Wednesday, July 1, 2009

:.Pesawat KRJ 270609.:

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful

Alhamdulillah, setelah berkonvoi dengan 3 buah kenderaan pada hari jumaat, 26 Jun 2009, akhirnya kami selamat tiba di daerah Sg.Besar sekitar jam 1230 mlm. Sesi TOT (Training of Trainers) ringkas diadakan untuk para fasilitator sebaik saja tiba. Para fasilitator diberi penerangan secara ringkas dan padat oleh Kak Nina selaku ketua rombongan untuk KBM Gen-Y minggu ini. Terasa bimbang juga dihati kami memandangkan ini kali pertama kami para pemuda dan pemudi diberi mandat untuk mengendalikan sepenuhnya KBM kali ini, dari pengendalian hingga ke hal-hal teknikal. Biasanya ada Pak2 dan Mak2 yang bersama, tapi minggu ni mereka semua ada hal masing-masing yang perlu diutamakan. Maka dengan itu, kami Gen-Y cuba untuk mengambil alih tugas yang sememangnya berat ini.Keesokan harinya, tibalah masa yang dinanti-nanti. Pagi tersebut kami berkumpul di SMK Seri Bedena dan bersiap sedia untuk berKBM bersama adik-adik kasih dan sayang. Dan adik-adik kali ni merupakan adik2 yg sangat bersemangat bilamana mereka semua telah siap bersila di dalam dewan saat kami sedang menguruskan P.A System dan kerja teknikal yg lain sedangkan program belum lagi bermula pada masa itu. Syabas! Satu permulaan yang baik..Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan penyerahan ringkas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSB kepada pihak KBMKL. Seramai 37 orang adik kasih dan 22 orang adik sayang bersama-sama kami dalam penerbangan kali ini, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 59 orang. Program diteruskan dengan slot Knowing Me Knowing You (KMKY) bersama gandingan mantap Kak Nina dan Abg Zam. Suasana begitu riuh rendah pada sesi pengenalan fasilitator sehingga ke army yell. Adik-adik kasih dan sayang begitu ceria dan sangat teruja. Ramai yang bangun utk berkongsi perasaan mereka sewaktu slot KMKY ini Seusai solat zuhur berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot INTEAM dibawah pengendalian Kak Nina. Suasana mula bertukar menjadi syahdu. Jarang-jarang sekali kami jumpa adik2 sayang yang begitu terkesan pada slot ini. Boleh dikatakan 90% dari mereka benar-benar menghayati slot bersama teman-teman ini. Slot Badan Cergas Otak Cerdas pada petang itu seperti biasa telah membawa adik-adik ini bersama kakak-kakak dan abang-abang fasilitator.
Selesai solat isya' berjemaah, Kak Nina sekali lagi bersama adik-adik untuk mengembara didalam slot Meniti Angin Malam 1 (MAM1) bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah. Alhamdulillah, syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kami adik-adik kasih dan sayang yang sangat mudah disantuni. Kesemuanya memberi sepenuh fokus pada slot ini. Dan secara tak langsung telah membantu serta melancarkan lagi slot MAM2 pada malam itu.Pada keesokan harinya, sekitar jam 9 pagi, dua program selari berlangsung. Ibubapa telah bersama-sama Pak Long di dalam dewan utama dan adik-adik kasih dan sayang di bilik teater bersama Kak Nina dan semua fasilitator untuk slot Hijrah. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 45% dari jumlah sebenar peserta. Pada jam 11.45 pagi, kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu ibu dan ayah masing-masing.Selesai sesi perkongsian dari kasih dan sayang serta ibu bapa, sedikit ucapan penutup dari wakil sekolah dan YDP JIM Sabak Bernam. Juga dilancarkan tabung sumbangan Palestin yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 214. Alhamdulillah..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Yang Maha Bijaksana, kerana telah mengatur segalanya dengan lancar dan hikmah sekali. Sesungguhnya tiadalah daya upaya kami untuk merancang sebaik dan secantik itu. Jazakumullah khairan kathira buat semua yang mendoakan kami. Buat para pengendali dan fasilitator yang terlibat, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Buat guru-guru yang sentiasa bersama kami sepanjang program, Cikgu Amir, Cikgu Rabiatul, Cikgu Rozanna, Cikgu Khasnah dan lain-lain yang tak dapat kami sebutkan namanya disini, syukran jazilan diucapkan. Dan yang pastinya tidak dilupakan, buat adik-adik kami kasih dan sayang SMKSB yang sentiasa diingatan. Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi, insyaAllah. Didoakan moga adik-adik diberi kekuatan untuk kekal dalam perubahan dan menjadi insan yang soleh wa musleh serta terus Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..

Special thanks to all Gen-Y members :

Kak NinaKak MiaAbg NizamKak Zarina

Abg ArulAbg BobAbg JunAbg FakhrulAbg Zack

Kak NurullKak YanaKak IkaKak UnaKak SyazaKak Nur

and also the baby boomers..PAK LONG ^_^

Habis je berKBM di SMK Seri Bedena,kami semua singgah kedai makan Pak Long belanja.weeee..Lepas tu,kNina,kMia,kNurul,kYana dan Ika teruskan perjalanan.kNina nak campak Ika kat Sekinchan,Ika kena balik kampung ada urusan.Dalam perjalanan masuk kampung Ika,kNurull nie nak sangat tengok padi..hihi..maka dengan itu kami pun beraksi.hihi



No comments:

Post a Comment