Tuesday, March 12, 2013

Diari Shairah - Belajar

Aku sibuk menelaah matapelajaran sistem kawalan,antara silibus yang bagi aku sangat sukar.Ditambah dengan ketidakhadiran aku kelas sejak kebelakangan ini,banyak menggangu aku.Aku pun tak pasti dimana puncanya.Moga Allah sentiasa beri penyelesaian yang baik buat aku.

Aku lebih memilih duduk diatas katil ketika study walau aku punya meja belajar.Sunyi menyelubungi diri dan hatiku.Aku duduk berseorangan dirumah sementara rakan-rakan yang lain sibuk membeli barangan dapur yang telah habis dek kerana kami yang kuat makan.

Sedang aku sibuk mengulangkaji pelajaran.Aku batuk tidak henti-henti.Sakit yang amat.Sakit ketika aku menahan batuk.Di hati ku terlintas,"siapa pula yang sebut-sebut nama aku ni?". Aku tertawa kecil mengenangkan apa yang aku fikirkan tadi.

Aku capai telefon bimbitku,lalu aku menaip pesanan ringkas."Assalamualaikum,ummi dan abi,Shairah rindu pada ummi dan abi.Doakan Shairah dipermudahkan belajar.Sayang ummi dan abi".Lekas aku menekan butang hantar kepada nombor ummi dan abi.Aku harap mereka gembira dengan kehadiran mesej dariku.

Aku terus menyambung mengulangkaji pelajaran,sedang asyik aku sibuk menghafal."Suara azan,dilangit tinggi mengagungkanMu puji juga memuja Allahuakhbar",lagu suara azan yang dipopularkan oleh Fitri Haris berbunyi tanda masukknya mesej dari seseorang.Lalu aku buka ternyata ianya dari ummi dan abi.Aku tersenyum sendirian membaca pesanan dari ummi dan abi."Shairah,jaga kesihatan disana,InshaAllah ummi dan abi sentiasa doakan yang terbaik buat anakanda.Bila rindu,panjatkanlah pada Allah supaya Allah sampaikan pada orang yang dirindui.Kenapa masih ragu-ragu dengan sifat 99 Allah?Ummi dan abi sentiasa berdoa agar anakanda Shairah dapat jalani hidup seperti anak-anak lain yang sihat dan cergas serta tak lupa tegakkan ad-deenNya.Akhir sekali,salam rindu buat anakanda dari ummi abi dan adik-beradik".

Aku menahan sebak di dada,aku terlalu rindukan mereka.Aku rindukan abangku Sharim,seorang yang sangat berani seiring dengan maksud namanya berani dan pedang tajam.Sungguh bijak ummi dan abi meletakkan nama kami adik beradik.Abang Sharim,banyak mengajar aku erti keberanian.Dia memang seorang yang sangat berani dan aku kagum dengannya.Dia sekarang menuntut di Yaman.Berani dia hidup berdikari di negara asing.Aku terlalu rindukan usikan dia dan senyum tawanya yang berserdehana.Moga Allah lindungi dia.

Entah kenapa dua tiga hari ni,aku selalu rindukan seseorang sehingga kadang-kadang aku menangis bersendirian mengingatkan hal-hal yang manis dan pahit bersama.Banyak yang telah aku pelajari disini.Bukan sahaja aku akan dapat segulung diploma nanti,tapi aku pasti aku tidak akan dapat apa yang aku pelajari disini diluar sana.Syukur Allah masih sayangkan aku kerna menempatkan aku disini.Aku yakin Allah perancang terbaik!

Aku hanya curi masa seketika untuk menulis diari ini.Aku harus mengutamakan apa yang utama.Aku harus belajar.Moga Allah nilai usaha aku.Assalamualaikum

Shairah | 2.00 PM | Dalam bilik atas katil