Saturday, July 11, 2009

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Bissmillahirahmaniraheem
Assalamualaikum ya akhi wa ukhti
Terlebih dahulu seribu kemaafan ku pinta andai rumah ni telah bersawang dek kesibukan dalam menjadi siswi di politeknik Shah Alam.Alhamdulillah,selama seminggu berada disana semuanya berjalan lancar dalam minggu suai kenal[MSK].Kakak-kakak senior yang sangat2 baik hati dan prihatin terhadap anak buahnya.MSK,taklimat sana-sini,tidak ada masa untuk mandi.haha.mandi sekali je sehari!aisey,gile busuk!minyak wangi habis sebotol!hahaha.Terlalu banyak caci maki pelajar2 baru terhadap akak-akak senior yang sempat telinga ini mendengar.Nasib baik Ika xgitu..kikiki..[bajet baik]..
Walaubagaimanapun,majlis penutup setelah selama seminggu disana tidak dapat Ika raikan bersama kawan-kawan baru disana kerana kesihatan yang semakin menjadi-jadi.[mengada]
Apa-apapun,terima kasih tidak terhingga kepada akak-akak yang sudi menemani Ika ketika Ika sakit,sudi mengangkat Ika dari tingkat dua sampai bawah,siap masuk dalam kereta hantar pergi klinik ketika pukul 2 pagi.MasyaAllah besarnya pengorbanan akak-akak terhadap ika.Jasa kalian tidak akan Ika lupakan.Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjaga Ika.
weeee dapat akak lagi (:
sayang kakak!
disini Ika kongsikan lagu2 politeknik.Aisey suke jek menyanyi.haha
Tajuk:Politeknik Malaysia
Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysiaku tercinta
Akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Dimana sahaja politeknik berada
Harapan tetap sama
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Cekal,taqwa,usaha
Penentu arah
Maju politeknik ayuh maju
Semangatmu merestui perjuanganku
Teknologi teras pembangunan negara
Politeknik Malaysia.
Tajuk:Maju Jaya Psa
Selalulah kita bersedia
Tak gentar cabaran
Warga PSA berhati waja
Menuju wawasan
Kerjasama dalam sepasukan
Itulah amalan
Ikhlas dalam kerja seharian
Itulah pegangan
Maju jaya politeknik kita
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Menabur jasa
Untuk nusa bangsa
Di selangor nan bertuah
Bersatu hati dan
Jujur berbudi
Pekhidmatan berkualiti
Itu janji dan ikrar kami
Menjunjung harapan
Pertiwi
Mari semua tingkatkan usaha
Seiring segandingan
Untuk politeknik yang tercinta
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Ika:semangat berkobar-kobar nak belajar bila dengar dan nyanyi lagu nie.haha (:

2 comments:

  1. dah jadi mahasiswi adik ika kita nie! teruskan USAHA! all the besh!

    ReplyDelete
  2. tahniah. gembira nampaknyw di tmpt baru^^ berusaha!!

    ReplyDelete