Saturday, July 11, 2009

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Bissmillahirahmaniraheem
Assalamualaikum ya akhi wa ukhti
Terlebih dahulu seribu kemaafan ku pinta andai rumah ni telah bersawang dek kesibukan dalam menjadi siswi di politeknik Shah Alam.Alhamdulillah,selama seminggu berada disana semuanya berjalan lancar dalam minggu suai kenal[MSK].Kakak-kakak senior yang sangat2 baik hati dan prihatin terhadap anak buahnya.MSK,taklimat sana-sini,tidak ada masa untuk mandi.haha.mandi sekali je sehari!aisey,gile busuk!minyak wangi habis sebotol!hahaha.Terlalu banyak caci maki pelajar2 baru terhadap akak-akak senior yang sempat telinga ini mendengar.Nasib baik Ika xgitu..kikiki..[bajet baik]..
Walaubagaimanapun,majlis penutup setelah selama seminggu disana tidak dapat Ika raikan bersama kawan-kawan baru disana kerana kesihatan yang semakin menjadi-jadi.[mengada]
Apa-apapun,terima kasih tidak terhingga kepada akak-akak yang sudi menemani Ika ketika Ika sakit,sudi mengangkat Ika dari tingkat dua sampai bawah,siap masuk dalam kereta hantar pergi klinik ketika pukul 2 pagi.MasyaAllah besarnya pengorbanan akak-akak terhadap ika.Jasa kalian tidak akan Ika lupakan.Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjaga Ika.
weeee dapat akak lagi (:
sayang kakak!
disini Ika kongsikan lagu2 politeknik.Aisey suke jek menyanyi.haha
Tajuk:Politeknik Malaysia
Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysiaku tercinta
Akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Dimana sahaja politeknik berada
Harapan tetap sama
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Cekal,taqwa,usaha
Penentu arah
Maju politeknik ayuh maju
Semangatmu merestui perjuanganku
Teknologi teras pembangunan negara
Politeknik Malaysia.
Tajuk:Maju Jaya Psa
Selalulah kita bersedia
Tak gentar cabaran
Warga PSA berhati waja
Menuju wawasan
Kerjasama dalam sepasukan
Itulah amalan
Ikhlas dalam kerja seharian
Itulah pegangan
Maju jaya politeknik kita
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Menabur jasa
Untuk nusa bangsa
Di selangor nan bertuah
Bersatu hati dan
Jujur berbudi
Pekhidmatan berkualiti
Itu janji dan ikrar kami
Menjunjung harapan
Pertiwi
Mari semua tingkatkan usaha
Seiring segandingan
Untuk politeknik yang tercinta
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Ika:semangat berkobar-kobar nak belajar bila dengar dan nyanyi lagu nie.haha (:

Penerbangan SMK CHERAS PERDANA

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the Name of Allah,
the Most Gracious and Merciful


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dgn limpah kurniaNya, kami warga KBMKL diberi peluang sekali lagi untuk mendarat di lapangan SMK Cheras Perdana buat kali kedua. Kami selamat tiba di SMKCP lebih kurang jam 11.30 pm pada hari jumaat malam. Selepas menjamu sedikit hidangan yang disediakan oleh pihak sekolah, sesi TOT (training of trainers) untuk para fasilitator pun dijalankan. TOT dikendalikan oleh kNina dan dimulakan sesi ta'aruf sesama fasi.

Keesokan paginya, inilah waktu yang sangat dinantikan, semua fasi kelihatan sangat bersemangat dan cergas untuk berprogram. Tidak kurang hebatnya juga dengan adik2 kasih dan sayang yang nampak sungguh teruja dan ceria. Kami barisan fasilitator menyambut adik2 dengan penuh senyuman dan harapan. Apa yang istimewanya KBM SMKCP kali ini, adik2 kasih dan sayang dibekalkan dengan tag nama dan dilekatkan di baju mereka. Mudah juga bagi kami untuk mengingat nama mereka. Menarik!~

Pada jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Puan Faezah, selaku guru penyelaras program dan penyerahan adik2 kasih dan sayang kepada pihak KBMKL. Penerbangan kali ini mmbawa seramai 80 orang penumpang pesawat. Program dimulakan dengan slot KMKY (Knowing Me Knowing You) yang menampilkan gandingan mantap Anjang Kila dan Abg Nizam yang berjaya menggamatkan suasana pagi tersebut. Selepas minum pagi, program diteruskan lagi dengan slot army yell. Nampaknya adik kasih dan sayang SMKCP kali ini memang begitu teruja dan sangat sporting serta dapat memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Syabas diucapkan!~

army yell ala-ala silat gayung.huhu
Slot INTEAM diteruskan seusai solat zohor berjemaah. Slot INTEAM dibawah kendalian Kak Nina, berjaya membuka minda adik2 kasih sayang tentang erti sebenar persahabatan. Hampir 80% dari mereka nampak benar2 menghayati dan memberi fokus yang baik dalam slot ini. Alhamdulillah, ramai adik kasih dan sayang yang tampil kehadapan untuk sesi perkongsian. Terharu rasanya mendengar perkongsian ikhlas dari mereka buat sahabat-sahabat tersayang.Seusai solat asar, adik2 dibawa pula oleh fasilitator utk slot seterusnya iaitu Badan Cergas Otak Cerdas. Adik2 SMKCP kali ini mmg world la!~ semua sangat sporting dan best!~ :)


Selesai isya' berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot Meniti Angin Malam (MAM1) di mana adik2 di bawa mengembara bersama Pak andak untuk merasai betapa nikmat dan indahnya mengenal Allah yg maha Pencipta, Rasullullah junjugan-Nya, dan ibu ayah kita. Seusai MAM1, slot MAM2 pula menyusul di bawah kendalian Kak Ika, Kak Nina dan Abg Nizam. Adik2 telah dibawa melalui satu pengembaraan yang lebih spiritual dan hebat. Alhamdulillah, kedua-dua slot ini berjaya memberi kesan pada diri kasih dan sayang.
Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, adik kasih dan sayang dibawa untuk slot hijrah yang dikendalikan oleh Kak Nina dan dalam waktu yang sama, slot bersama ibubapa dikendalikan oleh Ummi Ida.Alhamdulillah, kehadiran yang amat menggalakkan dari ibubapa adik2 SMKCP kali ini . Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa ini sangat komited dan menyokong anak2 mereka. Syabas dan tahniah buat adik2 kasih sayang dan para ibubapa yg sudi berkongsi dalam sesi ini.Majlis diakhiri dengan ucapan dari Penolong kanan SMKCP dan sedikit ucapan ringkas dari YDP JIM Cheras.



meluahkan lafaz-lafaz tersimpan.





Seperti biasa, setiap kali KBM, kami tidak pernah lupa akan kondisi dan nasib saudara-saudara seaqidah kita yang berada di Palestin. Dengan melancarkan tabung sumbangan Palestin, Alhamdulillah berjaya mengutip jumlah kutipan yang agak tinggi iaitu sebanyak RM533.80. Moga Allah memberkati dan memberi balasan yang selayaknya atas kemurahan hati kalian, InsyaAllah..Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru SMKCP atas kesudian mengundang kami warga KBMKL untuk bersama-sama berusaha menyantuni adik2 kasih dan sayang yang cukup istimewa ini. Tidak lupa juga kepada krew-krew kantin SMKCP atas hidangan yang sungguh istimewa (bubur durian) dan sangat sedap! Dan yang paling utama, buat adik2 kasih dan sayang, kami sentiasa berdoa moga Allah memberi kekuatan dan menyuntik nikmat hidayah dan semangat dalam diri adik2 SMKCP supaya sentiasa berusaha untuk mnjadi remaja yang soleh wa musleh.Terima kasih daun keladi buat barisan pengendali dan fasilitator pesawat KBM 040709 atas kesudian meluangkan masa dan tenaga untuk program ini. Moga berjumpa lagi dalam pesawat-pesawat yang akan datang :)

sebahagian artis kBm.haha.jazakumullah khairan katheera kepada sesiapa yang membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung.Semoga ianya dinilai disisi Allah di akhirat kelak dan menjadi bekalan kita nanti.InsyaAllah.Terima kasih tidak terhingga kepada pengendali dan faislitator yang tidak pernah jemu berKBM setiap minggu.


[Pak Andak][Ummi Ida][Pak Kay][Pak Long]


[Kak Nina][Kak Yatt][Anjang][Kak Mai][Kak Ila][Kak Lang][Kak Ika]


[Abg Nizam][Abg Zack][Abg Fakhrul][Abg Farhan]


Disebalik Tabir

Pengalaman kbm kali ini sangat3 best!Adik2 yang sporting dan mantop!VERORA,adik2 semua memang hebat2 belaka!Kalian xkan akak lupakan.Semoga menjadi insan yang soleh wa musleh dan menyerlah jauh dari yang biasa!Balik uma terus lena xdan nak kemas barang2 walaupun tau esok dah nak gi poli.hihi..Pengalaman MAM2 best3!Syukran buat kNina dan kMia atas kepercayaan kalian terhadap Ika.[senyum lebar]


Ika:Lepas nie,susah sikit la nak join tiap2 minggu kbm.Dah mula belajar dah.hihik.Apa-apapun doa Ika sentiasa bersama warga kBmkL!Teruskan perjuangan!Takbir!Allahuakhbar!

Wednesday, July 1, 2009

:.Pesawat KRJ 270609.:

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful

Alhamdulillah, setelah berkonvoi dengan 3 buah kenderaan pada hari jumaat, 26 Jun 2009, akhirnya kami selamat tiba di daerah Sg.Besar sekitar jam 1230 mlm. Sesi TOT (Training of Trainers) ringkas diadakan untuk para fasilitator sebaik saja tiba. Para fasilitator diberi penerangan secara ringkas dan padat oleh Kak Nina selaku ketua rombongan untuk KBM Gen-Y minggu ini. Terasa bimbang juga dihati kami memandangkan ini kali pertama kami para pemuda dan pemudi diberi mandat untuk mengendalikan sepenuhnya KBM kali ini, dari pengendalian hingga ke hal-hal teknikal. Biasanya ada Pak2 dan Mak2 yang bersama, tapi minggu ni mereka semua ada hal masing-masing yang perlu diutamakan. Maka dengan itu, kami Gen-Y cuba untuk mengambil alih tugas yang sememangnya berat ini.Keesokan harinya, tibalah masa yang dinanti-nanti. Pagi tersebut kami berkumpul di SMK Seri Bedena dan bersiap sedia untuk berKBM bersama adik-adik kasih dan sayang. Dan adik-adik kali ni merupakan adik2 yg sangat bersemangat bilamana mereka semua telah siap bersila di dalam dewan saat kami sedang menguruskan P.A System dan kerja teknikal yg lain sedangkan program belum lagi bermula pada masa itu. Syabas! Satu permulaan yang baik..Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan penyerahan ringkas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSB kepada pihak KBMKL. Seramai 37 orang adik kasih dan 22 orang adik sayang bersama-sama kami dalam penerbangan kali ini, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 59 orang. Program diteruskan dengan slot Knowing Me Knowing You (KMKY) bersama gandingan mantap Kak Nina dan Abg Zam. Suasana begitu riuh rendah pada sesi pengenalan fasilitator sehingga ke army yell. Adik-adik kasih dan sayang begitu ceria dan sangat teruja. Ramai yang bangun utk berkongsi perasaan mereka sewaktu slot KMKY ini Seusai solat zuhur berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot INTEAM dibawah pengendalian Kak Nina. Suasana mula bertukar menjadi syahdu. Jarang-jarang sekali kami jumpa adik2 sayang yang begitu terkesan pada slot ini. Boleh dikatakan 90% dari mereka benar-benar menghayati slot bersama teman-teman ini. Slot Badan Cergas Otak Cerdas pada petang itu seperti biasa telah membawa adik-adik ini bersama kakak-kakak dan abang-abang fasilitator.
Selesai solat isya' berjemaah, Kak Nina sekali lagi bersama adik-adik untuk mengembara didalam slot Meniti Angin Malam 1 (MAM1) bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah. Alhamdulillah, syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kami adik-adik kasih dan sayang yang sangat mudah disantuni. Kesemuanya memberi sepenuh fokus pada slot ini. Dan secara tak langsung telah membantu serta melancarkan lagi slot MAM2 pada malam itu.Pada keesokan harinya, sekitar jam 9 pagi, dua program selari berlangsung. Ibubapa telah bersama-sama Pak Long di dalam dewan utama dan adik-adik kasih dan sayang di bilik teater bersama Kak Nina dan semua fasilitator untuk slot Hijrah. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 45% dari jumlah sebenar peserta. Pada jam 11.45 pagi, kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu ibu dan ayah masing-masing.Selesai sesi perkongsian dari kasih dan sayang serta ibu bapa, sedikit ucapan penutup dari wakil sekolah dan YDP JIM Sabak Bernam. Juga dilancarkan tabung sumbangan Palestin yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 214. Alhamdulillah..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Yang Maha Bijaksana, kerana telah mengatur segalanya dengan lancar dan hikmah sekali. Sesungguhnya tiadalah daya upaya kami untuk merancang sebaik dan secantik itu. Jazakumullah khairan kathira buat semua yang mendoakan kami. Buat para pengendali dan fasilitator yang terlibat, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Buat guru-guru yang sentiasa bersama kami sepanjang program, Cikgu Amir, Cikgu Rabiatul, Cikgu Rozanna, Cikgu Khasnah dan lain-lain yang tak dapat kami sebutkan namanya disini, syukran jazilan diucapkan. Dan yang pastinya tidak dilupakan, buat adik-adik kami kasih dan sayang SMKSB yang sentiasa diingatan. Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi, insyaAllah. Didoakan moga adik-adik diberi kekuatan untuk kekal dalam perubahan dan menjadi insan yang soleh wa musleh serta terus Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..

Special thanks to all Gen-Y members :

Kak NinaKak MiaAbg NizamKak Zarina

Abg ArulAbg BobAbg JunAbg FakhrulAbg Zack

Kak NurullKak YanaKak IkaKak UnaKak SyazaKak Nur

and also the baby boomers..PAK LONG ^_^

Habis je berKBM di SMK Seri Bedena,kami semua singgah kedai makan Pak Long belanja.weeee..Lepas tu,kNina,kMia,kNurul,kYana dan Ika teruskan perjalanan.kNina nak campak Ika kat Sekinchan,Ika kena balik kampung ada urusan.Dalam perjalanan masuk kampung Ika,kNurull nie nak sangat tengok padi..hihi..maka dengan itu kami pun beraksi.hihi