Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah,ramadhan menjelang jua akhirnya.Kebetulan juga tarikh hari lahir Ika pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ini iaitu 24.08.2009(da lepas da)..Bagaimanapun terima kasih buat mereka yang wish bezday Ika dan syukran jazilan atas doa kalian,Semoga Allah membalas jasa kalian.
Tetapi,bukan pasal hari lahir Ika yang ingin Ika ceritakan disini,cukuplah ia sekadar mukaddimah dan sebagai peringatan kepada diri ini sendiri bahawa diri ini semakin hari semakin tua dan semakin dekat juga dengan kematian.
Berbalik kepada tajuk utama,Ramadhan?Apa menariknya?Hurmm..Jika bulan Rejab kita ada israk mikraj manakala bulan Syabaan kita ada Nifsu Syabaan.Tetapi bulan Ramadhan paling istimewa.Dimana tutupnya pintu-pintu neraka dan terbukanya pintu syurga.Iblis-iblis diikat,Malam LailatulQadar,Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya,dapat rasa nikmatnya puasa,solat terawih,dan macam-macam lagi.
MasyaAllah hebatya Ramadhan.Tetapi perasan atau tidak segelintir dari kita bukan meraikan Ramadhan malah sedang menghitung hari menjelang Syawal.Di shopping complex sudah terdengar di corong-corong radio dimainkan lagu-lagu raya,ada pula segelintir dari kita yang mulutnya sentiasa menyanyikan lagu raya.Bukankah lebih baik nyanyian itu kita gantikan dengan zikrullah?
Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menahan dari melakukan perkara yang sia-sia (lalai).Contohnya mendengar lagu yang lagha(lalai),berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan,bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah.Sedangkan iblis diikat!Jadi siapa punya angkara?Iblis tidak perlu berkerja,kita sudah mengambil alih tugasnya ke?
Ketika hendak iftar,macam-macam juadah terhidang yang melampaui sehingga tidak habis dijamah,bukankah itu satu pembaziran?Pembaziran amalan syaitan.Makan banyak-banyak sehingga solat maghrib di akhir waktu.Adakah itu kita meraikan Ramadhan dengan baik?
Solat terawih pula,perasan atau tidak,pada awal Ramadhan umat islam berpusu-pusu menuju masjid atau surau sehingga melimpah ruah ke kaki lima masjid tetapi di pertengahan?di akhir Ramadhan?Berapa kerat sahaja yang pergi?Penghuninya kebanyakan golongan tua.Wahai pemuda pemudi dimanakah kamu?!Malam lailatulqadar yang paling afdal tetapi dimana kita ketika itu?Yang perempuan,sibuk dengan baju rayanya,anak muda sibuk dengan meriam buluhnya.Adakah itu berfaedah?Boleh mendatangkan syafaat kepada kita?Anda mampu memberikan jawapannya bukan?Jadi?
Sambutlah Ramadhan dengan penuh kegembiraan sesungguhnya mereka yang betul-betul meraikannya akan menangis ketika berakhirnya Ramadhan.Pesanan ini juga buat diri ini sendiri yang kadang-kadang lalai.
Bak kata kMia:"Tidak mungkin akal yang sihat akan mendahulukan perkara yang sia-sia" (hihi)

No comments:

Post a Comment