Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dgn limpah kurniaNya, kami warga KBMKL diberi peluang sekali lagi untuk mendarat di lapangan SMK Cheras Perdana buat kali kedua. Kami selamat tiba di SMKCP lebih kurang jam 11.30 pm pada hari jumaat malam. Selepas menjamu sedikit hidangan yang disediakan oleh pihak sekolah, sesi TOT (training of trainers) untuk para fasilitator pun dijalankan. TOT dikendalikan oleh kNina dan dimulakan sesi ta'aruf sesama fasi.









Selesai isya' berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot Meniti Angin Malam (MAM1) di mana adik2 di bawa mengembara bersama Pak andak untuk merasai betapa nikmat dan indahnya mengenal Allah yg maha Pencipta, Rasullullah junjugan-Nya, dan ibu ayah kita. Seusai MAM1, slot MAM2 pula menyusul di bawah kendalian Kak Ika, Kak Nina dan Abg Nizam. Adik2 telah dibawa melalui satu pengembaraan yang lebih spiritual dan hebat. Alhamdulillah, kedua-dua slot ini berjaya memberi kesan pada diri kasih dan sayang.
Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, adik kasih dan sayang dibawa untuk slot hijrah yang dikendalikan oleh Kak Nina dan dalam waktu yang sama, slot bersama ibubapa dikendalikan oleh Ummi Ida.Alhamdulillah, kehadiran yang amat menggalakkan dari ibubapa adik2 SMKCP kali ini . Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa ini sangat komited dan menyokong anak2 mereka. Syabas dan tahniah buat adik2 kasih sayang dan para ibubapa yg sudi berkongsi dalam sesi ini.Majlis diakhiri dengan ucapan dari Penolong kanan SMKCP dan sedikit ucapan ringkas dari YDP JIM Cheras.










sebahagian artis kBm.haha.jazakumullah khairan katheera kepada sesiapa yang membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung.Semoga ianya dinilai disisi Allah di akhirat kelak dan menjadi bekalan kita nanti.InsyaAllah.Terima kasih tidak terhingga kepada pengendali dan faislitator yang tidak pernah jemu berKBM setiap minggu.
[Pak Andak][Ummi Ida][Pak Kay][Pak Long]
[Kak Nina][Kak Yatt][Anjang][Kak Mai][Kak Ila][Kak Lang][Kak Ika]
[Abg Nizam][Abg Zack][Abg Fakhrul][Abg Farhan]
Disebalik Tabir
Pengalaman kbm kali ini sangat3 best!Adik2 yang sporting dan mantop!VERORA,adik2 semua memang hebat2 belaka!Kalian xkan akak lupakan.Semoga menjadi insan yang soleh wa musleh dan menyerlah jauh dari yang biasa!Balik uma terus lena xdan nak kemas barang2 walaupun tau esok dah nak gi poli.hihi..Pengalaman MAM2 best3!Syukran buat kNina dan kMia atas kepercayaan kalian terhadap Ika.[senyum lebar]
Ika:Lepas nie,susah sikit la nak join tiap2 minggu kbm.Dah mula belajar dah.hihik.Apa-apapun doa Ika sentiasa bersama warga kBmkL!Teruskan perjuangan!Takbir!Allahuakhbar!
No comments:
Post a Comment