Bismillahirahmaniraheem
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t sekali lagi pesawat krj telah terbang ke sabak bernam untuk kedua kalinya dan kali ini bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam di Sungai Lang pada 7-8 mac 2009.Disebabkan peserta kali ini ramai kami sangat beruntung kerana memdapat bantuan daripada alumni kbmkl.Terima kasih yang tidak terhingga.
Pilot:Kak Mia dan Ammar
Airport:Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
Tarikh:7-8 mac 2009
Pengendali:Kak Nina,Pak Ngah,Pak Andak,Pak Kay dan Ummi Ida
Pramugari:Kak Baz,Kak Ezah,Kak Ika,Kak Nur,Kak Dida,Kak Nus,Kak Dila,Kak Kina,Kak Zila,Kak Shima dan Kak Fiza
Pramugara:Abg Eming,Abg Luqman,Abg Aiman,Abg Arul,Abg Bob,Abg Epi,Abg Dany,Abg Joe,AbgMior,Abg Qet dan Abg Epi,dan Abg Iwan
Penumpang:215 orang(105 kasih + 110 sayang)
SLOT
KMKY:Kak Nina dan Pak NgahINTEAM:Pak Ngah
MAM1:Pak Andak
MAM2:Kak Nina dan Pak Ngah
HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Ummi Ida
PERTEMUAN:Ummi Ida
Seramai 105 orang adik kasih dan 110 adik sayang yang kebanyakannya dari tingkatan 3 dan 4 telah menaiki pesawat krj kali ini.Slot Knowing Me Knowing You pada pagi Sabtu telah dimeriahkan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina dengan jayanya.Oleh kerana peserta kbm kali ini ramai,army yell telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dari adik kasih dan 11 kumpulan dari adik sayang.Adik-adik kasih dan sayang telah bersama Pak Ngah dalam slot inteam pada sebelah petang.Seusainya solat asar berjemaah,adik-adik kasih telah bersama-sama akak-akak fasi manakala adik-adik sayang bersama abg-abg fasi bagi memenuhi masa dengan sesi riadah.Adik-adik kasih & sayang juga memberi kerjesama yang sangat mantap!
Pengembaraan adik kasih dan sayang pada sebelah malam telah dibawa oleh Pak Andak untuk merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah,Ibu dan Ayah melalui slot Meniti Angin Malam 1.Kemudian,slot Meniti Angin Malam 2 pula diteruskan dengan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina juga melibatkan semua pengendali dan fasilitator.
Program diteruskan pada keesokan harinya 8 Mac 2009.Adik-adik kasih dan sayang telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina manakala slot MKMS untuk ibubapa yang hadir telah dikendalikan oleh Ummi Ida.Sewaktu slot hijrah ternyata adik-adik SBPI sabak bernam berani tampil kehadapan untuk berkongsi pengalaman.Tepat jam 11.30 pagi slot pertemuan dijayakan juga oleh Ummi Ida.Alhamdulillah ramai ibu bapa yang hadir bagi menjayakan program ini.
Dan pastinya setiap kali kbm diadakan,team kbmkl tidak pernah lupa akan nasib saudara seaqidah kita yang kini berada di bumi palestine.Sebanyak RM800+++ telah berjaya dikutip hasil sumbangan ibubapa yang hadir.Acara penutup diakhiri dengan penyampaian cendarahati daripada pihak sekolah kepada barisan pengendali dan fasilitator.
Alhamdulillah semua penumpang telah mendarat dengan selamatnya tepat jam 1.30 tengahari dengan salaman antara barisan fasilitator,ibubapa dan adik kasih & sayang dengan diiringi lagu "Doa perpisahan".Disini jua suka kami merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kbm kali ini sama ada secara langsung dan tidak langsung.Harapan kami team kbmkl agar adik-adik kasih dan sayang SBPI Sabak Bernam Sungai Lang akan terus...
MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!!
Disebalik Tabir :
Tepat jam 5.00 petang(060309)Ika bertolak dari cheras jaya ke airport iic.Selepas kedatangan Pak Kay,Kak Nina dan Kak Mia kami memulakan perjalanan ke KTM sungai buloh untuk menjemput beberapa orang fasilitator lagi.Ketika menunggu kak Ada dan Kak Nur di stesen KTM sungai buloh ada suatu kejadian yang amat tragis berlaku.isk.isk.Inilah yang dinamakan tragedi MAC.Ada apa dengan LUBANG MISTERI nie..hanya kami di tempat kejadian yang mengetahuinya.kwang3seram x tengok lubang nie?ei seram seram..haha
KBM BERMULA~
Ketika slot KMKY dalam army yell Ika telah menjadi ketua fasilitator bagi kumpulan MAWAR BERDURI yang adik-adiknya terdiri daripada Afikah,Saba,ilham,Lini,Madiah,Ain,Farhana(ades sape lagi..erm kurang ta'aruf kowt.aseef)..Ika sangat teruja tengok adik-adik kasih & sayang ini mempersembahkan army yell mereka masing-masing.Ada yang menjerit la,ada yang melompatlah.hyperactive sungguh mereka ni.hehe
Setiap kali berKBM Ika juga tidak pernah melepaskan peluang berharga ini untuk menghayati setiap slot yang dikendalikan.Inilah platform untuk Ika membaiki hubungan Ika dengan Allah,Rasulullah,ibubapa dan sahabat.Sesungguhnya Ika jua hamba Allah yang tidak lepas dari dosa.Ada juga salah seorang team kbmkl yang tidak melepaskan peluang ini.keh3!!!!!!!!!!!!!!siapakah mereka agak-agaknya?apakah sedang dilakukan?adakh tidur?tapi yg pasti hanya mereka yg tahu.haha
Ketika MAM 1 Ika ditugaskan untuk menjadi waris dan Ika digandingankan bersama Bazilah.Walaupun Ika semput-semput Ika boleh jer jadi.Ini juga salah satu Ika untuk membaiki hubungan Ika dengan mama dan abah.Lagipun,Ika malas nak layan sangat semput ni.Kalau layan makin mengada-ngadalah dia!hish!hehe.
Keesokan harinya,Ika ditugaskan untuk menjaga adik-adik kasih & sayang untuk slot hijrah yang berlangsung di dewan makan.
KBM TAMAT~
Kami meninggalkan SBPI sabak bernam kira-kira pukul 3.30(xpasti)kami sempat meminta bantuan dari seorang adik sayang dari munshi untuk bawa kami ke kedai kerepek buat nenek dan pak ngah.Pak ngah Oo Pak Ngah sesat-sesat tau cari kerepek untuk Pak Ngah.Tapi memang best!Paling best encik driver BGN 535 terlepas jauh,itulah!siapa suruh bawa laju-laju.haha!Setelah selesai beli kerepek kami semua sempat singgah ke kampung pak andak untuk jumpa nenek kelakar dan atuk jepun.hihi..best la dorang!sempat lagi bergambar dengan nenek!nenek best!!Ika dapat FLYING KISS dari nenek!Ika ajar nenek buat taw!Sempoi lah nenek,Ika dapat tangkap FLYING KISS nenek la...hahaha..nenek nenek nanti jumpa lagi taw taw taw!yea yea!
Kira-kira pukul 7.10 malam kami meninggalkan teratak nenek dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isya' secara jamak.Seusainya solat,kami sempat lagi menyinggah kampung kuantan tengok kelip-kelip a.k.a kunang-kunang sebab ada orang tu sibok nak tengok.haha.siapakah beliau?hanya kami ditempat kejadian yang mengetahuiya.Tapi Subhanallah Indahnya ciptaan Tuhan ......Setelah puas tengok kelip-kelip kami meneruskan perjalanan dan singgah untuk menjamu selera di kedai makan.Ehem² ada orang makan banyak betul!haha.Seusainya menjamu selera kami meneruskan perjalanan.Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi masing-masing kira-kira pukul 11.00 malam.
Ika:Nak jumpa nenek lagi..huhuhu..balik dari sabak bernam tumpang tidoq uma kMia.balik abah amek di KL CENTRAL..huiyOo sangat cuak ouh.da ler xtaw balik naik kenderaan awam nie.haha!lagnes tol ler.
salam takzim dan ziarah......
ReplyDeletesalam takzim dan ziarah.................
ReplyDeletesalam jua buatmu Nik =)
ReplyDeletewaaa p tgk kelip2 lg? x jemu2 ek hahahhaa
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletewaaa.... baru tahu rupa2nya ada post blog pasal aktiviti ni....
salam ziarah...
ReplyDeletewaaa... baru tahu rupa2nya ada postin blog pasal aktiviti ni...