Thursday, March 12, 2009

:.Penantian Sudah Berakhir.:

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh


Alhamdulillah pada 12 mac 2009 calon-calon SPM 2008 di seluruh Malaysia bakal mengambil keputusan SPM.Begitu juga dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya dan Ika juga adalah salah seorang calon spm 2008.Perasaan mula-mula tunggu giliran untuk ambil keputusan memang sangat-sangat takut.Belum ambil keputusan lagi Ika dah menangis.Ika ingat kata-kata abah yang abah nak sangat Ika dapat A1 lebih dari 4.Ika tak takut abah marah Ika tetapi Ika takut Ika kecilkan hati abah.Ika dah buat sehabis baik.Ada A1 tapi tak macam yang abah minta.Seterusnya biarlah gambar-gambar dibawah yang berbicara.
Bila dah jumpa kat sekolah.Lupa sekejap yang nanti nak ambil keputusan.Tapi lepas dah seronok-seronok teringat yang Ika bakal ambil keputusan jadi Ika kembali risau.Sebelum ambil keputusan pun handphone Ika tak henti-henti berdering.Kejap mesej masuk kejap ada panggilan.Paling banyak kali call abah lah.Dari Ika di rumah sampai Ika tengah menunggu keputusan abah call. Memang best masa nak ambil keputusan tu.Macam-macam mood orang kita boleh jumpa.Ada yang happy,ada yang sedih,ada yang tak ada perasaan.Kawan-kawan Ika ramai yang tak boleh terima keputusan mereka.Tapi Ika selaku PAKAR MOTIVASI YANG XBERTAULIAH mengambil peluang ini untuk menasihati mereka walaupun pada masa yang sama Ika cuba memujuk hati Ika,Ika juga dapat kata-kata yang sangat bermakna dari kakak-kakak yang amat Ika sayangi.Terima kasih semua kerana menyokong Ika selama ini.Tapi apa-apa pun Ika nasihatkan pada semua yang bakal menduduki SPM nanti.Buatlah yang terbaik.Ika dah buat yang terbaik tapi ini sahaja yang Ika mampu dan ingat ada hikmah disebalik kejadian yang kita sendiri tidak tahu tapi Allah itu Mengetahui dan Dia Maha Bijaksana.Setiap doa kita Allah akan bagi 3 jawapan sama ada Dia nak bagi terus,atau Dia tunggu seketika,ataupun Dia janjikan yang lebih baik dari itu.Ika cuba memujuk hati walaupun keputusan Ika tak adalah teruk sangat.Kalau orang lain mungkin dah gembira tapi tidak bagi Ika.Bukan maksud Ika,Ika tak bersyukur atas apa yang diberi tetapi Ika rase Ika mampu dapat keputusan yang lebih baik.Tapi tak mengapa mungkin rezeki Ika bukan di SPM,mana tahu Allah swt janji lebih baik daripada ini dan mungkin di IPT.InsyaAllah.Sama-sama doakan supaya Ika dapat masuk IPT sebab Ika teringin sangat-sangat nak masuk!Pada semua yang keputusan kurang baik bersabarlah.Inilah ujian Allah buat kita.Ingat Allah beri ujian sama ada Allah nak tambah iman kita atau nak uji iman kita.Beruntung siapa yang dapat banyak ujian tanda Allah ingat dekat dia.Percaya dengan Allah swt.Pada yang gagal pulak,ingat GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA!Ika cuba pujuk hati.Akhirnya Ika mampu tersenyum.Kawan Ika kata "Ika bengong!Result okey pun nak buat muka nta hape hape." Hanya Ika dan Allah swt yang memahami.
sori kMia terpinjam tudung bawak p sekolah lak

Jangan mudah putus asa wahai sahabatku.Allah tidak menilai kamu melalui keputusan SPM mu hanya manusia yang berbuat demikian.Jadi,ayuh!pedulikan kata-kata manusia diluar sana.Marilah kita bangkit menjadi remaja yang soleh wa musleh!Ada hikmah setiap yang berlaku.PERCAYA LAH!Ika sangat menyayangi kalian.

Ika akui banyak dalam kehidupan Ika perubahan yang sangat baik selepas Ika berubah.Alhamdulillah SPM Ika okay daripada PMR.Walaupun tak dapat memenuhi permintaan hati.Ika juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga besar KBM.Terima kasih semua atas nasihat yang tak pernah putus pada Ika.Membakar semangat Ika.Jadi,apa tunggu lagi?Inilah masa untuk berubah sahabat-sahabatku.Dengan perubahanmu itu,lihatlah kehidupanmu akan lebih tenang selepas ini.Bukankah dengan mengingati Allah swt hati akan menjadi tenang?

5 comments:

  1. tahniah la...

    dulu teringat waktu ambil result exam...

    hmm: nak cover macho punya hal... p belakang blok... nages! haha..

    Jom masuk U jom!

    ReplyDelete
  2. huhu..
    oke jom jom masok U
    see u di IPT =)
    hehehe..
    insyaAllah kalo ade rezeki.

    ReplyDelete
  3. wow besh nye posing . btw , congrate ika ! A tuu science ! :)

    ReplyDelete
  4. Uikkss..Cane taw Ika pat Sains 1A?
    bengong lah miela nie..mesti miela..
    alaaa xsuprise da..hahaha..
    lagnes lagnes!

    ReplyDelete