Tuesday, March 5, 2013

Diari Shairah - Kuliah

"Shairah,Shairah!bangun,Shairah bangun" aku terdengar suara sayup-sayup di halwa telingaku.Aku tersedar lalu dengan perlahan-lahan aku membuka mataku,aku melihat aku dikerumuni oleh rakan-rakan kelasku.Keadaan sedikit riuh-rendah,aku terpinga-pinga kelihatan raut wajah rakan sekeliling risau yang amat.

Aku bertanya "kenapa kalian semua risaukan Shairah?" aku menggarukan kepala aku yang tidak gatal.Tiba-tiba pintu dewan kuliah diketuk "Assalamualaikum",aku cuba mencuri segenap ruang di celahan tubuh rakan-rakanku yang sedang berkumpul disekelilingku.Aku terlihat Nurul dalam keadaan tergopoh-gapah jalan semakin dekat denganku."Shairah,awak ok?Ya Allah syukur alhamdulillah awak selamat,sakit-sakit lagi tak?" Nurul bertanya padaku.Aku dalam keadaan terpinga-pinga menjawab "Emm alhamdulillah saya ok"."Baguslah kalau begitu,awak pengsan tahu tak?Saya risau sangat,tadi kawan-kawan kelas awak panggil saya,sebab mereka tak tahu nak buat apa pada awak,syukur pensyarah saya izinkan saya keluar",Nurul menghembus nafas lega.

Wajahku pucat dan biru bagai tiada nyawa dijasad,lalu aku yang tadi terbaring diangkat duduk di atas kerusi.SubhanAllah,ketika itu aku melihat satu-persatu sahabat yang mengangkat aku."Sungguh murni nilaimu sahabat",aku bermonolog diri."Shairah,Nurul harus masuk ke kuliah semula,Shairah nak balik sekarang atau nak tunggu Nurul?"."Eh tak mengapa,Nurul teruskan kelas,kita balik sama-sama nanti".

Namun rakan-rakan kelasku tidak setuju,"Shairah,awak baliklah,nak saya hantarkan?", tanya rakan kelasku Faizah,seorang rakan kelas yang mungkin aku tidak terlalu rapat dengannya tetapi dia punya hati yang sangat mulia.Dia seakan-akan "ibu" didalam kelas,apa sahaja yang terjadi di kelas mahupun di luar kelas dia akan turun padang untuk bersama."Tak mengapalah Faizah,saya ok,saya nak belajar,dah banyak kali saya tinggal kuliah Puan Ain".Aku ingatkan mereka sudah setuju,tetapi ada juga yang mencelah "MashaAllah degilnya enti,enti kena rehat,kalau enti tak rehat macam mana nak belajar nanti?Enti jangan risau,ana dan rakan-rakan kan ada?Ana akan ajar apa yang enti tertinggal nanti,kalau enti nak belajar sekarang,apa yang boleh masuk?Semua tak boleh,badan kita tak sihat",celah si comel Siti Rahidah,Rahidah membawa maksud lembut, namanya sesuai dengan perwatakannya yang lembut dan sopan.

Aku terdiam,lalu air mata membasahi pipiku,terharu kerana rupanya ramai yang sayangkan aku sedangkan kadang-kadang aku gagal berbaik sangka dengan mereka.Allahurobbi,ampunkanlah aku.Lalu tanpa berkata "ah" sedikit pun,aku turuti kehendak sahabat-sahabatku.Rahidah menemani serta memapahku menuju ke pejabat untuk meminta tolong pada pensyarah yang kami anggap sebagai "mak" terhadap kami.Alhamdulillah nikmat Allah terlalu banyak,jika aku hendak hitung mungkin aku boleh jadi hilang akal!Aku disini tanpa ibu dan ayah serta adik-beradik tetapi Engkau hadirkan sahabat yang mana mereka melayan aku seperti aku keluarga kandungnya,dan Engkau jua hadirkan seorang mak buat pengganti ibu dan ayah aku disini.Aku pulang ke rumah sewaku dihantar oleh mak seorang pensyarah yang baik budinya walaupun beliau tidak bertudung.Moga Allah memberi hidayah kepadanya.

"Alhamdulillah dah sampai pun", kata Puan Kay."Enti,dah sampai rumah enti,mari ana pimpin",.Aku hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju.Sejurusnya keluar dari Estima milik Puan Kay dengan nada perlahan aku berkata "terima kasih mak"."Sama-sama,take a rest ya".

Rahidah memapahku sehingga ke ruang tamu,sempat dia lapikkan kain buat aku.Sebelum dia pergi sempat dia berpesan kepadaku "Shairah,enti rehat dahulu ya,jangan study lagi,sekarang mungkin bukan masanya".Aku mengangguk.Lalu Rahidah bangun meninggalkan aku.Terasa berat mulutku hendak memanggilnya kerana aku ingin ucapkan terima kasih."Errr Raaaahidaahh,terima kasih,ana akan ingat enti sehingga bila-bila,syukran jazilan ya ukhti",lalu kelopak mataku kembali bertakung dengan mutiara jernih.Rahidah segera kembali kepadaku lalu dia menghulurkan tisu,"janganlah menangis,enti tak comel bila menangis",dia mengusikku lalu menuju ke Estima milik mak.

Aku terbaring di ruang tamu,melihat jam di dinding tepat pukul 11.00 pagi,aku berfikir apa yang harus aku buat?Seorang diri dirumah sewa sedangkan rakan-rakanku sedang khusyuk menelaah pelajaran mereka.Aku risau bertambah gusar.Lalu aku hanya berdoa kepada Allah,moga aku tidak menjadi insan yang ketinggalan dalam pelajaran dan segala aspek di dunia dan akhirat.


Shairah | 12.35 AM | Bilik sewa tingkat atas

Ps : InshaAllah akan bersambung,apa yang Shairah tulis di diari pasti Dc kongkikan. :-)