Sunday, May 24, 2009

Kehidupan Dunia Adalah Singkat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt ya akhi wa ukhti.Pertama sekali setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk meluangkan sedikit masa dihadapan kaca monitor ini.Masih memberi ruang untuk ku bernafas di bumi indah ini walaupun ku sering diserang batuk dan lelah.Kadang-kadang hanya terlantar di atas katil kerana sakit yang amat.Dan aku sedar semakin hari semakin berkurang umurku.Ya Allah jika telah tiba saatku menghadapMu,Kau matikanlah aku dalam nikmat iman dan islam dalam diri.
Sahabatku,begitu ramai manusia mencintai dunia.Sekiranya dibenarkan,mereka tidak mahu mati.Mereka jauh daripada agama,apatah lagi memikirkan soal mati dan akhirat.Sedangkan kehidupan dunia yang mereka begitu dambakan itu hanya singkat tempohnya dan sementara keindahannya.Panjang mana pun umur manusia tetap bakal bertemu ajal.Setiap manusia dibataskan hayatnya oleh Allah.Allah ciptakan dalam setiap sel tubuh manusia satu "penggera masa" yang sudah ditetapkan waktunya.Sebaik sahaja tiba masanya seluruh aktiviti biologi terhenti serta-merta.Di sampin itu,kehidupan dunia ini sesungguhnya tidaklah seindah yang dibayangkan.
Kehidupan di dunia ini begitu singkat.Dengan bertafakur,orang dapat memahami betapa singkat dan sementara kehidupan di dunia ini.Misalnya,semasa muda seseorang tidak dapat membayangkan dia bakal berumur 30 tahun,tetapi tiba-tiba kini dia sudah berumur 40 tahun.Dengan kata lain,betapa bodohnya apabila manusia mengabaikan kehidupannya yang hakiki dan abadi di akhirat hanya demi mengejar kehidupan dunia yang singkat dan sementara ini.Allah mengingatkan kita mengenai singkatnya kehidupan ini dalam banyak tempat di dalam Al Quran.Tetapi pernah kita ambil tahu?
Kita tahu,kematian itu pasti menjemput kita dan datang setiap masa tanpa diundang.Sayangnya,ramai yang lupa sehingga menganggap dirinya hidup selamanya sedangkan hidup ini bertempoh.Dari hari ke hari,umur kita kian bertambah.Maknanya semakin berkuranglah hayat kita di dunia ini.Berapa lagi umur kita yang berbaki?Mudah-mudahan dengan zikrul maut iaitu mengingati mati,kita mampu mengisi setiap detik masa dan sisa umur kita dengan ibadah dan perbuatan yang bermanfaat dan ikhlas.
Zikrul maut adalah salah satu daripada usaha kita bagi menghidupkan hati.Dengan kata lain,orang yang jarang mengingati mati,keras hatinya dan lebih mesra dengan maksiat.Sayang,kita kadang-kadang alah dengan soal kematian.Kenapa?kerana kita berasa senang dengan kehidupan di dunia ini?Dimanakah bezanya hati yang hidup dan hati mati?Ibarat seekor ikan yang hidup di lautan tubuhnya dilumuri garam sekalipun.Berlainan pula dengan ikan yang mati,tubuhnya masin apabila dilumuri garam walaupun sudah tidak berada di dalam laut. Begitulah halnya dengan orang yang hatinya hidup.Walau maksiat berleluasa disekelilingnya,bahkan terkadang digoda ke arah itu,dia tidak leka dalam maksiat.Hatinya hidup.Namun,apabila sahaja hati sudah mati,sedikit sahaja godaan dengan mudah dia tenggelam dalam maksiat.
Segagah mana pun seseorang,dia tetap mati.Seorang jeneral,doktor,usahawan,jutawan,bahkan penggali kubur pun,apabila tiba saatnya,dia bakal mati.Dan kepada remaja,jangan kita ingat orang muda tidak mati sedangkan bayi yang baru lahir boleh mati apalagi kita remaja yang sibuk dengan aktiviti seharian ke sana sini.Berita kematian kenalan kita kerap juga tidak menyentuh hati kita.Mengapa sampai terjadi sebegitu rupa?Sedangkan Nabi Muhammad pernah berkata,"Bahawa orang yang paling cerdik itu bukannya yang paling cerdas akalnya,hebat gelarannya ataupun banyak ilmunya.Orang yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan dirinya untuk itu."
Luruskan niat kita dalam setiap langkah kaki.Ke mana pun kita melangkah,pasti niat kita benar.Jangan hanya untuk berlagak,angkuh,riak dan sombong.Katakanlah ini setiap langkah dan perbuatanmu "Ya Allah,andainya hari ini hari kepulanganku,maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan disisimu."
Hidup kita perlulah berkat.Semakin kerap kita mengingati mati semakin dirasakan dunia ini kurang bermakna.Kita perlu tetap kerja keras di dunia ini sebagai bekalan pulang ke alam kekal.Tidak perlu kita berasa takut berpisah dengan dunia ini kerana kematian hanya perpisahan sementara.Usahlah risau dengan kematian tetapi risaukanlah,"adakah cukup bekalan bagi menemuinya?".Oleh kerana itu,daripada kita ingat harta,kesusahan,musuh,dan pelbagai perkara lain,bukankah lebih baik kita mengingati Allah yang Maha Esa?Perbanyakkanlah zikir dan mudah-mudahan kita beroleh husnul khatimah.
Mati itu pasti!!

6 comments:

  1. ui, tulisan sendiri or copy paste?

    ReplyDelete
  2. adui...tulis sendiri or copy and paste pun jd masalah...bio la..janji niat dia nak ingatkan kita..kalau dia tak post, ade ke kita nak g cari post mcm ni...huhu...

    ReplyDelete
  3. Tahniah, pastinya lahir dari hati yang tulus mulus dan penuh keinsafan... boleh dibilang remaja yang punya kesedaran seumpama ini jika dibanding dengan rakan sebaya yang terus hanyut leka dibuai nikmat sementara. sabar lah ika, pengalaman akan lebih mematangkan diri. Teruskan dengan keyakinan yang ada, Allah tetap sayangkan diriMu. Sentiasalah merasakan Allah disampingMu. Hargailah kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  4. to anonymous:setiap artikel dlm blog ni ditaip oleh sy,jika sy copy n paste sy akan beritahu di bawahnye.da paham?hihi.artikel sy ade dipublishkn di iluvislam "ujian itu rahsia Allah" kalo rajin cari la yea

    to Alang atie:Bagus tolong jawabkan.hihi

    to Ummu Rusyda:Syukran ummi ;)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. cume bertanya.. bukannya nak timbulkan masalah. ok? :)

    ReplyDelete
  6. to anonymous:erm asif jiddan jika terasa dan asif jiddan juga bg pihak alang atie.Kami xrase anda menimbulkan masalah.Sila berkunjung lagi!Kunjungan anda Ika hargai.hehe.

    ReplyDelete