Saturday, August 29, 2009

Terima Kasih Ya Allah





Terima kasih Ya Allah,
Kerana Engkau tidak pernah lupa terhadap diri ini,
Walaupun adakalanya diri ini lupa akan diriMu
Adakalanya diri ini rasa letih,malas,jemu dan bongkak untuk berdoa padaMu,
Padahal diri ini mengetahui bahawa Engkau,
Tidak pernah jemu mendengar doa dari hambaMu.


Disaat diri ini diuji dengan pelbagai ujian
Adakalanya diri ini rasa kecewa,
Tidak pernah bersyukur atas ujianMu,
Padahal diri ini sedar bahawa itu adalah tarbiyyah dariMu,
Untuk menguji kekuatan iman diri ini.


Terima kasih Ya Allah,
Kerana ujian itu menguatkan diri ini,
Kerana ujian itu membangkitkan lagi semangat diri ini,
Kerana ujian itu mendekatkan lagi diri ini dengan diriMu.


Terima kasih yang tidak terhingga Ya Allah,
Kerana mempertemukan diri ini dengan hamba-hambaMu yang lain,
Yang sentiasa memberi kata-kata semangat buat diri ini dikala jatuh tersungkur,
Yang sentiasa mengambil berat terhadap diri ini,
Yang sentiasa berada disisi diri ini disaat diri ini sangat memerlukan mereka.


Kadangkala diri ini tertanya-tanya,
Mengapa aku?!Mengapa aku yang ditimpa musibah sebesar itu?!
Mengapa tidak orang lain?!
Tetapi akhirnya diri ini sedar dan tersentak,
Allah sangat sayangkan diri ini dan Allah tahu diri ini kuat menghadapinya..


Maafkan aku Ya Allah,
Ampunkan aku Ya Allah,
Andai aku tidak pernah bersyukur ketika diuji olehMu.


Aku melukis kekuatan melalui masalahku,
Aku tersenyum disaat tertekan,
Aku juga tertawa disaat hatiku sedang menangis,
Aku menghiburkan orang ketika hatiku tidak terhibur.



"Tersenyumlah disaat anda ditimpa ujian dari Allah kerana ia adalah tarbiyyah dari Allah swt"

No comments:

Post a Comment