Saturday, January 19, 2013

Mimi & Mike

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang Dc perkatakan,Dc ada sepasang sugar glider.Kini mereka sudah ada nama.Cuma mereka sedang mengalami proseso penjinakkan.Masih lagi garang si jantan yang bernama Mike,tetapi si betina Mimi  sudah berani-berani takut.

Ramai yang tak setuju bila Dc jaga haiwan.Kucing lagi,sugar glider lagi.Tapi sudah memang sifat yang Allah beri pada Dc sayangkan haiwan.Tak salah kan?Sedangkan Nabi Muhammad saw sendiri amat menyayangi kucing.Jadi sudah terang lagi bersuluh yang islam sama sekali tidak melarang untuk berbuat baik kepada haiwan sedangkan ia juga adalah makhluk Allah dimuka bumi ini.Wajarlah kita berbuat baik pada mereka.

Sedangkan ada hadith Nabi,

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Apabila menyentuh tentang hal ehwal kebajikan haiwan, nampak seolah-olah hanya golongan bukan Islam yang memberi tumpuan kepadanya. Tumpuan umat Islam amat minimum, malah mungkin mendekati nilai sifar. Sebenarnya ajaran Islam tetap memberi tumpuan kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ

"Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]"

Sahabat yang dikasihi Allah sekalian,janganlah memandang rendah terhadap mereka yang berbuat baik pada haiwan lagi lagi yang kita anggap haiwan yang hina dan keji contohnya seperti anjing dan babi.Untuk apa ia diciptakan pasti ada hikmah!

Eh jangan lupa samak kalau anda terpegang haiwan yang najis :-) Jangan risau najis boleh disamak,tapi dosa tak boleh disamak melainkan dengan taubat nasuha.Taubat yang bersungguh-sungguh berjanji tidak akan ulangi lagi.Ingat-ingatlah kalau nak pegang yang bukan mahram tu yerrr. hehe.

Nanti ada masa,Dc selitkan gambar Mimi dan Mike yaa ! :-)

Wallahualam,