Wednesday, March 25, 2009

Kemana Ika Menghilang?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Semua orang tertanya-tanya "kemana Ika menghilang?".Alahai,Ika baru tak update blog seminggu orang dah bising.Alang atie pun dah kecoh dekat cbox "Aii senyap jer Ika".Alhamdulillah masih ada yang prihatin.hihihi.(kembang alang baca).Ika bukan tak nak update lah kepada semua yang tertanya-tanya kemana Ika ni menghilang.Cuma keadaan yang tidak mengizinkan tapi alhamdulillah sekarang ni masih sempat mencoret sesuatu di blog ini setelah sekian lamanya tidak diupdate dan dikemas.
Okaylah sekarang ni Ika cerita kemana Ika sembunyi.Hurmm sebenarnya selepas jer tamat berKBM di Taman Medan Ika terima mesej dari sahabat Ika.Dia ajak join program.Jadi Ika dengan rasa tidak tahu menahu sesuka hati telah menjoin program tersebut.Tapi bukan masa tu jugak.Ika pergi rumah kawan Ika hari isnin.Okay malas nak cerita pasal itu dan malas nak panjang-panjang.
Kisah yang sebenar-benarnya Ika tak mengupdate blog kerana Ika telah bermalam di hospital.huhu.Akibat diserang semput a.k.a lelah a.k.a asma.Kebetulan Ika memang tidur di rumah kawan Ika yang family dia pun tiada di rumah.Nasib baik kawan Ika sedar masa tengahmalam tu.Dan Alhamdulillah segalanya macam dah diatur.Kebetulan dia baru jer dapat lesen untuk memandu kereta.Jadi dia lah yang menghantar Ika ke rumah sakit a.k.a hospital.Selalu Ika cabut lari kalau doktor sebut aje pasal wad.hihi.Tapi kali ini tak boleh.Memang masuk wad tiada siapa yang mengetahui hanya Ika,sahabat Ika dan yang Maha Melihat yang tahu.Bahkan keluarga Ika sendiri tidak tahu-menahu.Alhamdulillah Ika tidak lama di hospital.Nasib baik duit Ika cukup dan memang Ika dah siap sedia awal-awal duit tu.nak beli ubat ke,nak pergi klinik ke.Ramai orang cakap "Ika ada duit tapi kedekut"..Harap faham lepas baca ni.Ika tidak kedekut sama sekali.Duit itu Ika kumpul sendiri untuk keperluan Ika.Ika tak nak guna duit keluarga sangat,kalau dah terdesak baru Ika minta.Ika cuma nak cerita pasal kat wad kali ke berapa ek Ika masuk?hurmm entah malas kira!Dekat dalam wad Ika sempat sembang-sembang dengan orang kat sekeliling.Bestnya!haha.Paling best ada orang tu kan bawak laptop.Sempat Ika online dalam wad.haha.Best lagi sebab doktor dia tidak garang sama sekali!wahhh..seronok tidak terkata!tidak pernah lagi seumur hidupku bila masuk wad ada doktor yang baik hati dan senyum berpanjangan.hihi.Dilayan bagai PUTERI,kawan Ika yang layan karenah Ika.Sempat bersembang dengan doktor masa dia
cek Ika.
sekadar gambar hiasan
Ika:Bestlah doktor xgarang
Doktor:kenape?semua doktor garang ke?
Ika:kebanyakannya macam itulah doktor(ayat skema ngn doc)
Doktor:Dah zulaikha degil
Ika:Zalikha la doktor,cuba baca betul²
Doktor:okay,sorry.nak panggil ape?
Ika:panggil Ika pun boleh(hihi)
Doktor:doktor pun first time jumpa org cm Ika.
Ika:macam mana?
Doktor:kalau Ika pelik tgk doktor,doktor lg pelik tgk Ika.Yelah dlm keadaan sakit mulut sgt hyperactive!pastu xreti duduk diam.bjalan sane sini.sembang ngn org katil sebelah la,muka ceria je walaupun sakit.
Ika:itu sudah semestinya.Memang sgt hyperactive tu smpai semput.haha
Doktor:okay nak wat keje.jumpa lagi :D
Ika:Buat kerja elok-elok.haha.
Doktor:Ika NAKAL!

serius best gila doktor dia tetapi kalau nak tahu paling Ika xsuka time makan ubat!haha.dan makan tengahari.Dah la tawar!tak rasa apa!tak suka!tak suka!tak suka!Kawan Ika yang pelahap makan tengahari.kihkihkih.Orang sakit boleh cool je atas katil.Orang tak sakit pulak yang melahap nasi disebabkan lapar yang teramat sangat.kwang3.Apa-apa pun Ika berterima kasih sangat dekat sahabat Ika tu.Hanya Tuhan sahaja yang dapat balas budi anda.Mutassyakir awi ya ukhti!
Sakit macammana pun Ika akan tetap teruskan perjuangan dan bukan berhenti disini sahaja!Perjalanan Ika masih jauh.Keindahan BersamaMu pun akan Ika teruskan selagi mampu menyumbangkan tenaga!Bak kata Kak Nina "PERJUANGAN BUKAN UNTUK ORANG YANG MANJA"!

Ika:rindu pulak dekat doktor,hihi.Sori xde picture akibat penyakit lupa ku ini menyerang.xbawak kamera :-p

5 comments:

  1. bengong tol budak nih..ahahahah....bkn pe..kalu tak update blog..ade je kat mane2 memekak kat blog org lain...wakakakakka....tu pasal pelik nape mcm "baik" je tak kaco org...lg2 kakak2 awk ni nk exam....upenyer....

    ~takdenye baik poown.....heheheheehhe....

    ReplyDelete
  2. erk..lupe2..hah..makan ubat elok2..ngee~...

    ReplyDelete
  3. baik kt blog..wat kacau kt wad..hahaha..best gile!
    sampai ade org yg usha pelik..
    erkk..pelikkah Ika?haha.
    hyperactive yg terlampau??xkisah la..lalala

    ReplyDelete
  4. eee budak kecik sorang nih...
    ada ka patut x btau..
    ni yg akak x puas ati nih..
    isk..

    ptt akak jumpe je d0c tu, suh tahan ika lame2...
    ahahahaha.. =p

    ReplyDelete
  5. Adik...adik.. (mampu geleng2 kepale je sbb dah tak terkeluar kata2)..=D

    ReplyDelete