بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
Sebelum Ika berkata-kata lebih panjang,setinggi-tinggi kesyukuran Ika panjatkan ke hadrat iLahi kerana dengan izinNya Ika dapat luangkan sedikit masa di kaca monitor ini.Masih memberi peluang untuk diri ini bernafas dibumi Allah swt.Terima Kasih Ya Allah.Di Bawah Naungan Cahaya Mu karya Desi Puspitasari memberi impak yang sangat besar dalam diri ini.
Watak Adelia
Adelia,seorang anak gadis belasan tahun yang masih menuntut di sekolah di sebuah desa.Adelia seorang yang sangat tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan keatas dirinya.Adelia juga seorang pelajar yang gigih beruasaha dan taat akan perintah Allah swt sedangkan ibu dan bapanya leka dibuai dengan hiburan duniawi.Bapa Adelia seorang "kaki botol" setelah kehilangan pekerjaan dan ibunya pula sering keluar malam serta meninggalkan perintah Allah.Ibu dan bapanya sering bertengkar apabila berada dirumah.Akibat dari itu,Ibunya berniat untuk bercerai dan meninggalkan Bapa dan Adelia.Tetapi,Adelia tetap tabah dan disaat Adelia dibelenggu kesedihan,Bulanlah yang sentiasa menemaninya.Bulan tempat Adelia meluahkan segala isi hatinya.
Untung juga,Adelia mempunyai sahabat yang mengambil berat terhadapnya iaitu Rini.Hubungan mereka sangat akrab.Adelia juga sering diburui oleh Fikri,pemuda yang mahu menjadi seseorang yang istimewa dihati Adelia.
Disaat ibu pergi meninggalkan bapa,bapa sedar akan kesalahannya selama ini.Bapa perlukan tunjuk ajar dari Adelia untuk menunaikan solat lima waktu.Bapa kini menjadi hamba yang taat akan perintah Allah.
Suatu hari,Adelia bertemu dengan Andi,teman lelaki ibunya.Andi memberitahu bahawa ibu sedang sakit dan dirawat di hospital.Adelia segera menziarahi ibunya.Ketika berada di kamar ibunya,dia melihat kemesraan antara Andi dan ibunya.Hatinya semakin sakit dan pedih!
Sekali lagi,Andi bertemu dengan Adelia.Andi menceritakan segala-galanya bahawa Ibu masih cinta dan sayangkan bapa dan Adelia.Setelah ibu sembuh,Ibu telah pulang ke rumah bersama Andi untuk bertemu bapa bagi menyelesaikan masalah mereka.Adelia mencuri-curi dengar perbualan mereka.Badan Adelia terasa lemah,kepalanya berat dan akhir-akhir ini dia sering diserang batuk.Adelia berlari menuju ke bumbung untuk bertemu bulan,hanya bulan yang faham akan isi hatinya.Langit seakan-akan memahami dan ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya seperti airmatanya yang mengalir deras.Apabila turun dari bumbung Adelia berlari ke kamar dan akhirnya Adelia tertidur dengan pakaiannya yang basah akibat keletihan.Keesokan harinya,Bapa dan Ibu mendapati bahawa satu-satunya anak mereka itu jatuh sakit.Bapa cuba mendapatkan pertolongan dan ketika itulah bapa bertemu dengan Bagus dan Bonda.
Watak Bagus
Bagus seorang pemuda yang masih menuntut di tahun akhir persekolahan di sebuah bandar.Bagus dibesarkan dalam keluarga yang bahagia berbanding dengan Adelia.Bagus juga merupakan putera tunggal pada Bonda dan Ayah.Pemuda yang bercita-cita ingin menjadi doktor ini sangat mentaati perintah Allah.Bagus tidak suka berdua-duaan bersama wanita kerana takut menimbulkan fitnah.Ratna seorang gadis yang mempunyai perasaan suka dan cinta terhadap Bagus.Ratna jua tidak seperti yang Bagus inginkan.Bagus mahukan gadis yang bertudung!Pelbagai cara yang diaturkan oleh Ratna untuk memikat hati si pemuda yang bernama Bagus.Namun,Bagus tetap dengan pendiriannya.Bagus hanya mahukan Bulan!Bulan yang sudah bertahun lama tidak Bagus temui.
Suatu hari,Bagus dan kedua orang tuanya pulang ke desa kerana Pak Lik sakit akibat kemalangan.Bagus gembira kerana dapat ke pulang ke desa untuk bertemu Bulan kerana itulah impiannya selama ini.Apabila tiba di desa Bagus dan Bonda telah terserempak dengan seorang lelaki tua yang sedang kebingungan dan keresahan.Bonda segera mendekati lelaki itu dan ternyata lelaki itu adalah jiran tetangganya dahulu.Pak Yono adalah bapa kepada Adelia.
Pertemuan Antara Bagus dan Adelia
Bagus mempelawa bapa untuk memberi pertolongan dengan menghantar Adelia ke hospital.Bapa segera bersetuju dan ketika tubuh longlai itu di atas dukungan Bapa,darah Bagus seakan-akan terhenti melihat wajah pucat Adelia.Akhirnya,Adelia ditahan di hospital.
Apabila Adelia tersedar,ibu dan bapanya sedang lena sambil menggenggam tangannya.Ibunya tersedar diikuti dengan bapanya dan mereka serta-merta meminta maaf kepada Adelia dan tidak akan mengulanginya lagi.Ibu dan bapa tidak jadi berpisah.Tiba-tiba Bagus,Bonda dan Ayah masuk ke kamar Adelia.Bagus memberitahu bahawa yang dia pernah mengenali antara satu sama lain kerana pernah belajar di dalam kelas yang sama ketika umur 11 tahun.
Setelah selesai segalanya,Bagus kembali ke kota dan ternyata Ratna,anak gadis yang menggilai dirinya sudah berubah.Ratna sudah memakai tudung dan menjadi seorang gadis yang bersopan-santun.Ratna mengucapkan terima kasih kepada Bagus yang selama ini sentiasa memberi kata-kata semangat terhadapnya.
Bagus dan Adelia sudah bertemu dengan bulan mereka!Bulan yang selama ini menjadi simbol antara cinta,kasih sayang,persahabatan dan keimanan.
(cerita tamat)
Taatlah dengan perintah Allah dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersembunyi.Sentiasalah sabar dalam menghadapi ujian Allah.Jadilah anak yang soleh (^_^)
Dikesempatan ini jua Ika mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Aminah atas pemberian buku ini.Tidak lupa juga buat Kak Nabila yang sanggup datang dari Gombak semata-mata untuk bertemu dengan Ika.Jasa kalian tidak akan Ika lupakan.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Kak Aminah dan Kak Nabila!Terima kasih kerana sudi menerima diri ini dan sudi menjadi akak kepada adik yang bernama Ika.Ika sayang Kak Aminah dan Kak Nabila!!
adelia..name sorang anak murid kelas fardu ain alang...heheheh...
ReplyDeletePasni akak nak bagi lagi buku yg RUMIT2...
ReplyDeleteNak msk U,kene wat ala U ya~
hehehe
terima kasih untuk reviewnya, ya.
ReplyDeletesalam, Desi Puspitasari :)