Assalamualaikum wbt.
Disini Dc ingin kongsikan apa yang pernah Dc lalui sebelum ini.Mungkin ada diantara kalian pernah alami tetapi tak mengapa biar Dc coretkan sesuatu disini bagi menafkahi teratak SKSH.
Duit?Apa makna duit?Duit atau wang merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.
Bagaimana pula dengan pahala? Pahala boleh didefinasikan sebagai ganjaran baik dari Allah atas setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia di dunia ini.
Antara duit dan pahala,arghhh keduanya penting,jadi yang mana kalian pilih?Oh pening?Istigfar,kejarlah akhirat pasti dunia mengekorimu sahabatku.Yang engkau kejarkan dunia belum tentu akhirat menantimu dengan baik.
Pernah suatu hari,Dc ditegur oleh seseorang kerana salah.Erghh salahkah Dc?Situasi Dc,Dc sedang melayan client dan dalam masa yang sama,Dc terlupa waktu telah maghrib.Jam ditangan Dc jeling,opss dah pukul 7.50 p.m,Dc berfikir sambil melayan karenah client."Kalau aku terus layan dia ni,kalau dia jadi mesti aku dapat komisyen duit,tapi macam lambat lagi je client ni,tapi kalau aku pergi surau,aku dapat pahala".
Setelah puas Dc berfikir,Dc meminta izin dengan client tadi untuk meninggalkan mereka dengan sahabat Dc yang lain.Jadi tidaklah Dc tinggalkan client.Dc menutur langkah ke surau dengan hati yang agak panas dengan keadaan sebelum-sebelum ini.Banyak masalah yang menghimpit Dc.Perasaan apakah ini Allah?Dc sendiri tak mengerti.Dc menundukkan pandangan,cuba berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan terus menuju ke surau.
Seusainya Dc solat maghrib dan berzikir seketika,Dc meninggalkan surau.Sesampainya Dc ditempat Dc bertemu client tadi,client tadi masih ada disitu.Dalam hati Dc bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia telah memberi petunjuk agar Dc segera mendirikan solat.Jika Dc masih tunggu tadi,pasti Dc dah ketinggalan satu waktu solat.Dan pasti Dc tidak menuju kejayaan.Kerana orang yang solat itu sedang menuju kejayaan!
Selesai semua hal dunia tadi,kami berbincang bersama tentang hasil perniagaan tadi,biarlah Dc rahsiakan perniagaan apa dan syarikat apa.Dan paling menyedihkan Dc apabila salah seorang dari mereka memarahi Dc kerana meninggalkan client dengan alasan pergi ke surau untuk menunaikan solat!"Kau tinggal client tadi kenapa?" "Pergi surau solat maghrib"."Kau boleh tinggalkan client?Orang solat tu nanti-nantilah,utamakan client ni dulu".
Dc hanya menelan air liur menahan nafsu amarah,mungkin dia belum kena siapa Dc.Pantang Dc apabila arahan Allah dipermainkan.Otak Dc lincah berfikir,hati berdegup laju nak balas ke tidak percakapan dia tadi,"ah kalau aku cakap,aku pasti pertelingkahan bermula,baik aku lupakan,Dc bermonolog seorang diri.
Dalam hati Dc hanya berkata "maaf aku tak perlukan wang kau!tetapi aku perlukan pahala dari Allah".Dia mampu beri aku apa sahaja yang aku perlu!Ya,Allah tak beri apa yang Dc mahu,tapi Allah beri apa yang Dc perlu.Allah Maha Tahu.
Setelah macam-macam yang Dc lihat,Dc rasa ini bukan jalan terbaik Dc.Berkali-kali Dc memohon petunjuk dariNya.Dan Alhamdulillah akhirnya Dc terlepas dari semua itu.Itu bukan tempat Dc!Allah aturkan Dc bertemu dengan mereka hanya untuk Dc melihat karenah manusia yang lebih banyak.
Sebelum ini,Dc juga banyak kali bertemu dengan hamba-hamba Allah seperti itu bahkan ada yang lebih teruk.Namun Alhamdulillah Allah masih sayangkan Dc.Allah,tetapkanlah aku dijalanMu tanpa ada sedikit pun tersasar dari landasanMu.Aameen.
Ternyata Dc mampu laluinya,Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu :-) Thanks Allah.
Wallahualam.