Thursday, January 31, 2013

Manusia ada arial?

Assalamualaikum wbt buat pengunjung SKSH.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas nikmatNya yang tidak pernah putus untuk kita semua.Alhamdulillah.

Manusia ada arial?Apa tu?Haa bunyi seakan pelik kan?Tetapi hakikatnya adakah sahabat-sahabat percaya bahawa kita manusia juga mempunyai arial bukan astro sahaja yang ada piring bagi mendapatkan siaran.Rupanya kita juga sama.MashaAllah.

Apa yang Dc perkatakan,percayakah kita apabila kita merindui seseorang secara tiba-tiba,sebenarnya orang yamg kita rindui itu juga sedang merindui kita.Subhanallah.

Sebelum ini Dc memang sedia maklum akan perkara sebegini.Cuma Dc belum rasainya lagi dan Alhamdulillah Allah beri peluang kepada Dc untuk merasai nikmat itu.

Entah kenapa sejak 2 3 hari ini Dc amat merindui sahabat Dc yang Dc anggap seperti keluarga iaitu Siti Ruqaiyah.Dc mula kenal dengan sejak Dc berumur 17 tahun ketika di tingkatan 5.Kami bukanlah dari sekolah yang sama.Tetapi Dc mengenalinya dari seorang sahabat Dc yang lain.Disitu mula perkenalan kami.

Dan ditakdirkan kami belajar di pusat pengajian yang sama juga kami satu kelas!Dan berkhidmat dalam badan organisasi yang sama.Sehingga ketika semester satu ada senior-senior yang keliru mana satu Qayah dan mana satu Dc.Kami juga ketika itu agak nakal kadang-kadang Qayah mengaku dirinya Dc dan Dc mengaku diri sebagai Qayah.Lalu kami tertawa bersama kerana berjaya buat senior keliru.(Haha)


                                [Ketika semester satu,lihat wajah Qayah dan Dc,lebih kurang sama.haha]

Tak kurang dengan itu,ada pula yang tertanya-tanya adakah kami kembar?Kami pun terus mengangguk.Nakal sungguh.Tetapi kemesraan kami semakin hari semakin pudar.Tak tahu apa puncanya.Dc selalu minta Qayah agar kami seperti dahulu.Tetapi seakan-akan ada yang menghalang.Allahurobbi,ampunkan Dc andai dosa Dc yang merosakkan ukhuwah kami.Atau Dc sendiri yang terasa seolah-olah begitu?Padahal Qayah tidak rasa apa-apa?Moga Dc bukan berprasangka buruk.

Tetapi jangan risau,kami tidak bergaduh saling bermasam muka.Cuma Dc rasa kemesraan itu tiada.Allah tarik sekejap nikmat kemesraan kami.Mungkin kami tidak bersyukur.Ampunkan kami.
Tamat pengajian di politeknik,kami jarang berhubung.Dan tiba-tiba Dc hubungi dia,tak sangka dia dah nal nikah rupanya.Dalam hati Dc,syukur Alhamdulillah sahabatku telah dirisik oleh seorang pemuda yang tsabat dijalan Allah.

[Gurau kami ketika dikejauhan,masa ini kami berpraktikal]

Dc berkhidmat di majlis pernikahannya sebagai photographer.Dc rasa itulah hadiah yang paling istimewa yang Dc mampu berinya waktu itu.Alhamdulillah dia terima dengan baik.Terima kasih kawan.
Dan baru-baru ini,sekali lagi tiba-tiba Dc amat merinduinya.Lalu Dc capai telefon bimbit dimeja,dan jari Dc pantas menaip "Salam Ruqaiyah,kenapa aku rindu kau sangat ni ha?Kau rindu aku tak?".

                                                     [Selepas Qayah bergelar puan.hehe]

2 hari selepas itu,Dc mendapat pesanan darinya melalui facebook chat.Qayah hantar "Salam,maaf masa kau hantar mesej hari tu aku takde kredit,tapi masa kau hantar mesej tu sehari sebelum tu aku rindu kau sangat2 sampai aku jalan2 aku ternampak kasut yang selalu kau pakai hari2 untuk ke kelas,alu pun beli satu,murah je.hehe,kau sihat tak?Jaga diri kau baik-baik".

[Kasut Dc selalu pakai masa pergi kelas dulu-dulu]

Saat Dc membaca pesanan dari dia,Dc menangis sendirian.Dc terkenang saat-saat jatuh dan bangun bersama dia.Saat kami belajar bersama,dia banyak membantu Dc dalam aspek pembelajaran malah Dc pula membantu dia dalam uruskan organisasi,edit gambar,tangkap gambar,berbisnes,lebih kepada kemahiran kerana Dc mempunyai bakat dalam kemahiran hidup.Alhamdulillah.

Apa yang Dc mahu tekankan disini adalah,benar manusia itu punya arial.Apabila seseorang merindui seseorang percayalah bahawa yang seseorang itu sedang merindui seseorang.Network!Subhanallah.Ini juga tidak hairan kerana kita selama ini berhubung dengan Allah juga tanpa wayar.Jadi tak perlu rasa hairan jika ciptaan manusia dengan wireless & bluetooth.

Dan sekarang Allah telah pulangkan kembali kemesraan kami!Terima kasih Allah.Jadikan kami dikalangan mereka yang bersyukur atas nikmatMu bukan mereka yang kufur.Nauzubillah.Dc amat menyayangi sahabat-sahabat Dc.InshaAllah (>_<)

Wallahualam.

ps : Gurau kami memang kasar. haha