Sunday, March 29, 2009

:.Penerbangan An Nadi.:

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Bismillahirahmaniraheem

Alhamdulillah wa syukurillah team kbmkl dapat meneruskan lagi penerbangan dan kali ini bertempat di An Nadi Centre yang berlangsung selama 1 hari setengah pada 28/03/09 dan 29/03/09.Seramai 40++ peserta yang hadir dari berlainan sekolah telah menaiki pesawat krj.Team kbmkl telah bersungguh-sungguh dalam menjayakan kbm kali ini.


Airport:An Nadi Centre
No pesawat:KRJ 280309
Tarikh:28 - 29 Mac 2009
Pilot:Kak Lang & ML
Pramugara:Abg Aiman,Abg Yasser,Abg Chef Wan,Abg Benjo,Abg Luqman a.k.a Abg Chik
Pramugari:Kak Baz,Kak Isma,Kak Ika a.k.a Kak Chik

PENGENDALI SLOT

KMKY:Anjang Kila & Pak Kay
INTEAM:Ummi Ida
MAM 1:Ummi Ida
MAM 2:Alang Atie,Abg Chef Wan,Pak Andak
KINI & HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Pak Long
PERTEMUAN:Kak Nina


Buat julung-julung kalinya kbm disertai oleh adik-adik yang berumur dalam lingkungan 8 tahun ke atas.Dan pastinya ini sesuatu yang agak mencabar dan menguji kesabaran setiap fasilitator dan pengendali.Tetapi Alhamdulillah ternyata adik-adik kasih dan sayang dapat memberi kerjasama.

Pada pagi sabtu slot knowing me knowing you telah dimeriahkan oleh anjang kila dengan gandingan pak kay.Kepetahan adik-adik kasih dan sayang bercakap telah memantapkan lagi slot pada pagi itu.Adik kasih dan sayang masing-masing telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menghasilkan army yell.

Seusainya menjamu selera dan solat zohor secara berjemaah,slot diteruskan dengan slot inteam yang dikendalikan dengan jayanya oleh ummi ida.Walaupun adik-adik kasih dan sayang yang umurnya begitu muda,tetapi mereka sangat memahami apa yang dikendalikan sehingga adik-adik ini mengalirkan airmata.Selepas berakhir slot inteam,dan seusainya solat asar secara berjemaah adik-adik kasih telah bersama akak-akak fasi dan adik-adik sayang bersama abg-abg fasi bagi sesi riadah.
Malam itu dimeriahkan lagi dengan kedatangan Kak Nina.Sejarah kbm pada malam ini adalah kamiterpaksa bertemankan lilin dan berpanas ketika berDEMI MATAHARI kerana 60 EARTH HOUR.Kami juga telah menunaikan solat isya berjemaah yan berimamkan Pak andak diluar dewan.

Adik-adik telah dibawa mengembara jauh oleh ummi ida untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah saw dan ibu bapa.MAM 2 diteruskan setelah MAM 1 selesai.Ternyata semangat yang ada pada adik-adik kasih dan sayang ini amat tinggi walaupun dalam usia semuda 9 tahun.Mereka tetap mengikuti slot MAM 2.Slot MAM 2 telah dikendalikan oleh Alang Atie dengan gandingan Abg chef Wan dengan mantap sekali serta melibatkan para pengendali dan fasilitator.Segala masalah dapat diatasi dengan bantuan dari Allah s.w.t,Alhamdulillah.MAM 2 berakhir kira-kira pukul 1 pagi.

Pada keesokan harinya,adik-adik kasih dan sayang dibawa berhijrah oleh kak Nina dan pada masa yang sama Pak Long telah mengendalikan Menyemai kasih Menuai sayang.Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir bagi menjayakan kbm kali ini.Tepat jam 11.30 pagi adik-adik kasih dan sayang telah dibawa bertemu dengan ibu bapa mereka.Slot pertemuan telah dikendalikan oleh kak Nina.
kasih sayang ibu terhadap anak


Setelah berakhir slot pertemuan,adik-adik telah dianugerahkan sijil penyertaan dan para fasilitator serta pengendali juga menerima sedikit cenderahati daripada pihak penganjur.Pesawat krj telah selamat mendarat tepat jam 1.00 tengahari.Seperti biasa,sesi bersalaman antara adik-adik,fasilitator dan ibu bapa dengan diiringi lagu doa perpisahan mengakhiri program keindahan bersamamu.


DISEBALIK TABIR~

Pada hari jumaat malam(27/03/09) seusai solat maghrib Ika bertolak menaiki pesawat BGA 382 yang dipandu oleh mama dari cheras untuk menuju ke lokasi kbm.Ika singgah di Taman Impian Ehsan untuk menjemput Benjo yang akan turut serta menjadi fasilitator kbm.Sepanjang perjalanan kami bersembang tentang alam persekolahan kami.Mama yang langsung tidak mengetahui dimana lokasi kbm tersebut maka mulalah kami mengembara di setiawangsa.Suka betul main sesat-sesat ni.Setelah puas kami main sesat-sesat Ika tertoleh ke arah Masjid Muadz Bin Jabal.Maka kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat isya terlebih dahulu.Seusainya solat kami menyambung perjalanan kami yang tak berapa lancar.Yela sesat-sesat.haha.Kami mengikut segala arahan yang diberi oleh Abang Luqman a.k.a Abg Chik.Malangnya kami tetap tidak menjumpai An Nadi.Jadi,Ika dengan rasa happy nya telah membuat panggilan ke pak kay.Pak Kay sarankan supaya kami menunggu Pak Kay di stesen petronas.


KBM BERMULA~

Pada pagi sabtu,alangkah terkejutnya Ika kerana adik-adik yang hadir dalam lingkungan 8 tahun.Dalam hati terdetik "Kena tingkatkan kesabaran ni".haha.Sewaktu slot knowing me knowing you dalam army yell Ika menjadi ketua fasilitator bagi kumpulan ANCHORZ.Macam Robocop army yell kami bak kata Abg Chef Wan.haha.Tak kisahlah.Kat lokasi kbm tu ada air pancut.Sempat Ika dan Kak Isma lari untuk beraksi dihadapan camera.haha
Ketika MAM 2 Ika telah memegang meja yang akan dipukul oleh Benjo a.k.a ijoi.Akibat terlalu kuat memukul tangan Ika telah terkepit kat besi meja tersebut.MasyaAllah sangatlah sakit.Tapi terpaksa ketap bibir menahan sakit takut terjerit ada lak sound effect lain.haha.Bila kali kedua terkepit tangan dan terkena pukulan di kaki memang tak tahan sehingga benjo melambaikan tangan bagi isyarat dekat Anjang,dengan segera Anjang datang dan terketuk torchlight tepat di kepala Ika.Aduhai malangnya hai nasib.Kali ketiga kaki meja itu tidak dapat berfungsi ketika itu dan dengan sangat bijaknya Ika dan Anjang telah menggunakan kaki kami sebagai kaki meja untuk menahan.Kami menahan sakit ketika benjo memukul meja itu bertalu-talu.Selesai benjo pukul kami masing-masing kaki rasa macam nak patah.Akhirnya Ika mendapat kenangan di KBM An Nadi sebab kaki Ika lebam.Setelah slot pada malam itu berakhir.Pada pukul 2.00 pagi kak Mia telah hadir ke An Nadi.Ehem².Kak Mia buat apa masa mula² masuk bilik penginapan kami?Hanya dirinya,Kak Isma dan Allah yang mengetahuinya.Bila diceritakan pada kami semua kami turut gelak bagai nak pecah perut secara berjemaah.haha.Kelakar habis!Manakan sama gaya diri sendiri dengan orang lain kMia Oii~

Tiba-tiba kat kbm tu ada orang dengan rasa tak malunya telah mengambil nama ABANG CHIK sempena nama Ika yang DEKCHIK.ish ish ish.sibuk betul.Siapalah dia ek?Dia adalah seorang yang sangat poyo pernah ku temui.Hai pakcik pakcik janganlah begitu.hahahahaha.!Pagi tu main snap snap pic waktu makan pagi.Waktu slot hijrah sempat juga dengan Kak Isma main snap-snap picture!haha
Waktu slot hijrah salah seorang fasilitator ikhwah telah tertidur akibat kepenatan yang melampaui batas.Sempat Ika snap pic dia.Yes Yes Berjaya!hahaKetika KBM berlangsung tiba-tiba terdengar suara yang memanggil "KAK IKA,KAK IKA".Mata Ika da melilau mencari suara siapakah gerangannya.Rupanya adik kasih dari SRIAAKL iaitu Sara yang 1 kumpulan dengan Ika ketika berKBM di SRIAAKL pada bulan januari.Selesai berKBM biasalah para fasilitator yang sangat gila camera telah menguasai camera pada waktu itu.haha.cuba tengok ABANG LUQMAN a.k.a ABANGCHIK sopan kan dia duduk.haha

semua fokus kepada kak Nina.nampak aksi kak Nina?hahaha

KBM TAMAT~

Masing-masing berkemas untuk balik.Bazilah balik terlebih dahulu.kNina,kMia,kak Isma,Alang Atie,Abg Chef wan,Abg Luqman a.k.a AbgChik,Benjo,Yasser dah naik pesawat untuk pulang ke destinasi masing².Tapi Ika tunggu mama.Mama sesat..haha.Rupanya mama dah terlepas ke GOMBAK!hahaSetelah difikir-fikirkan Mak Andak & Pak Andak telah menghantar Ika ke LRT Setiawangsa untuk memudahkan mama menjemput Ika.Mak Andak & Pak Andak xsedap hati kot nak tinggal Ika kat situ maka mereka setia menanti sehingga mereka lihat Ika selamat masuk kereta Mama.hihi.Syukran buat pak Andak & Mak Andak.

12 comments:

  1. oit..alang la yang bace skrip MAM 2..tak hengat ke..wakakakaka!!!

    ReplyDelete
  2. alamak..salah tulis...delete balik comment kat atas..tulun..hek3..

    ReplyDelete
  3. hahaha.da tuka da tuka.kwang3.nk padam!werk!!haha.kMia & abg luqman bace mesti best nie.haha

    ReplyDelete
  4. takde cerita dari side kitorang la...
    balik tu..Kak Lang, Isma, Kak Nina, Kak anjang, Kak Mia, Kak Yanti, Abg Chef wan, Yasser, Luqman and Benjo dengan 3 kereta..(KIA Kak Lang, KANCIL Abg Chef Wan dan MYVI Kak Nina) telah berkonvoi ke Taman Melawati untuk menjamu Nasi Ayam dan ABC yang dibelanja oleh Chef Wan dgn baik hatinya...waaaa!!besssst..hik3..bkn salu dia belanja..hahah

    suka2 comment 3x..wakakaka..

    ReplyDelete
  5. eii xsuke xsuke!ika xpat ikot..huwaaa sedihnye..selalu join je makan² nie.haha
    ahh xsuke!!xsuke xsuke!tapi Ika da tau da korg gi makan..abg chef wan ajak.tapi da mama sesat..eii suke ati jek.mama sesat anak melantak!hahaa
    so xleh la :-p

    ReplyDelete
  6. cesz...

    jgn skali2 kmu brani membuka cer.. aknku sumbat keyboardku kedalam mulutmu nnt..

    haha..

    bongek pnye ika!

    wek! ^_^

    ReplyDelete
  7. ARrrrrrrrghhhhh !!! Mmg best pekena !!!

    ReplyDelete
  8. hahahahaha..best3!!
    setiap kali kbm ade je org wt cite
    hahaha..
    kMia,Abg BC a.k.a abg Luq!
    kNina!!!!!xnk tgk ke pic kNina yg mulut.Oppss!haha

    ReplyDelete
  9. Ekelah die giler camera !!
    x puas ati ngn org r tu !!
    mmg x puas ati !!
    Arrrrrghhhhhhh !!
    muke stone xde perasaan !!

    ReplyDelete
  10. alamak!nampaknye ade org xpuas atie nie..
    ek ele!! jom r gado!lawan!
    lawan pantun kt sni pulak!hahaha
    nk ke?hahaha..eii abg BeCa nie!
    BUSUK betul!

    ReplyDelete
  11. hahaha mesranya kakchik ngan abangchik ni. hihi

    ReplyDelete
  12. hahaha mesranya kakchik ngan abangchik ni. hihi

    ReplyDelete