Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum warahmatullah buat sahabat alam maya yang sering berkunjung ke teratak SKSH.Alhamdulillah sekali lagi dc diberikan kesempatan waktu bagi memenuhi ruangan blog ini tanpa dibiarkan kosong dan berhabuk.Oh ya,apa khabar iman dan badan kalian?Semoga kalian sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya insha-Allah!
Ada seorang hamba Allah datang kepada dc memberitahu akan kerosakan handphonenya,handphone sekarang canggih-canggih.Galaxy,iphone,lumia,blackberry macam-macam.Dan dc cuba bantunya dengan melihat dan cuba-cuba untuk membaiki handphonenya yang sudah hampir 6 bulan tidak disentuh akibat rosak.
Dahulu pernah ditanya harga untuk membaikinya,tetapi ketika itu dia kesempitan wang.Jadi dia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja dahulu handphonenya.Sedang cuba aku membaiki berkat usaha aku belajar dari youtube dan doa yang aku pohonkan,alhamdulillah! Handphone itu kembali pulih seperti biasa! Allah sungguh Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.Sungguh handphone ini tidak akan pulih jika bukan atas kuasaMu.
Tiba-tiba fikiran ini melayang jauh,teringat akan guru-guru,rakan-rakan di sekolah,rakan-rakan di politeknik,rakan-rakan yang dc kenali di alam maya,dan sewaktu dengannya.(hihi) yang dulu suka menggelarkan diri dc sebagai Macgyver.Masha-Allah.
Bukan kerana usaha dc sahaja,ini semua atas kehendakNya.Macgyver kalau ada yang tak tahu apa dia,mari dc kenalkan.Dahulu adanya cerita tentang seorang yang sangat arif dalam pelbagai bidang,macam-macam dia boleh buat dan namanya Macgyver.Sehingga kini orang ramai sangat suka akan nama Macgyver sehingga menjadi sebutan dikalangan masyarakat tidak kira tua atau muda.
Macgyver?sesuaikah gelaran itu diberi pada dc?Terkadang dc tertawa sendiri.Ya,mungkin dc pernah repair laptop orang yang rosak,kamera,handphone,televisyen,kipas angin,home teater,software di komputer blablabla memang banyak.
"Kau ni macam-macam nak jadi,bisneswoman,photographer,penulis novel,pengarah filem,pakar motivasi,blablablabla,macam-macam nak jadi,tapi kau ambil kursus untuk jadi jurutera,apa cer?" Dc hanya mampu tersenyum dan berkata "dimana ada rezeki aku,disitu aku akan mencari".
Tetapi yakinlah sahabatku,dc tak mampu untuk membaiki kalian,hanya kalian sendiri yang mampu membaiki dc cuma tunjukkan cara untuk membaiki.Insha-Allah.
"Kau ni macam-macam nak jadi,bisneswoman,photographer,penulis novel,pengarah filem,pakar motivasi,blablablabla,macam-macam nak jadi,tapi kau ambil kursus untuk jadi jurutera,apa cer?" Dc hanya mampu tersenyum dan berkata "dimana ada rezeki aku,disitu aku akan mencari".
Tetapi yakinlah sahabatku,dc tak mampu untuk membaiki kalian,hanya kalian sendiri yang mampu membaiki dc cuma tunjukkan cara untuk membaiki.Insha-Allah.
Ayuh perbaiki diri !
*Dc rindukan mereka yang selalu menyokong dc dalam setiap tindak tanduk dc yang baik.Masha-Allah. Cikgu!Kawan!Awak!Kamu!