami datang!InshaAllah takkan aku sia-siakan dikau wahai Ramadhan penuh barakah!",bisik hati Aisyah penuh bersemangat.


IkaDekchik,
Cheras - Selangor,
Malaysia. 

No comments:

Post a Comment