Bismilahirahmaniraheem
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-temanku.Alhamdulillah dapat lagi kita bersua disini walau tangan tidak dapat berjabat namun kita masih mampu berdoa menggunakan kedua belah tangan kita untuk berdoa agar sentiasa di landasan yang sama dan betul.Alhamdulillah.
Dc disini cuma ingin kongsikan cerita Dc bersama insan sekeliling Dc.Allah bijak aturkan dengan siapa Dc akan jumpa.MashaAllah,terima kasih atas nikmat-nikmatMu,jika dihitung pasti aku tidak mampu kerana nikmatMu begitu banyak dan luas.
Zamzarina atau Dc memanggilnya dengan panggilan Kak Zam,entah mengapa hati ini rasa sayu apabila dia selamat diijabkabulkan,sah menjadi isteri kepada seorang pemuda.Alhamdulillah,moga dapat membina baitul muslim.
Apa yang Dc terkilan,Dc tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya,tetapi dalam hati Dc tidak pernah putus doa buatnya.Harap Dc tidak menyalahkan takdir,inshaAllah.Bukan rezeki Dc untuk melihat Kak Zam menyarungkan kasut tinggi(weeewwiiit.hahaha).Sepanjang perkenalan Dc dan Kak Zam,walaupun ukhuwah kami masih muda,tetapi entah kenapa Dc rasa akrab dan selesa dengannya.Mungkinkah kerana dia dan Dc mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang fotografi?Atau mungkin Dc senang berkawan dengannya?Atau dia yang senang berkawan dengan Dc?Entah,tak perlulah Dc persoalkan kembali nikmat Allah ini.
Tetapi secara jujurnya,Dc rindukan lawak jenaka kami bersama.Dc suka sakat dia sehingga dia diam tak tahu nak balas apa.Contohnya "Kak Zam nak gula-gula "Nona"?"Eiii Nano la,bukan Nona" kata Kak Zam,Dc pula mengusik "Dc ambil yang tengah Na(nona)no".Dc ketawa besar,Kak Zam pula diam membisu.Sangat rindu segala memek mukanya.Kelakar buat Dc senyum sendirian.
Biarlah Dc rahsiakan dimana mulanya persahabatan kami,cukuplah sekadar tahu kami berkawan.
Maafkan Dc kerana tidak dapat sama-sama meraikan hari yang bahagia buat Kak Zam,tetapi cukuplah sekadar doa Dc sentiasa bersama Kak Zam.InshaAllah.Kita kawan sampai bila-bila.
Hmm mula-mula nak post entry ni,otak Dc ligat benar mencurahkan idea-idea untuk dikarang tetapi entah kenapa jari ini seperti kekok tidak seperti biasa.Fuhh Kak Zam ada mandrem ke?(huhu)
Ok sebenarnya Dc yang speechless! (err malunyaaaa.buat pertama kali Dc rasa malu-malu manusia).
Moga Kak Zam menjadi isteri yang solehah ya!Jangan degil perlu dengar kata suami ya! :-) Ukhuwah kita sampai ke syurga!InshaAllah.
Oh lupa,Puan Zam bukan Kak Zam lagi ! (Weeeeeee).
Doakan Dc agar dapat berkhidmat untuk Puan Zam di hari tandang 3 Feb 2013 ini ya!
[Kak Zam kata nak tengok Mimie Dc,tapi tak kesampaian lagi,nah tgk ni!]
Haha, Bye Bye !
Assalamualaikum