بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi wa ukhti
Apa khabar badan dan iman kita hari ini?Semoga sentiasa sihat hendaknya dan semoga sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah swt.Entry kali ini mungkin sudah biasa-biasa tetapi sebab benda yang biasa itulah kita selalu pandang remeh.Kerana hal yang mungkin sekecil kuman saja kita buat-buat tak nampak.Entah-entah entry Ika ini pun antum anggap biasa-biasa je.Tak nak luangkan masa walaupun 5 atau 10 minit untuk membaca.Itulah kita manusia yang selalu anggap benda yang remeh-temeh sebegini tidak perlu diambil kisah.(Bukan semua ye.Segelintir manusia shj).Ya Allah ampunkan dosa kami kerana sikap kami yang suka ambil lewa akan sesuatu perkara.Ok muqaddimah je baru.Jom ikuti seterusnya.
1.Senyum
Pernah atau tidak kita sebagai muslim terfikir pasal senyum?Cuba kita renung kembali.Pernahkah kita bermasam muka apabila bertembung dengan saudara seaqidah kita?Malah kadang-kadang siap bahu berlanggar bahu pun belum tentu kita memandang wajah sesama sendiri dan membalas dengan senyuman.Entah-entah saling menarik muka dan bermasam sebab langgar bahu kita.Bukankah senyum itu satu sedekah?Dan apabila sedekah sudah tentu ada pahalanya.Kenapa masih kedekut untuk menyedekahkan senyuman?Inilah benda yang paling senang kita nak dapat pahala.Tapi kadang-kadang kita anggap kecil je.Jika kita mahu orang senyum kepada kita,hendaklah kita senyum kepada orang.Ya Allah ampunkan dosaku dan seluruh umat islam Ya Allah jika kami pernah sebegitu rupa.
2.Alihkan kayu atau batu yang jadi penghalang jalan
Pernah kita lakukan?Bayangkanlah sedikit tenaga yang kita keluarkan untuk mengalihkan sesuatu yang menjadi penghalang jalan untuk orang lalu-lalang pun kita sudah mendapat pahala.Pemurahnya Allah swt kan.Kita kadang-kadang main redah je jalan.Tidak pernah terfikir pun untuk mengalihkan batu atau kayu dijalan.Cuba imbas kembali pernahkah itu berlaku kepada kita?Ya Allah ampunkan dosaku dan seluruh umat Islam Ya Allah andai kami melakukan kesalahan itu sama ada dalam keadaan kami sedar ataupun tidak.Sesungguhnya Kau Maha Mengampun lagi Maha Penyayang.
3.Buang Sampah
Seperti yang sedia maklum.Membuang sampah merata-rata adalah salah satu dosa kecil.Dimana kita tidak meletakkan sesuatu ditempat yang betul.Pernahkah kita membuang sampah merata-rata?Fikirkan sejenak adakah kita pernah melakukan itu?Ramai yang menganggap itu adalah perkara kecil.Malah ada juga yang berkata-kata "Buang sampah dosa kecillah.Ermm takpelah dosa kecil je"..Bongkaknya kita berkata.Dosa kecil apabila dikumpul boleh menjadi dosa besar.Apa gunanya tong sampah jika kita tidak menggunakannya?Kita seperti menzalimi tong sampah @ sampah kerana tidak meletakkan pada tempat sepatutnya.MasyaAllah jahilnya kita.Hanya kerana membuang sampah kita sudah mendapat dosa.Kita mencemarkan alam sekitar.Itu tidak dikira dosakah?Allah memberi nikmat alam sekitar yang bersih kepada kita.Manusia yang telah membinasakan dan tidak bersyukur atas nikmat yang Allah beri.Ya Allah ampunkanlah dosa kami Ya Allah.
4.Buruk Sangka
Kita rasa kitalah paling baik dan semestinya kita akan buruk sangka terhadap orang lain kan?Percaya atau tidak?Tepuk dada tanya iman.Anda sendiri yang tahu diri anda sendiri.Manusia tidak tahu kita bersangka baik ataupun buruk cuma kita sendiri yang tahu.Jika pernah kita berburuk sangka tinggallah perbuatan itu.Ika faham bukan semua orang sempurna tetapi kita semua dikurniakan Allah akal fikiran untuk berfikir.Bukan semua orang akan selalu bersangka baik terhadap orang lain.Cuma kadang-kadang lihat pada tempatnya.Jangan kita bersangka baik walaupun orang tu dah mula tunjuk sikap buruknya.Kadang-kadang manusia ni tidak bersyukur terhadap apa yang orang buat terhadap dia.Malah sering menimbulkan kesangsian orang lain.Harap selepas ini kita semua boleh bersangka baik dan jika kita orang yang disangka baik itu seharusnya bersyukur atas kepercayaan yang orang letak pada kita.
5.Tegur-Menegur
Pernah atau tidak kita menegur sahabat atau orang yang tidak kita kenali jika mereka membuat kesilapan kecil atau besar?Atau kita sama-sama turut serta?Atau mungkin kadang-kadang kita hanya melihat dan berkata dalam hati "Biarlah mereka asalkan aku tak buat".Bukankah kita perlu berdakwah?Itulah kerja yang Allah beri kepada kita.Ya,memang selemah-lemah kita,kita hanya boleh membenci perkara tersebut dengan hati.Tetapi takkan kita seorang sahaja nak jadi baik?Yang sudah hanyut hendak dibiarkan begitu saja?Apa kita nak jawab bila Allah tanya di akhirat kelak?Jadi kepada sahabat kita yang diluar sana masih hidup dalam kegelapan Ika harap antumlah yang akan membantu mereka.Kita hidup satu perjuangan tiada masa untuk berpangku tangan.Siapa lagi hendak membantu mereka melainkan kita sahabat rapatnya?Tetapi jika mereka tetap berdegil kita diberi keringanan untuk melepaskan dia kerana "Tiada siapa yang dapat mengubahnya melainkan dirinya sendiri"..
6.Doa
Cuba ketika waktu berdoa kita perhatikan betul-betul berapa ramaikah yang betul-betul khusyuk dalam doanya?Kadang-kadang dalam 100 orang itu mungkin 2 3 orang je yang betul-betul khusyuk kan?Yang lain tu macam-macam perangai.Sampai menggangu orang yang berdoa dengan khusyuk.Ada yang bersembanglah sedangkan tangan menadah meng"ameen"kan doa.Ada yang nak angkat tangan pun malas-malas.Dah macam "Erm aku tadah je,nak bagi,bagilah taknak bagi sudah"..Bila Allah nak bagi kalau dengan cara itu kita berdoa?!Ada pulak diam je..tetapi mata entah kemana.Hati lagilah entah kemana.Walaupun Ika tahu kadang-kadang Ika sendiri macam tu.Sebab kita manusia tidak sempurna.Kadang-kadang ada perasaan malas,jemu,bosan dan sebagainya.Tetapi percayalah yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan dan doa dari kita hambaNya.Lihatlah betapa sayangnya Allah kepada kita.Disini ada Ika nyatakan cara berdoa dengan betul.
a)Menadah tangan dan mata tepat memandang 1 titik sahaja ditangan.
b)Mulut melafazkan doa-doa
c)Telinga mendengar doa-doa yang dilafazkan
d)Hati dan akal bayangkan apa yang didoakan
Bila difikirkan semula MasyaAllah banyaknya dosa kita kan?Banyaknya benda yang kita pandang sebelah mata atau pun barangkali tidak memandang langsung!Ampunilah dosa kami Ya Allah.Ika juga sering mengingatkan diri Ika sendiri sekaligus Ika mengingatkan rakan-rakan Ika diluar sana.Yang membaca post ini.Tahniah kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca ini.Semoga ini sedikit sebanyak dapat muhasabah diri kita.Dan semoga mendapat manfaat berkunjung ke blog Ika yang tidak seberapa ini.Jika ada sebarang kesalahan silalah tegur.Sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah swt dan segala silap dan salah datang dari Ika sendiri.
Semoga Bermanfaat!
;-) thanks... Info yang sgt2 bguna..
ReplyDelete