Assalamualaikum wbt.
Kumulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismilahirahmaniraheem.Buat sahabat seagama denganku,buat sahabat yang sujud menghadap kiblat yang sama denganku,buat sahabat yang menyembah Allah yang satu,buat sahabat yang menjadi Rasulullah saw sebagai idola pada setiap diri-diri kita.Yakni agama islam,alhamdulillah.Di dalam arus duniawi terkadang kita hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang cuma seketika waktu,padahal kita sedar dunia ini hanya sementara melainkan diakhirat sana.Tetapi kita selalu goyah dalam pendirian,dalam mengharungi ujian,dalam meneggakkan kebenaran.Moga Allah terus memegang hati sanubari kita.InshaAllah.
Apa makna dakwah?Erti kata asal dakwah adalah dari perkataan arab "da’watan",dengan bahasa yang paling mudah ia membawa maksud mengajak atau menyeru orang berbuat kebaikan.Maknanya jika kita ajak orang buat baik kita sudah ber"dakwah".
Namun,ada sahabat-sahabat kita terkadang lupa bahawa dakwah itu bukan tunggu kita mendapat gelaran ustaz atau ustazah.Tetapi ada satu gelaran yang kita bawa sekarang ini yang membuktikan kita perlu berdakwah yakni kita orang "islam".
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً yang bermaksud "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."Jadi?Apa lagi yang kita tunggu?Walaupun sepotong ayat!Ingat tu.Jangan sempitkan akal fikiran yang Allah beri itu dengan dakwah adalah solat dan mengaji.Sekali lagi Dc ingatkan,dakwah bermaksud mengajak orang lain berbuat baik.Tidak kisahlah apa kebaikannya.
Dc pernah disapa oleh seorang sahabat,
"Dc,erm saya takut nak guna perkataan dakwah.Bila saya tahu saya banyak lagi kena belajar,saya dah takut nak berdakwah"
Terukir di bibir Dc senyuman yang lebar melihat warna pemikiran beliau.Bukan Dc senyum kerana dia kurang ilmu,bukan Dc senyum kerana dia penakut dan Dc berani.Dc senyum melihat gelagatnya,dan Dc senyum sebenarnya Allah uji Dc dengan kata-katanya.Lalu Dc berkata,"Takkan sampai Dc nak digelar ustazah Dc baru Dc nak berdakwah?Sebab Dc nak Allah tolong Dc,Allah pernah berfirman ""Hai orang-orang mukmin,jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)".
Dakwah itu Mudah,
Andai medan perjuangan dakwah Dc diteratak SKSH ini,alhamdulillah Allah masih beri ruang.Allah terus mencurahkan idea-ideaNya yang bernas pada diri ini.
Ayuh berdakwah! (^_^)
Ayuh ajak orang berbuat baik! (^_^)
Ika Dekchik,
Cheras
Cheras
No comments:
Post a Comment