Aku memandang jam di dinding,waktu pukul 1.00 pagi dan aku masih belum tidur dek kerana badanku yang sakit-sakit.Beberapa kali aku cuba melelapkan mata,namun usaha ku gagal.Lalu aku segera keluar dari bilik untuk ke bilik air bagi menyempurnakan wudukku.
Aku kembali ke atas katil di dalam bilik lalu ku capai Al-quran di atas almari.Aku buka satu persatu helaian Al-quran.Aku sebak,jika aku seorang hafizah pasti aku tahu dimana letaknya surah Al-mulk.Setelah dengan usaha yang gigih,akhirnya aku bertemu dengan surah tersebut.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "sesiapa yang membaca surah Al-mulk pada mana-mana malam,nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar dan Nakir".Aku teringatkan kata-kata naqibahku ketika kami berbulatan gembira,dia ingatkan kami tentang hadith berkaitan surah Al-mulk.Aku baca ayat-ayat cinta dariNya sehingga airmataku mengalir deras.Dadaku bergetar secara tiba-tiba.
Disaat rakan-rakanku sedang lena dibuai mimpi,aku seperti dibawa jauh dari situ.Aku seakan-akan dapat merasa Allah berada dekat denganku.Ya memang Allah itu dekat dengan kita,malah lebih dekat dari urat leher!Subhanallah.
Jam di dinding aku jeling semula,sudah hampir 2.30 pagi,lamanya aku mengelamun.Sedangkan esok aku masih punya banyak tugasan sebagai seorang pelajar,sebagai seorang anak,sebagai seorang rakan dan paling penting sebagai khalifah di muka bumi ini.Badan aku terasa lesu dan letih yang amat,mungkin tindakan dari ubat yang aku telan.
Ya,sekarang pun aku masih belum tidur dan sedang asyik menulis diari,aku mahu catatkan setiap hari-hari yang aku lalui.Aku bimbang jika suatu hari nanti aku pergi tanpa berkata apa pun terhadap orang tuaku,sahabatku,guruku dan segalanya.Aku hendak tinggalkan diari ini,agar sekurang-kurangnya mereka tahu yang aku amat menyayangi mereka jauh di sudut hati aku.Walaupun terkadang aku bersikap kurang menyenangkan kalian.
Terlalu banyak yang ingin aku coretkan disini,tetapi ianya tidak dapat ditulis dengan kata-kata!Hanya cuma dapat dirasai oleh hati sanubari.Alhamdulillah,Allah hadirkan aku dengan mereka yang sangat menyayangi aku.
Esok aku harus ke kuliah seperti biasa,aku tidak mahu jadikan sakit aku sebagai penghalang untuk aku mengejar cita-cita dan impian aku selama ini.Aku ingin jadi insan yang terpelajar,jika aku terpelajar maka lebih mudah aku hendak berdakwah.Kerana kadang-kadang manusia ini akan memandang siapa yang memberi dan berkata.Padahal sudah terang hadis ini.لا تنظروا إلى من قال انظروا إلى ما قال .Yang bermaksud: “Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan".
Tetapi biasalah asam garam kehidupan,itulah juga yang mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan.Acapkali aku berkata,ada sahaja yang mengungkit sifat burukku.Allahurobbi,jika disebabkan dosaku dakwah ini tidak sampai pada mereka,maka ampunkanlah aku.
Banyak lagi yang harus aku coretkan disini,tetapi ada yang lebih penting dari ini harus aku lakukan.Alhamdulillah setelah membaca surah Al-mulk tadi,mataku sudah mula mengantuk.Terima kasih Allah atas nikmat dan kehidupan yang Engkau beri untuk hari ini.Aku tidur dulu.Assalamualaikum
Shairah
Atas katil dalam bilik
Atas katil dalam bilik
Rabu
060313