Tuesday, October 30, 2012

Perbaiki

Bismillahirahmaniraheem

Assalamualaikum warahmatullah buat sahabat alam maya yang sering berkunjung ke teratak SKSH.Alhamdulillah sekali lagi dc diberikan kesempatan waktu bagi memenuhi ruangan blog ini tanpa dibiarkan kosong dan berhabuk.Oh ya,apa khabar iman dan badan kalian?Semoga kalian sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya insha-Allah!

Ada seorang hamba Allah datang kepada dc memberitahu akan kerosakan handphonenya,handphone sekarang canggih-canggih.Galaxy,iphone,lumia,blackberry macam-macam.Dan dc cuba bantunya dengan melihat dan cuba-cuba untuk  membaiki handphonenya yang sudah hampir 6 bulan tidak disentuh akibat rosak.

Dahulu pernah ditanya harga untuk membaikinya,tetapi ketika itu dia kesempitan wang.Jadi dia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja dahulu handphonenya.Sedang cuba aku membaiki berkat usaha aku belajar dari youtube dan doa yang aku pohonkan,alhamdulillah! Handphone itu kembali pulih seperti biasa! Allah sungguh Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.Sungguh handphone ini tidak akan pulih jika bukan atas kuasaMu.

Tiba-tiba fikiran ini melayang jauh,teringat akan guru-guru,rakan-rakan di sekolah,rakan-rakan di politeknik,rakan-rakan yang dc kenali di alam maya,dan sewaktu dengannya.(hihi) yang dulu suka menggelarkan diri dc sebagai Macgyver.Masha-Allah.

Bukan kerana usaha dc sahaja,ini semua atas kehendakNya.Macgyver kalau ada yang tak tahu apa dia,mari dc kenalkan.Dahulu adanya cerita tentang seorang yang sangat arif dalam pelbagai bidang,macam-macam dia boleh buat dan namanya Macgyver.Sehingga kini orang ramai sangat suka akan nama Macgyver sehingga menjadi sebutan dikalangan masyarakat tidak kira tua atau muda.

Macgyver?sesuaikah gelaran itu diberi pada dc?Terkadang dc tertawa sendiri.Ya,mungkin dc pernah repair laptop orang yang rosak,kamera,handphone,televisyen,kipas angin,home teater,software di komputer blablabla memang banyak.

"Kau ni macam-macam nak jadi,bisneswoman,photographer,penulis novel,pengarah filem,pakar motivasi,blablablabla,macam-macam nak jadi,tapi kau ambil kursus untuk jadi jurutera,apa cer?" Dc hanya mampu tersenyum dan berkata "dimana ada rezeki aku,disitu aku akan mencari".

Tetapi yakinlah sahabatku,dc tak mampu untuk membaiki kalian,hanya kalian sendiri yang mampu membaiki dc cuma tunjukkan cara untuk membaiki.Insha-Allah.

Ayuh perbaiki diri ! 


*Dc rindukan mereka yang selalu menyokong dc dalam setiap tindak tanduk dc yang baik.Masha-Allah. Cikgu!Kawan!Awak!Kamu!

Thursday, October 18, 2012

Berhati-hati Dengan Hati

Assalamualaikum wbt buat sahabat yang dikasihi Allah sekalian.Tidak putus-putus lidah ini mengucap kalimah Alhamdulillah atas nikmat-nikmatMu yang tidak terhingga,terima kasih buat Pemilik segala nikmat!Dan jangan lupa gunakan nikmat lidahmu untuk berselawat ke atas Rasulullah saw.Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di dunia ini terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu mengira,seperti kita melalui jalan raya,tanpa ada seorang pun yang hendak menghitung seberapa banyakkah titik garisan putih di atas muka jalan.

Berhati-hati dengan hati?Apa pula yang ingin dibicarakan dc kali ini?Mungkinkah berhati-hati ketika memandu kereta di atas jalan raya agar hati anda tidak rosak,pecah dan sebagainya seperti mana kita mendengar cerita dan di dada-dada akhbar mengeluarkan berita yang sangat tragis contonhnya "hati dan limpa pecah akibat digilis lori" dan berbagai lagi.Itu juga yang sebenarnya betul,berhatilah ketika memandu kerana dc lihat sekarang manusia seakan alpa nikmat kesihatan yang diberi percuma,mungkin kerana ia percuma.Jika Allah minta dibayar nikmat kesihatan sehari RM300,mungkin kita akan lebih berhat-hati kot?Masha-Allah sehingga begitu sekalikah kita?

Tetapi yang dc maksudkan disini bukanlah yang itu tetapi yang ini.Hati kita sukakan sesuatu yang tak membawa apa-apa faedah atau lebih tepat lagi lagha.Hati kita tertarik dengan yang lagha,tanya diri kita kembali,untuk apa kita dijadikan?

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Az-Zaariyat ayat 56],ini firman Allah,bukan dc yang kata.

Cuba tanya hati masing-masing,benarkah ini yang hati kita mahukan?Fitrah manusia sebenarnya semuanya hendak yang baik-baik,bukan yang jahat.Cuba tanya mereka yang sedang berjoget dengan rancaknya di mana-mana pusat hiburan "Awak nak masuk syurga atau neraka" sudah tentu yang mereka memilih syurga dari neraka.Lihat?itu fitrah hati kita.Hendak semua yang wangi dan yang baik.

Apa yang jadi sekarang,kita mungkin tak nampak.Ok mari dc cuba nampakkan.Insha-Allah.Dilaman sosial yang sekarang lebih popular Facebook.Ada button like dan comment,tentu kalian perasan bukan kerana terkadang hampir setiap hari membuka akaun tersebut.Namun sedarkah kalian apa fungsinya button tersebut?

Perasan atau tidak yang terkadang kita lupa yang kita juga perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk kita walaupun ianya hanya dilaman sosial.Terlihat ramai yang menekan button "like" di setiap gambar-gambar yang tidak menutup aurat.Maafkan dc bertanya,apa maksud like didalam bahasa malaysianya ya?Suka?Ya tepat sekali.

Jadi,adakah kalian suka akan mereka yang tidak menutup aurat?Bukankah sepatutnya kita membenci perkara tersebut?Maaf bukan membenci orangnya tetapi perbuatannya kerana membenci adalah cara mencegah kemungkaran namun itulah selemah-lemah imannya.Tetapi kita?adakah selemah-lemah imannya jika kita tidak membenci tetapi suka?Masakan membenci itu selemah-lemah iman,dan suka itu pula bagaimana ya? Hmmm

Dan tidak cukup dengan itu,ada juga yang like dan comment status-status yang dc rasa tak memberi apa-apa faedah.Contohnya "Hari ini pergi dating dengan *******" hah?Baguskah status dia itu.Ataupun "Rindu kamu sangat-sangat ******** , sayangggg". Hah? sudah tentu dia katakan rindu pada si bukan mahramnya tetapi kita pula like dengan cara hidup dia,adakah kita suka caranya?"Jom tengok wayang sayang" otak kita pun mengarahkan jari-jemari kita untuk menekan button like menggunakan tetikus kita.Adakah kita setuju mereka melihat wayang bersama?Sedangkan mereka sedang mendekati zina tetapi kita pula menyokong? Hmmm

Tidak cukup dengan itu,ada pula yang sudi memberi komen berbunyi "sweetnya korang,bahagia tengok korang", Biar benar?hati kita bahagia melihat maksiat?Astagfirullah basahilah lidahmu dengan istigfar sahabat.Dan bermacam-macam lagi dc lihat mereka terus like dan komen.

Sedarlah wahai saudaraku,adakah kalian lupa akan malaikat di kiri dan kananmu iaitu Raqib, رقيب, yang sentiasa mencatat segala amalan baikmu?dan  Atid, عتيد yang mencatat segala amalan burukmu?Ingatlah malaikat tidak pernah tidur untuk mencatat segala kebaikan dan kejahatan yang kamu lakukan.Adakah kalian lupa pada Allah yang Maha Melihat setiap sesuatu?

Mahukah kita apabila dihisab nanti,kita sudah dihisab untuk ke syurga tetapi hanya kerana salah dengan menekan butang "suka" yang hanya sekecil-kecil zarah Allah campakkan kita ke neraka?Mahukah kita?Tanya diri kita kembali.Adakah kita suka dengan semua itu?Jika suka,maka perbanyakkanlah istigfar.Masih belum terlambat,doa dc sentiasa mengiringi kalian.insha-Allah !

Berhati-hatilah dengan hati yang suka dengan sesuatu yang terkadang langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita.Berhati-hatilah dengan menekan butang suka dan komen.Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya ! insha-Allah selamat dunia dan akhirat. 

Segala salah dan silap dc pohon dimaafkan kerana dc juga manusia seperti kalian yang sentiasa dicatat jua amalan baik dan buruknya.Maafkan segala yang terumpat atau ada hati-hati yang terasa akan penulisan kali ini.Bukanlah niat hendak memalukan kalian,tetapi dc rasa mata pena itu lebih tajam daripada pedang,maka aku memilih pena ini sebagai senjata jihadku.Hanya dengan penulisan ini dc dapat sampaikan pada semua berbanding jika dc jumpa seorang demi seorang.

Fenomena ini telah lama dc perhatikan,alhamdulillah akhirnya diri ini kuat untuk menegur kalian.Maaf sekali lagi,segala yang baik datang dari Pencipta dan segala yang buruk datang dari yang dicipta tetapi hakikatnya kedua-dua datang daripadaNya. 


Wallahualam. -DC-

Wednesday, October 17, 2012

I Love You !

Assalamualaikum wbt pada sahabat alam maya yang dirahmati Allah swt sekalian.Allah Maha Besar yang memiliki setiap yang ada di pelusuk dunia sama ada dilangit atau dibumi,selawat serta salam kepada kekasih Allah yakni Nabi Muhammad saw yang sentiasa merindui ikhwahnya.

Sekali lagi jari jemari ini sudi menari di atas papan kekunci laptop milikku.Ada masanya jari ini leka menari di sini sehingga seakan-akan terlupa untuk menari di atas kertas putih.Akan tetapi aku usahakan demi menafkahi diriku sendiri atas bakat yang ada.Insha-Allah.

I Love You ! atau dalam bahasa malaysia "saya sayang awak".Ya ! memang menjadi lumrah kita sebagai manusia biasa mempunyai banyak perasaan dan sifat.Perasaan kasih sayang,suka,cinta,duka,sedih dan berbagai-bagai lagi kerana itu jugalah yang menyempurnakan kita sebagai seorang insan.Bukankah kita dijadikan Allah sebaik-baik kejadian?Masha-Allah.Terima kasih Allah atas pemberian ini.Ini juga adalah nikmatMu.

Wahai Sang Pemilik Cinta,hanya padamu ku sandarkan segala rasa hatiku.Allah,entah mengapa terkadang hati dan fikiran ini sentiasa tertanya-tanya mengapa manusia yang menjalankan kehidupan sehariannya di landasanMu tetapi memandang remeh soal bercinta.Solat lima waktu cukup!sedangkan solat itu mencegah kita dari kemungkaran,tetapi mengapa masih melakukan kemungkaran?Tanya kembali diri dan hati kita,adakah benar aku solat keranaMu Wahai Sang Pemilik segala kebaikan?Atau aku hanya menutup maluku dihadapan hamba-hambaMu yang lain?

Sahabatku,pernahkah kita tahu bahawa pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Lihat!pertunangan pun perlu dirahsiakan,bagaimana pula kita yang sedang bercinta?Perlukah update di status setiap hari mengenai si dia?Menukar status diri dari "single" kepada "relationship".Masha-Allah,tanyalah hati sendiri sahabat-sahabat.Perlukah kita bangga dengan status-status yang dikatakan SWEETTTTT! tu?Yang tahudi reka untuk kita terjerumus disitu?Mudahnya kalian tertipu !

Anda perlu tahu sesuatu,jika anda update status seperti itu,ada mata yang melihat dan ada hati yang tertarik dengan kehidupan anda,mereka ingin mencuba mungkin faktor kecemburuan? Jadi dia pun mencuba,ya!satu lagi pasangan mengikut cara anda,secara tak langsung anda sedang mengajar dia bukan?Mengaku sahaja tak perlu berdolak-dalih lagi.Apa yang kita buat bila orang ikut kita tanggunglah akibatnya!Bukan saya disini hendak mengatakan diri saya baik tetapi jika itu pilihan kalian,maka pilihlah,hiduplah kalian dengan cara kalian,tugas saya sudah menasihati tetapi bukan saya yang membuka pintu hati kalian.

Mungkin ada yang jawab,"kami tak pernah pegang-pegang pun,cuma mesej aje,itu pun kalau penting je mesej,salah ke?" Ya,mungkin pada awalnya mesej yang dikatakan "penting" itu sahaja,selepas itu?Mungkin mesej bergurau mesra,dan akhirnya mesej berbaur lucah dan lagha!Astagfirullah,moga kita dijauhkan.Yakinkah kita sehingga akhirnya kita tidak bersentuhan langsung?Syaitan itu sentiasa ingin menjerat kita.Iman kita ada pasang surutnya.Berhati-hatilah.

Masih ingatkah kalian akan firman Allah "Jangan mendekati zina" dan bukan "Jangan melakukan zina".DC beri contoh disini,kita hendak ke kedai makan,selangkah kita ke hadapan,bukankah kita sedang mendekati kedai makan tersebut?Sudah tentu ya.

Mengapa?Bercinta dengan makhluk lebih seronok ke berbanding bercinta dengan Pencipta Makhluk itu?Sahabatku,Allah sudah bentang jalan yang mudah,jika ingin bercinta,bercintalah dengan betul.Nikahi si dia!Dan bercintalah,ketika sudah bergelar suami isteri barulah kalian dapat merasakan indahnya percintaan sebenar bukan seperti sekarang yang masing-masing menunjukkan kebaikan palsu!Percayalah.

                                        
Ini bukan paksaan,jika kamu rasa betul jalan kamu,maka ikutlah laluan kamu yang kamu pilih dan cipta sendiri.Seronok?mungkin hanya sekelumit.Wahai kaumku hawa,sedarlah dirimu begitu berharga,jangan terlalu murah untuk mereka walaupun pada pandangan masyarakat biasa,murah contohnya berpegangan tangan,berpeluk di pinggang,tetapi bagi masyarakat yang luar biasa,apabila anda update status atau bermesej,menunjukkan kasih sayang kalian di masyarakat umum khususnya di facebook.Cukup rasa "pelik" timbul dihati mereka.Mahukah kita dipandang sebegitu wahai kaum hawaku yang sefikrah denganku? 

Ada caranya jika kalian jatuh cinta,persiapkanlah diri kalian untuk bergelar suami atau isteri.Berdoalah kepadaNya,yakin akan janjiNya "wanita yang baik buat lelaki yang baik dan lelaki yang baik buat wanita yang baik".Jika kita bercinta sekarang,yakinkah kita lelaki atau perempuan itu baik?Jika benar dia baik mengapa dia bercinta denganmu?Dan tidak mustahil dia boleh bercinta dengan orang lain selepas kamu.Berfikirlah secara rasional,akal itu diberi sempurna kepadamu.

                                 

Akhir dari dc,maafkan andai ada hati yang dc usik tanpa dc sedari,andai ada hati-hati yang terasa,maafkan dc.Anggaplah ia sebagai nasihat seorang sahabat kepada sahabatnya.Insha-Allah.Suka dc ingatkan ini bukan paksaan terpulanglah kepada kalian.Kalianlah yang berhak memilih jalan hidup kalian,dc cuma yang menunjukkan jalan tetapi yang membuka jalan adalah Allah swt.Masih seronok dengan couple kalian?Teruskan!!!Bukan dc hendak menjaga tepi kain orang tetapi inilah yang diamanahkan Tuhan kepadaku.insha-Allah akan ku pegang amanah ini sehingga akhir hayatku.

Wallahualam,   -DC-


Friday, October 12, 2012

Maafkan Andai Aku Bersalah

Bismillahirahmaniraheem

Assalamualaikum wbt buat sahabat tercinta,terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak SKSH ini.Alhamdulillah sejak kebelakangan ini idea mencurah-curah untuk DC menafkahi teratak dengan pelbagai coretan.Buat sahabat yang dikasihi semoga kita semua sentiasa dipandang Allah dengan pandangan kasih sayangNya ! Aamiin. Opss jangan lupa untuk senantiasa berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.

Maafkan andai aku bersalah salah satu yang sentiasa DC renungkan.Manusia,mudah melakukan kesilapan,suka DC ingatkan bahawa apabila seseorang itu bertudung labuh,berserban serta berjubah dan walau apa pun pakaiannya,dia tetap seorang manusia biasa yang akan dihitung di akhirat kelak!Ya,dia tetap akan membuat salah dan dosa.Manusia yang baik bukan mereka yang tak pernah buat silap,tetapi mereka yang tak pernah lupa untuk bertaubat dan insaf.

DC musykil pada seorang hamba Allah ini,DC tak pasti apa salah DC pada dia.Sekarang sudah hampir setahun dia tidak menghubungi DC,sedangkan dahulu dia seorang yang sentiasa bersama DC saat susah dan senang.Adakah ini balasan Allah kerana DC tidak pernah mensyukuri akan kehadiran dia dalam hidup DC ? Andai itu puncanya,ampunkan daku wahai Pemilik segala cinta.

Tetapi yang buat DC bertambah hairan apakah menjadi salah satu kesalahan sekiranya benar sekalipun DC yang bersalah tetapi dia bertindak untuk memberitahu apa kesalahan yang DC lakukan.Sedangkan sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan dan menegur kita.

Jadi jika diantara kalian yang membaca entry ini,mungkin ada hati-hati yang DC sentuh tanpa DC sedari,maafkan DC.

Nasihat DC,jikalau seseorang membuat salah haruslah diberitahu jangan sampai orang itu bingung memikirkan apa salahnya.Sejujurnya sehingga sekarang DC masih bingung jika memikirkan hal yang satu ini.Tapi ini ujian dari Allah untuk DC,Allah lebih mengetahui.Terima kasih Allah !

Jika anda sekarang jua dalam keadaan yang sama seperti DC,ingatlah pesan DC tetaplah memberi bunga walau sekalipun dibaling dengan batu! insha-Allah pahala sabar itu menanti.

sekadar gambar hiasan ( shoot ketika bosan)

Jadilah seperti M&M yang cantik diluar jugak sedap didalam ! 

Thursday, October 11, 2012

Penyembuh Rindu

Bismillahirahmaniraheem

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat,apa khabar iman dan badan kita hari ini?Harapnya sihat walafiat selalu dan iman kita sentiasa meningkat.Insha-Allah.Doa DC sentiasa mengiringi perjalanan sahabat-sahabat.Dan jangan lupa juga untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw :-)

Alhamdulillah semalam (hari rabu) bersamaan 11 Oktober 2012 DC berkesempatan ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam dimana tempat DC jatuh dan bangun dahulu.DC kesana atas jemputan adik-adik yang dikatakan "Penyembuh Rindu".

Atas kecintaan DC kepada Islam dan sahabat-sahabat,DC memberanikan diri untuk menaiki motor ke Shah Alam.Hanya Allah yang tahu seberapa banyak doa yang DC lafazkan.Alhamdulillah DC sampai ke politeknik tepat pada masanya.

Usai solat maghrib secara berjemaah,DC memulakan slot untuk menyantuni kepada adik-adik yang anggaran bilangannya 100 orang keatas,alhamdulillah wa syukurillah adik-adik semester satu sangat sangat teruja selepas sesi ice breaking berlalu.Mungkin pada awalnya begitu sukar buat mereka tertawa dan seronok berada di surau.Tetapi alhamdulillah ! atas izin Allah swt mereka menjadi begitu hyperaktif. 

Seronok hati ini pabila melihat adik-adik yang begitu teruja dan bersemangat.Dan sekali lagi hati ini sangat tersentuh apabila melihat adik-adik sangat lembut hatinya,mengeluarkan airmata tanpa rasa segan dan silu.MashaAllah,sesungguhnya mereka benar-benar merasai apa yang diberi,golongkan mereka kepada golongan yang sedikit ya Allah.

Setelah hampir satu jam DC menyantuni adik-adik,tiba masa DC mengundur diri,Allah terasa berat benar hendak meninggalkan mereka tetapi itulah lumrahnya hidup orang beriman yang berjumpa pasti akan terpisah.DC tamatkan slot pada malam itu dan seterusnya solat isya' secara berjemaah.

Sesudah solat berjemaah,ada adik-adik yang sempat bersalam dengan DC sambil mendoakan agar abah kembali sembuh,MashaAllah! Sangat seronok dan bersyukur !

Terima kasih buat adik-adik "Penyembuh Rindu" yang sudi menjemput DC untuk slot itu,terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang kalian letakkan kepada DC,tidak akan DC sia-siakan kepercayaan yang kalian berikan.InshaAllah.Dan terima kasih ! mantop ! hebat ! khususnya buat adik-adik yang mengikuti slot itu :-) 

Dan malam semalam,DC sekali lagi memberanikan diri untuk pulang ke rumah,ramai adik-adik menyarankan agar tidur sahaja di politeknik,tetapi memikirkan abah dirumah DC nekad hendak pulang.Ketika melalui lorong motosikal pada malam itu jam 10.30,Allah sahaja yang tahu akan perasaan ini,bermacam-macam yang difikirkan.Seperti yang kita sedia maklum,lorong motosikal agak gelap dan hutan,jauh di belakang.DC bawa sehabis laju walaupun pada hakikatnya tak berapa laju kerana hujan yang amat lebat. DC rabun malam,jadi bila dah gelap bertambah dengan hujan,samar-samar je DC boleh melihat.Alhamdulillah,DC selamat tiba di rumah jam 11.30 !


p/s = dah mula rindu mereka yang teramat sangat ! Moga semua berada dalam dakapan kasih dan sayangNya ! (>_<) tak sempat shoot gambar!

Saturday, October 6, 2012

Terpanggil untuk mereka

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah wa syukurillah sekali lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk mencoretkan sesuatu di teratak SKSH ini.

Hmm sering kali kita terdengar sejak akhir-akhir ini di berita dan di dada-dada akhbar tentang seorang wanita yang gayanya seperti seorang lelaki atau lebih dikenali sebagai "pengkid".Nauzubillah semoga kita semua dijauhkan.InshaAllah.

Apa yang bermain di fikiran DC sekarang adalah,mengapa dikeji mereka?Ingat kita bukan Tuhan nak menghukum atau membenci seseorang.Seeloknya tegurlah mereka dengan cara yang baik.Menegah kemungkaran ada caranya.Cuma ada tiga cara dan ini caranya :-


Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.”
 (HR. Muslim)

Namun mahukah kita menjadi orang yang selemah-lemah imannya?Memang ramai sekarang menegah dengan lisannya,namun apakah bagus jika kita menegah dengan melemparkan kata-kata kesat seperti manusia celaka,neraka tempatmu?Allah,sahabat -sahabat satu yang perlu kita ingat,hanya Allah yang menilai kita bukan kita sendiri.Hanya Allah yang menentukan neraka atau syurga bukan kita sendiri tentukan.Jadilah seorang pendakwah yang berhikmah,kata - kata yang penuh motivasi,inshaAllah.

Manusia perlukan kasih sayang,jadi gunakanlah konsep kasih sayang itu dalam berdakwah.Tetapi harus diingat,jangan terlalu lembut dan jangan terlalu kasar biarlah sedang - sedang dan sandarkan semua pada Allah setelah kita usaha,suka DC ingatkan bahawa kita bukan yang memberi hidayah ! Allah pemilik hidayah ,

Teringat,DC akui DC juga mempunyai sahabat yang pengkid,selalu juga bersama mereka tetapi inshaAllah moga Allah luruskan niat DC. doa kalian amat DC perlukan.

Dan suka DC bercerita tentang seorang sahabat yang telah berubah,hatinya sudah terpaut dengan Allah swt,malah dia lebih hebat dari DC.Subhanallah.sungguh Engkau pemilik hidayah berhak memberi dan menarik ya Allah. Moga Engkau terima usaha ku ini. inshaAllah.

Ayuh bersama mereka,tahu keadaan mereka baru boleh dakwah ! inshaAllah.