Thursday, October 11, 2012

Penyembuh Rindu

Bismillahirahmaniraheem

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat,apa khabar iman dan badan kita hari ini?Harapnya sihat walafiat selalu dan iman kita sentiasa meningkat.Insha-Allah.Doa DC sentiasa mengiringi perjalanan sahabat-sahabat.Dan jangan lupa juga untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw :-)

Alhamdulillah semalam (hari rabu) bersamaan 11 Oktober 2012 DC berkesempatan ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam dimana tempat DC jatuh dan bangun dahulu.DC kesana atas jemputan adik-adik yang dikatakan "Penyembuh Rindu".

Atas kecintaan DC kepada Islam dan sahabat-sahabat,DC memberanikan diri untuk menaiki motor ke Shah Alam.Hanya Allah yang tahu seberapa banyak doa yang DC lafazkan.Alhamdulillah DC sampai ke politeknik tepat pada masanya.

Usai solat maghrib secara berjemaah,DC memulakan slot untuk menyantuni kepada adik-adik yang anggaran bilangannya 100 orang keatas,alhamdulillah wa syukurillah adik-adik semester satu sangat sangat teruja selepas sesi ice breaking berlalu.Mungkin pada awalnya begitu sukar buat mereka tertawa dan seronok berada di surau.Tetapi alhamdulillah ! atas izin Allah swt mereka menjadi begitu hyperaktif. 

Seronok hati ini pabila melihat adik-adik yang begitu teruja dan bersemangat.Dan sekali lagi hati ini sangat tersentuh apabila melihat adik-adik sangat lembut hatinya,mengeluarkan airmata tanpa rasa segan dan silu.MashaAllah,sesungguhnya mereka benar-benar merasai apa yang diberi,golongkan mereka kepada golongan yang sedikit ya Allah.

Setelah hampir satu jam DC menyantuni adik-adik,tiba masa DC mengundur diri,Allah terasa berat benar hendak meninggalkan mereka tetapi itulah lumrahnya hidup orang beriman yang berjumpa pasti akan terpisah.DC tamatkan slot pada malam itu dan seterusnya solat isya' secara berjemaah.

Sesudah solat berjemaah,ada adik-adik yang sempat bersalam dengan DC sambil mendoakan agar abah kembali sembuh,MashaAllah! Sangat seronok dan bersyukur !

Terima kasih buat adik-adik "Penyembuh Rindu" yang sudi menjemput DC untuk slot itu,terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang kalian letakkan kepada DC,tidak akan DC sia-siakan kepercayaan yang kalian berikan.InshaAllah.Dan terima kasih ! mantop ! hebat ! khususnya buat adik-adik yang mengikuti slot itu :-) 

Dan malam semalam,DC sekali lagi memberanikan diri untuk pulang ke rumah,ramai adik-adik menyarankan agar tidur sahaja di politeknik,tetapi memikirkan abah dirumah DC nekad hendak pulang.Ketika melalui lorong motosikal pada malam itu jam 10.30,Allah sahaja yang tahu akan perasaan ini,bermacam-macam yang difikirkan.Seperti yang kita sedia maklum,lorong motosikal agak gelap dan hutan,jauh di belakang.DC bawa sehabis laju walaupun pada hakikatnya tak berapa laju kerana hujan yang amat lebat. DC rabun malam,jadi bila dah gelap bertambah dengan hujan,samar-samar je DC boleh melihat.Alhamdulillah,DC selamat tiba di rumah jam 11.30 !


p/s = dah mula rindu mereka yang teramat sangat ! Moga semua berada dalam dakapan kasih dan sayangNya ! (>_<) tak sempat shoot gambar!