Tuesday, April 28, 2009

~> ERAT '09 <~

Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi wa ukhti

Jumaat 24.04.2009
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah Ika diberi peluang untuk menjadi salah seorang protege di ERAT 09 yang berlangsung di UIAM Gombak dan Kem Rebutia D'Perkasa.Program ini dianjurkan oleh KARISMA dengan kerjasama dari JIM dan WAMY.Mula-mula sampai di UIAM memang Ika sangat teruja nak join program ni.Sebab Ika memang seorang yang tidak reti sama sekali untuk duduk diam!haha.Fasilitator di sana tidak dikenali sebagai fasi malah sebagai Mentor.Selalu Ika jadi fasi tapi sekarang kena jadi peserta tu yang excited tu.Ada Kak Aminah,Kak Nabila,Kak Salwa,Kak Afra',Kak Maryam,Kak Sofi,Abg Dhany,Abg Sani,Abg Marwan dan semua mentor2 dari KARISMA!asif nama xingat semua la.hihi

Setelah selesai sesi pendaftaran,semua protege diarahkan masuk ke dewan.Selepas membuat ice breaking.Then adalah lagi taklimat-taklimat,ceramah-ceramah dan sebagainya.Pensyarah dari international islamic college pun turut hadir bagi menyampaikan ceramahnya.Setelah itu kami dibahagikan kepada power group.Group kami nama 3P dengan maksudnya Protege Power Punya!haha.Yang diketuai oleh 'Awatif dan terdiri dengan ahli-ahlinya iaitu Majidah,Aini,Sara,Dayang,Adawiyah,Afiqah,Nasyadh,dan Zalikha(Ika sendiri).Dorg memang BEST!Malam itu semua protege diarahkan supaya bermalam di Kem Rebuti D ' Perkasa.Kami berangkat ke sana menaiki van dan kereta.Sampainya Ika disana,Ika diminta tidur bersama Mentor di chalet.Tak dapat tidur khemah dengan kawan-kawan.huuuu~ sedihnya.Sabtu 25.04.2009
Hari Sabtu aktiviti luar.Dah la kak Aminah tak kasi jungle trekking.!!!Tapi semua takkan tak tau lagi kan perangai Ika.Merengek-rengek sampai semua Mentor dah penat dengar.Akhirnya mereka semua akur dengan permintaan Ika!yes yes!berjaya!Jungle Trekking memang sangat sejuk!sebab berendam je dalam sungai.Tapi best dah lama tak mandi sungai.Then,petang tu ada explorace yang sangat-sangat menguji daya pemikiran para protege.Tapi paling Ika agak cuak ketika di check point yang pegang cacing tu.Mak Aii!!Ika dah la geli geleman orangnya.hahaha.Ika tak tengok then selup tangan tetiba raa semacam.Nie paling Ika lemah la.Then gi check point nak makan-makan nie.Wahh sedapnya makanan kami.Bersyukur masih diberikan makanan.Orang kat Palestine tu nak dapat makan pun susah taw!so Alhamdulillah.Taw makanan apa patut kami makan?jeng jeng jeng!Tempoyak dan Ikan Masin!hihi.Best best!Siap buat bulatan,baca doa.makan langgar2 tangan.MasyaAllah,Manisnya ukhuwwah kan?Alhamdulillah ya Allah aku diberi sahabat yang cukup baik di sini.
Then,seusainya bersihkan diri dan solat maghrib secara berjemaah.Kami ada MANIS malam tu.Ada persembahan,kumpulan kami diberi tugasan untuk membuat PENTOMEN 3 LOGHAT.Best sangat!Ika buat loghat utara la.hihi.Aini loghat Kelantan,Afiqah pula loghat Sabah.Paling best dapat johan kumpulan kami.Itulah hasil usaha kami,Walaupun tak cukup masa kami berbincang.
Ahad 26.04.2009
Pada pagi Ahad,kami ada aktiviti riadah.Buat donat lah,main dadu la.Best3!da disertakan gambar donat yang dihasilkan tetapi siapa yang membuatnya tidak dapat dikenal pasti.huahuahua..rasanya bukan akhawat punya.Ceh!buat malu je kalo ikhwah punya.hahaha.

Then bersihkan diri dan sarapan pagi.Ada lah ceramah tentang IPT.Jumpa lagi Ika dengan Doktor Harlina.Masa Remaja Raikan Ramadhan(3R) tahun lepas dah jumpa.hihi.Memang best.Tapi Ika mengantuk sangat!Tiap kali ceramah je mengantuk.Dan setiap kali tu jugak nampak bekas gula-gula diagih-agihkan.hihi.mengantuk je kuyah gula-gula.hehe..bagus betul!


Seterusnya biarlah gambar-gambar dibawah yang berbicara......

Haha terselit muka kak Aminah dengan posing manja gitu.


Dari kiri : 'Awatif,Afiqah,Aini,Majidah,Nasyadh,Sara,Dayang,Zalikha,Kak Nabila.


Selepas itu,tiba-tiba pandangan tertoleh pada seseorang yang Ika kenali.Abang Bai datang rupanya.hihi.Untuk buat motivasi pepisahan.Peh rasa macam pergi KBM jugak.Cuma lainnya selalu jadi fasilitator tapi sekarang jadi peserta.Kena la buat 3S Salam senyum sapa.Kira rindu tak dapat ikut kak Mia,kak Nina,kak Yong menjayakan KBM terubat jugak lah.


Macam buat inteam pulak.heeeee~

Tetapi walau banyak kali manapun Ika pergi KBM perasaan sedih itu tetap ada.Walaupun Ika baru sahaja mengenali kawan-kawan di ERAT '09 tetapi perasaan kasih dan sayang itu tetap ada lantaran kita memegang aqidah yang sama.Kerana kalimah "Laillahaillah" kita bertemu di program ini.Ya,tidak beriman seseorang itu jika dia tidak menyintai saudara seaqidahnya.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

Buat Mentor2 sekalian,protege2,dan yang sewatu dengannya,(haha)!

Jazakumullah Khairan Katheera pada semua yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga sedikit usaha kita hari ini,akan menjadi bekalan kita dan dinilai di sisi Allah swt di akhirat kelak.InsyaAllah.~

Ya Allah hanya Engkau yang memegang hati2 ini


Kau luruskanah hati ini Ya Allah


Janganlah sesekali Kau pesongkan hati2 ini kerana keegoaan kami


Didiklah hati hati kami Ya Allah


Sesungguhnya kerana kalimah Mu kami bertemu


Ya Allah sesungguhnya kami semua bersaudara


Ya Allah aku tidak sanggup melihat jika salah seorang dari kami


Engkau campakkan ke Api Neraka MU


Kukuhkanlah persahabatan ini Ya Allah


Sesungguhnya kami semua ingin berkumpul di Jannah MU kelak


Ameen ~

5 comments:

  1. Hehe. Seronok sangat. Jom kita bincang ERAT di www.akademimuslim.com

    ReplyDelete
  2. Naseb bek tak ada sebarang umpatan terhadap kem komanden....adeh

    ReplyDelete
  3. adeh ika..
    pesal gamba yg last tetibe ade gamba ana plak??
    deh3...

    seb bek xnmpk mke...

    ReplyDelete
  4. auni yg mane 1?haha
    ika xtaw la pulok..asif yea!

    ReplyDelete