Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah sekali lagi Dc dapat mencoretkan sesuatu di teratak SKSH ini.Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat kasih-sayangNya,Aameen.
Semalam,Dc dikejutkan dengan panggilan dari seorang sahabat mengenai berita kematian seorang sahabat merangkap adik kepada Dc.Hampir satu minit Dc terdiam apabila terdengar "Akak,nak bagitahu ni,Salma dah meninggal".Terkedu ! Terkejut ! Tak tahu nak buat apa. Tubuh Dc mula menggigil teringatkan senyumannya pabila diusik Dc,wajahnya yang manis,kata-katanya lucu.
Tak putus-putus sahabat membuat panggilan,tak kurang pula dengan pesanan ringkas menyatakan Nur Salma telah pergi menghadap Ilahi."Kak,Salma dah meninggal,dirempuh bas" Allahu Robbi,dirempuh bas ? terasa lemah longlai lututku,semacam mahu rebah tetapi tidak mampu,seolah-olah hendak menangis tetapi tiada setitis pun air mata yang boleh aku titiskan.Sungguh aku terkejut dengan pemergiannya!
Innalillah,dari Tuhan dia datang kepada Tuhan dia dikembalikan.Sungguh!Mati itu tidak mengenal usia,selalu Dc pesan padanya dan tidak Dc sangka secepat itu semuda itu?Allah,didiklah hati ini agar sentiasa redha dengan takdirMu.Dc cuba memujuk hati.Ya,Dc tahu ini semua aturan Allah,dan aturan Allah lah yang terbaik.
Sungguh dia seorang adik yang baik,sentiasa minta dinasihati agar selalu berada di landasan yang benar.Masha-Allah mulianya hatimu adik.Dc rapat dengannya pada awal semester dia masuk ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam.Hampir setiap malam datang ke bilik Dc dan macam-macam agenda dilakukan bersama.Moga kami tidak melakukan hal yang sia-sia.Insha-Allah.
Nur Salma,selalu ku usik dengan panggilan "Salma Gebu",tersipu malu dia tersenyum sambil berkata "Akakkkk janganlah usik kita".Lalu kami tertawa bersama.Masha-Allah rindunya aku pada saat itu.
Saat Dc tamat pengajian di politeknik,dia sering menghantarkan pesanan ringkas kepada Dc menceritakan apa yang berlaku hari ini.Hampir semua diceritakan sehingga tiada apa lagi yang hendak dicerita.
Masih segar diingatan Dc,kali terakhir Dc bertemunya,cuma terserempak di kawasan kamsis sentosa.Arwah balik dalam keadaan penat tapi masih mampu tersenyum melihat aku dari jauh.Dc mendekatkan diri,sembang-sembang sekejap.Dc ambil handphone dari tangannya dan snap muka Dc sendiri,save! "Nah ambil gambar akak ni,kang Salma rindu akak pula",usikku sambil tersenyum.
Tidak Dc sangka itu pertemuan terakhir kami,dan rupanya bukan dia yang rindu Dc tetapi Dc yang akan merinduinya sampai bila-bila.
Maafkan akak,kerana tak menatap jasadmu adik,hanya ku mampu berdoa dari jauh agar kau tenang di sana.Moga dikalangan orang-orang yang beriman ya dik ! Insha-Allah.
*Sungguh,orang yang baik,dia tak hidup lama di dunia Allah swt. Akak sayang adik! (^_^)