Thursday, October 18, 2012

Berhati-hati Dengan Hati

Assalamualaikum wbt buat sahabat yang dikasihi Allah sekalian.Tidak putus-putus lidah ini mengucap kalimah Alhamdulillah atas nikmat-nikmatMu yang tidak terhingga,terima kasih buat Pemilik segala nikmat!Dan jangan lupa gunakan nikmat lidahmu untuk berselawat ke atas Rasulullah saw.Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di dunia ini terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu mengira,seperti kita melalui jalan raya,tanpa ada seorang pun yang hendak menghitung seberapa banyakkah titik garisan putih di atas muka jalan.

Berhati-hati dengan hati?Apa pula yang ingin dibicarakan dc kali ini?Mungkinkah berhati-hati ketika memandu kereta di atas jalan raya agar hati anda tidak rosak,pecah dan sebagainya seperti mana kita mendengar cerita dan di dada-dada akhbar mengeluarkan berita yang sangat tragis contonhnya "hati dan limpa pecah akibat digilis lori" dan berbagai lagi.Itu juga yang sebenarnya betul,berhatilah ketika memandu kerana dc lihat sekarang manusia seakan alpa nikmat kesihatan yang diberi percuma,mungkin kerana ia percuma.Jika Allah minta dibayar nikmat kesihatan sehari RM300,mungkin kita akan lebih berhat-hati kot?Masha-Allah sehingga begitu sekalikah kita?

Tetapi yang dc maksudkan disini bukanlah yang itu tetapi yang ini.Hati kita sukakan sesuatu yang tak membawa apa-apa faedah atau lebih tepat lagi lagha.Hati kita tertarik dengan yang lagha,tanya diri kita kembali,untuk apa kita dijadikan?

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Az-Zaariyat ayat 56],ini firman Allah,bukan dc yang kata.

Cuba tanya hati masing-masing,benarkah ini yang hati kita mahukan?Fitrah manusia sebenarnya semuanya hendak yang baik-baik,bukan yang jahat.Cuba tanya mereka yang sedang berjoget dengan rancaknya di mana-mana pusat hiburan "Awak nak masuk syurga atau neraka" sudah tentu yang mereka memilih syurga dari neraka.Lihat?itu fitrah hati kita.Hendak semua yang wangi dan yang baik.

Apa yang jadi sekarang,kita mungkin tak nampak.Ok mari dc cuba nampakkan.Insha-Allah.Dilaman sosial yang sekarang lebih popular Facebook.Ada button like dan comment,tentu kalian perasan bukan kerana terkadang hampir setiap hari membuka akaun tersebut.Namun sedarkah kalian apa fungsinya button tersebut?

Perasan atau tidak yang terkadang kita lupa yang kita juga perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk kita walaupun ianya hanya dilaman sosial.Terlihat ramai yang menekan button "like" di setiap gambar-gambar yang tidak menutup aurat.Maafkan dc bertanya,apa maksud like didalam bahasa malaysianya ya?Suka?Ya tepat sekali.

Jadi,adakah kalian suka akan mereka yang tidak menutup aurat?Bukankah sepatutnya kita membenci perkara tersebut?Maaf bukan membenci orangnya tetapi perbuatannya kerana membenci adalah cara mencegah kemungkaran namun itulah selemah-lemah imannya.Tetapi kita?adakah selemah-lemah imannya jika kita tidak membenci tetapi suka?Masakan membenci itu selemah-lemah iman,dan suka itu pula bagaimana ya? Hmmm

Dan tidak cukup dengan itu,ada juga yang like dan comment status-status yang dc rasa tak memberi apa-apa faedah.Contohnya "Hari ini pergi dating dengan *******" hah?Baguskah status dia itu.Ataupun "Rindu kamu sangat-sangat ******** , sayangggg". Hah? sudah tentu dia katakan rindu pada si bukan mahramnya tetapi kita pula like dengan cara hidup dia,adakah kita suka caranya?"Jom tengok wayang sayang" otak kita pun mengarahkan jari-jemari kita untuk menekan button like menggunakan tetikus kita.Adakah kita setuju mereka melihat wayang bersama?Sedangkan mereka sedang mendekati zina tetapi kita pula menyokong? Hmmm

Tidak cukup dengan itu,ada pula yang sudi memberi komen berbunyi "sweetnya korang,bahagia tengok korang", Biar benar?hati kita bahagia melihat maksiat?Astagfirullah basahilah lidahmu dengan istigfar sahabat.Dan bermacam-macam lagi dc lihat mereka terus like dan komen.

Sedarlah wahai saudaraku,adakah kalian lupa akan malaikat di kiri dan kananmu iaitu Raqib, رقيب, yang sentiasa mencatat segala amalan baikmu?dan  Atid, عتيد yang mencatat segala amalan burukmu?Ingatlah malaikat tidak pernah tidur untuk mencatat segala kebaikan dan kejahatan yang kamu lakukan.Adakah kalian lupa pada Allah yang Maha Melihat setiap sesuatu?

Mahukah kita apabila dihisab nanti,kita sudah dihisab untuk ke syurga tetapi hanya kerana salah dengan menekan butang "suka" yang hanya sekecil-kecil zarah Allah campakkan kita ke neraka?Mahukah kita?Tanya diri kita kembali.Adakah kita suka dengan semua itu?Jika suka,maka perbanyakkanlah istigfar.Masih belum terlambat,doa dc sentiasa mengiringi kalian.insha-Allah !

Berhati-hatilah dengan hati yang suka dengan sesuatu yang terkadang langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita.Berhati-hatilah dengan menekan butang suka dan komen.Berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya ! insha-Allah selamat dunia dan akhirat. 

Segala salah dan silap dc pohon dimaafkan kerana dc juga manusia seperti kalian yang sentiasa dicatat jua amalan baik dan buruknya.Maafkan segala yang terumpat atau ada hati-hati yang terasa akan penulisan kali ini.Bukanlah niat hendak memalukan kalian,tetapi dc rasa mata pena itu lebih tajam daripada pedang,maka aku memilih pena ini sebagai senjata jihadku.Hanya dengan penulisan ini dc dapat sampaikan pada semua berbanding jika dc jumpa seorang demi seorang.

Fenomena ini telah lama dc perhatikan,alhamdulillah akhirnya diri ini kuat untuk menegur kalian.Maaf sekali lagi,segala yang baik datang dari Pencipta dan segala yang buruk datang dari yang dicipta tetapi hakikatnya kedua-dua datang daripadaNya. 


Wallahualam. -DC-