Peh!Perasan atau tidak jika minat orang itu terhadap sesuatu dia akan buat sebaik mungkin.Nak hasilkan gambar yang cantik.Berapa banyak dia pakai "FLASH" hanya untuk sebiji pisang?Tapi bila Ika fikir dengan tanpa rasa jemu akhirnya Ika dapat kaitkan dengan sesuatu.Itulah yang dinamakan melihat sambil mentafsir.haha
Disini,Ika rasa boleh kaitkan dengan diri kita sebagai umat Islam.Erm,kenapa masih ada yang meninggalkan solat lima waktunya?Ada pula solat lima waktu tetapi melakukan dalam keadaan lalai,leka,tidak khusyuk.Mengapa masih sukar untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan?Adakah minat kita tidak ada langsung terhadap itu?Jika minat kita mengenali Allah lebih dalam,kita tidak akan sia-siakan jalan yang sudah ada terpampang di depan mata kita.Mengapa tidak menunaikan dengan bersungguh-sungguh.Kita akan bersungguh-sungguh!Lakukan sesuatu yang terbak!Allah tidak suka benda yang remeh-temeh.
Ya Allah maafkan aku jika aku pernah jadi sebegitu rupa.Aku sedar bahawa aku jua kadang-kadang lalai dalam beribadat kepadaMu.Ya Allah bimbinglah hatiku.Janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah..Ameen
"Apa-apapun bidang yang kita minat,jadikanlah ia sebagai salah satu cara untuk kita mendekati pencipta kita iaitu Allah swt kerana kepadaNya kita akan dikembalikan "
P/s : Maaf agak tidak tersusun ayat kali ini kerana lebih kepada kemerapuan sebenarnya,tak taulah camne tibe-tibe leh masuk bab ibadat.hehe.
No comments:
Post a Comment