Monday, August 31, 2009

Aku Dan Kamera Dan .....

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt ya akhi wa ukhti.Entry kali ini mungkin lebih kepada minat Ika sendiri.Maaf kepada sesiapa yang langsung tidak mempunyai minat seperti Ika.Dan pada siapa yang minatnya sama seperti Ika,apakata kita berkongsi serba sedikit tentang kamera. [hehe]

Semalam Ika meng'improve' skill terjah-menerjah di internet.Lepas satu-satu Ika jumpa,kejap blog orang,kejap buka cari jenama kamera dan set2 kamera,lens..Fuh best..walaupun tidak dapat yang sebenar cukuplah sekadar mengetahui adanya harga serendah itu.Sebab sebelum ini,dapat Ika lihat di shopping complex punyalah mahal.
Tapi kan,dalam sibuk-sibuk tengok harga tu Ika terjumpa satu gambar yang bagi Ika sangat menarik dan tertarik seperti magnet kutub utara bertemu kutub selatan.[haha]

Peh!Perasan atau tidak jika minat orang itu terhadap sesuatu dia akan buat sebaik mungkin.Nak hasilkan gambar yang cantik.Berapa banyak dia pakai "FLASH" hanya untuk sebiji pisang?Tapi bila Ika fikir dengan tanpa rasa jemu akhirnya Ika dapat kaitkan dengan sesuatu.Itulah yang dinamakan melihat sambil mentafsir.haha

Disini,Ika rasa boleh kaitkan dengan diri kita sebagai umat Islam.Erm,kenapa masih ada yang meninggalkan solat lima waktunya?Ada pula solat lima waktu tetapi melakukan dalam keadaan lalai,leka,tidak khusyuk.Mengapa masih sukar untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan?Adakah minat kita tidak ada langsung terhadap itu?Jika minat kita mengenali Allah lebih dalam,kita tidak akan sia-siakan jalan yang sudah ada terpampang di depan mata kita.Mengapa tidak menunaikan dengan bersungguh-sungguh.Kita akan bersungguh-sungguh!Lakukan sesuatu yang terbak!Allah tidak suka benda yang remeh-temeh.

Ya Allah maafkan aku jika aku pernah jadi sebegitu rupa.Aku sedar bahawa aku jua kadang-kadang lalai dalam beribadat kepadaMu.Ya Allah bimbinglah hatiku.Janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah..Ameen

"Apa-apapun bidang yang kita minat,jadikanlah ia sebagai salah satu cara untuk kita mendekati pencipta kita iaitu Allah swt kerana kepadaNya kita akan dikembalikan "

P/s : Maaf agak tidak tersusun ayat kali ini kerana lebih kepada kemerapuan sebenarnya,tak taulah camne tibe-tibe leh masuk bab ibadat.hehe.

Buatmu Insan Bergelar Teman




Segala puji bagi Allah,
Yang telah mewarnai dan melengkapi hidup ku,
Dengan kehadiran kalian,
Tidak pernah ku rasai kemanisan ukhuwah sebegini,
Tidak pernah hati ini tersentuh dengan ikatan yang sebegini seindah,
Tidak mungkin akan ku perolehi walau seribu tahun,
Walau ku rentasi lautan dalam,
Walau ku rentasi hutan belantara,
Jikalau bukan kerana kehendak Mu Ilahi,
Tidak putus-putus lidah ini dibasahi dengan kalimah pengharapan,
Agar Allah menunjukan jalan yang lurus,
Jalan orang yang memperolehi nikmatNya,
Namun tidak pernah ku sedar,
Allah telah makbulkan pintaku ini,
Dengan kehadiran kalian disisiku.
" Ketahuilah yang aku amat menyayangi kalian kerana Allah SWT "


p/s:Maaf jika gambar anda tidak terpampang di kaca monitor ini,namun dihati ini wajah anda sentiasa bersamaku (^_^)V

Saturday, August 29, 2009

Terima Kasih Ya Allah





Terima kasih Ya Allah,
Kerana Engkau tidak pernah lupa terhadap diri ini,
Walaupun adakalanya diri ini lupa akan diriMu
Adakalanya diri ini rasa letih,malas,jemu dan bongkak untuk berdoa padaMu,
Padahal diri ini mengetahui bahawa Engkau,
Tidak pernah jemu mendengar doa dari hambaMu.


Disaat diri ini diuji dengan pelbagai ujian
Adakalanya diri ini rasa kecewa,
Tidak pernah bersyukur atas ujianMu,
Padahal diri ini sedar bahawa itu adalah tarbiyyah dariMu,
Untuk menguji kekuatan iman diri ini.


Terima kasih Ya Allah,
Kerana ujian itu menguatkan diri ini,
Kerana ujian itu membangkitkan lagi semangat diri ini,
Kerana ujian itu mendekatkan lagi diri ini dengan diriMu.


Terima kasih yang tidak terhingga Ya Allah,
Kerana mempertemukan diri ini dengan hamba-hambaMu yang lain,
Yang sentiasa memberi kata-kata semangat buat diri ini dikala jatuh tersungkur,
Yang sentiasa mengambil berat terhadap diri ini,
Yang sentiasa berada disisi diri ini disaat diri ini sangat memerlukan mereka.


Kadangkala diri ini tertanya-tanya,
Mengapa aku?!Mengapa aku yang ditimpa musibah sebesar itu?!
Mengapa tidak orang lain?!
Tetapi akhirnya diri ini sedar dan tersentak,
Allah sangat sayangkan diri ini dan Allah tahu diri ini kuat menghadapinya..


Maafkan aku Ya Allah,
Ampunkan aku Ya Allah,
Andai aku tidak pernah bersyukur ketika diuji olehMu.


Aku melukis kekuatan melalui masalahku,
Aku tersenyum disaat tertekan,
Aku juga tertawa disaat hatiku sedang menangis,
Aku menghiburkan orang ketika hatiku tidak terhibur.



"Tersenyumlah disaat anda ditimpa ujian dari Allah kerana ia adalah tarbiyyah dari Allah swt"

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah,ramadhan menjelang jua akhirnya.Kebetulan juga tarikh hari lahir Ika pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ini iaitu 24.08.2009(da lepas da)..Bagaimanapun terima kasih buat mereka yang wish bezday Ika dan syukran jazilan atas doa kalian,Semoga Allah membalas jasa kalian.
Tetapi,bukan pasal hari lahir Ika yang ingin Ika ceritakan disini,cukuplah ia sekadar mukaddimah dan sebagai peringatan kepada diri ini sendiri bahawa diri ini semakin hari semakin tua dan semakin dekat juga dengan kematian.
Berbalik kepada tajuk utama,Ramadhan?Apa menariknya?Hurmm..Jika bulan Rejab kita ada israk mikraj manakala bulan Syabaan kita ada Nifsu Syabaan.Tetapi bulan Ramadhan paling istimewa.Dimana tutupnya pintu-pintu neraka dan terbukanya pintu syurga.Iblis-iblis diikat,Malam LailatulQadar,Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya,dapat rasa nikmatnya puasa,solat terawih,dan macam-macam lagi.
MasyaAllah hebatya Ramadhan.Tetapi perasan atau tidak segelintir dari kita bukan meraikan Ramadhan malah sedang menghitung hari menjelang Syawal.Di shopping complex sudah terdengar di corong-corong radio dimainkan lagu-lagu raya,ada pula segelintir dari kita yang mulutnya sentiasa menyanyikan lagu raya.Bukankah lebih baik nyanyian itu kita gantikan dengan zikrullah?
Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menahan dari melakukan perkara yang sia-sia (lalai).Contohnya mendengar lagu yang lagha(lalai),berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan,bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah.Sedangkan iblis diikat!Jadi siapa punya angkara?Iblis tidak perlu berkerja,kita sudah mengambil alih tugasnya ke?
Ketika hendak iftar,macam-macam juadah terhidang yang melampaui sehingga tidak habis dijamah,bukankah itu satu pembaziran?Pembaziran amalan syaitan.Makan banyak-banyak sehingga solat maghrib di akhir waktu.Adakah itu kita meraikan Ramadhan dengan baik?
Solat terawih pula,perasan atau tidak,pada awal Ramadhan umat islam berpusu-pusu menuju masjid atau surau sehingga melimpah ruah ke kaki lima masjid tetapi di pertengahan?di akhir Ramadhan?Berapa kerat sahaja yang pergi?Penghuninya kebanyakan golongan tua.Wahai pemuda pemudi dimanakah kamu?!Malam lailatulqadar yang paling afdal tetapi dimana kita ketika itu?Yang perempuan,sibuk dengan baju rayanya,anak muda sibuk dengan meriam buluhnya.Adakah itu berfaedah?Boleh mendatangkan syafaat kepada kita?Anda mampu memberikan jawapannya bukan?Jadi?
Sambutlah Ramadhan dengan penuh kegembiraan sesungguhnya mereka yang betul-betul meraikannya akan menangis ketika berakhirnya Ramadhan.Pesanan ini juga buat diri ini sendiri yang kadang-kadang lalai.
Bak kata kMia:"Tidak mungkin akal yang sihat akan mendahulukan perkara yang sia-sia" (hihi)

Sunday, August 9, 2009

:.Mengarut je.:

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinan masa untuk menekan-nekan keyboard ini setelah lama tidak ku tekan-tekan!hihi :)
Sebenarnya,ade banyak ingin dikongsikan..tetapi disebabkan kebizian dengan assignment2 yang bertimbun..jadi amek mase kejap je saje suke-suki taip nie dan pastinya tujuan utama untuk mengelakkan daripada kutukan-kutukan mereka. (siapakah mereka?hihi).
Yang menjadi isu di cbox adalah "berhabuknya rumah ni,bersawangnya!nak sapu jap".. oke3 xhabuk da ek..harap2 xde da yang batuk2 masuk uma nie..hehe.
cukup Ika cukup...ASSIGNMENT!!!!
erm erm..setakat ni alhamdulillah belaja ok..cume rindu dengan D200!!!da lame xpegang!da lame xhasilkan keje2 kreatif..xpe Ika sabar..Lecturer Ika pun ok je sume..Pernah Lecturer tanya Ika.."Saya nak kamu baut perbezaan antara sekolah dengan Politeknik yang sekarang awak belajar"..Cuba terangkan..
Maka dengan itu,Ika berdiri tanpa was-was..Walhal otak kat fikiran tengah melayang..xtau gi mane..Justeru tanpa ragu-ragu dan sangsi..Ika berdiri dihadapan dan beraksi seperti seorang lecturer.(haha).Siapa suruh lecturer tanya ika..Ika kan pemalu...wakaka.
ehh sudah..ika sudah..ASSIGNMENT MENANTI!..STop!!
wassalam.