
Pada sebelah petang seusainya solat zohor dan menjamu selera.Adik-adik kasih dan sayang mengikuti slot seterusnya iaitu slot inteam dibawah pengendalian Pak Ngah.Walaupun ada di antara adik-adik ini baru mengenali antara satu sama lain tetapi mereka cukup menghayati solt inteam ini dan saling bermaaf-maafan.
Sebelum masuk waktu asar slot inteam berjaya diakhiri dengan bersalam-salaman.Adik-adik kasih dan sayang telah solat asar secara berjemaah.Seusainya solat asar adik kasih telah bersama akak-akak fasilitator untuk sesi riadah yang dijalankan di dalam surau manakala adik sayang telah bersama abg-abg fasi di perkarangan surau untuk beriadah bersama.Pelbagai game yang telah akak-akak fasi dan abg-abg fasi perkenalkan kepada adik-adik.
Setelah selesai beriadah,adik-adik diminta untuk makan dan membersihkan diri masing-masing untuk solat maghrib bersama-sama.Seusainya solat maghrib,lagu DEMI MATAHARI diringi simulasinya telah dipersembahkan oleh para fasilitator dan pengendali kepada adik-adik.Setelah azan isya' berkumandang kami solat isya' berjemaah.Seusainya solat isya' adik-adik telah dibawa jauh mengembara oleh Pak Andak untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah dan Ibubapa.Slot diteruskan lagi dengan MAM 2 dengan gandingan mantap Kak Zar dan Abang Aiman serta melibatkan semua fasilitator.Walaupun banyak masalah yang dihadapi tetapi alhamdulillah para fasilitator dapat menyelesaikannya atas bantuan dari Allah swt.Slot pada malam itu berakhir kira-kira pukul 1.30 tengahmalam.


Seperti biasa,ada diantara adik-adik kasih dan sayang ini yang ibu bapanya tidak dapat hadir tetapi adik-adik ini mendapat pelukan dan kasih sayang daripada seorang ibu walaupun bukan ibu kandung mereka.Adik-adik kasih ini ditenangkan oleh para ibu yang hadir.
Dan pastinya,setiap kali berKBM team kbmkL tidak pernah lupa untuk memenuhi kewajipan seorang muslim iaitu membantu saudara seaqidah kita di bumi Palestine.Sedikit video klip ditayangkan dan kutipan derma dijalankan.Alhamdulillah kami berjaya mengutip sebanyak RM350++ hasil dari sumbangan ibu bapa yang hadir.
Acara penutup diakhiri dengan ucapan dari mereka yang berkenaan.Dan pesawat KRJ 180409 selamat mendarat kira-kira pukul 1.20 tengahari.Doa kami agar team kbmkL dapat terus melebarkan sayap dakwahnya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kbm kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Semoga sedikit tenaga kita dinilai disisi Allah swt di akhirat kelak dan harapan kami team kbmkL agar adik-adik kasih dan sayang ini akan terus MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA dan menjadi REMAJA SOLEH WA MUSLEH.InsyaAllah
antara fasilitator akhawat yg terlibat
tiada dalam gambar:Kak Yong,Kak Anjang, & Kak Dila
KEINDAHAN BERSAMAMU(KBM)
Ika:Malas nak buat disebalik Tabir!haha.
No comments:
Post a Comment