Wednesday, July 17, 2013

Berkira-kira


"Kringggggggggggg",bunyi jam loceng empunya Farah memecah kesunyian pagi itu.Farah bangun dari tempat tidurnya,jarum jam menunjukkan pukul 4.50 pagi.

"Athirah,bangun.Dah pukul 4.50 pagi ni",jomlah qiamullail",Farah cuba mengejut Athirah yang asyik dibuai mimpi.

"Hmmm ala penatlah,nanti nak tunggu sahur pula,lepas tu solat fardhu Subuh,qiam sunat je kan,lain kalilah ana buat",Athirah berkata dalam keadaan matanya masih tertutup.Kemudian dia menyambung tidurnya.

"Enti ni,bangunlah",sambil tangan Farah mengerak-gerakkan tubuh Athirah rakan sebiliknya supaya bangun untuk bersamanya.

"Apa dia enti ni,ana nak tidur pun kacau",keluh Athirah sambil mencebik muka menunjukkan tanda protes.

Farah cuma tersenyum melihat gelagat rakannya,kerana dia sayangkan sahabatnya dia cuba untuk terus mengejutkan rakannya agar dapat berqiamullail.

"Enti beritahu ana tadi,qiamullail sunat je kan?Tapi kan enti,enti perasan atau tidak,kita ni bila dengan Allah selalu kita berkira-kira.Contohnya macam tadi,enti beri alasan itu sunat je,buat yang wajib dulu.Memang betul kata enti,tapi kita sebagai manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian untuk terus beribadat kepadaNya pula masih bercongak-congak untuk beribadat.Kan?Mengapa perlu berkira denganNya?Sedang Dia tidak!Enti setuju tak apa yang ana terangkan ni?",tanya Farah sambil mengangkat tangan ke dagu,cuba berlagak seperti professor.

"Errr,enti ni kalau dah berkata-kata,ana tak tahu dah nak jawab apa",Athirah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Dah,jom ambil wudu' kemudian kita qiam,ana tak mahu qiam seorang diri,ana nak ada sahabat ana yang comel ni turut qiam",Farah mengusik manja rakan sebiliknya.

Mata Athirah mula berkaca,

"Ya Allah,jagalah ukhuwah kami!Terima kasih hadirkan aku sahabat seperti dia",Athirah bermonolog sendirian.





Cheras-Selangor.

No comments:

Post a Comment