Sunday, March 24, 2013

Bukan rupamu menjadi ukuran

Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita,Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan kurniaNya.Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sedikit dan ummat Rasulullah saw yang mendapat syafaatnya di akhirat kelak.InshaAllah.

Dc sering terdengar dialog-dialog yang berbunyi begini "Aduh gemuknya aku ni,kenapalah aku dilahirkan segemuk ini?" atau "Hitamnya aku,orang lain semua putih" atau mungkin "Pendeknya aku,jika dibandingkan sahabat-sahabat yang lain,malunya aku".

Allah berfirman di dalam Al-quran :
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Arrahman ayat 63). 

Mahukah kita menjadi hamba-hamba yang mendustakan nikmat Tuhan yang diberikan kepada kita?Nauzubillah min zalik,kalau ditanya pada sesiapapun Dc percaya dan yakin rata-rata kita tidak mahu menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.Tetapi,biasalah mudahnya berkata-kata sukarnya untuk melaksanakan.

Jangan sampai Allah tarik nikmatmu itu sahabatku.Dilahirkan gemuk?Pasti ada hikmah.Dilahirkan hitam dan huduh?Itu ujian.Dan semuanya ujian.Tidak kira susah atau senang.Allah sudah mencipta dirimu dengan sebaik-baik kejadian.Percayalah sahabatku.

Biar hitam diwajah asal jangan dihati,biar gemuk di fizikal asal sihat menanti,biar pendek fizikal jangan akal pendek.Tabahlah duhai hati,Allah hanya melihat hatimu.Bukan sekali-kali wajahmu atau tubuh badanmu.Malah dia yang menciptakan wajah mu,fizikalmu dan keseluruhannya!

So cool lah kawan.Peace yaw.Assalamualaikum.Ini hasil edit baru sebentar tadi. Heeee


Saturday, March 23, 2013

Istikharah Cinta Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat iman dan islam dalam diri.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengkufurkan nikmat-nikmat dariNya.Allahuma aameen.

Istikharah cinta ini?Wah macam menarik post kali ini kan?Apabila sebut sahaja mengenai cinta pasti kita dikalangan yang bergelar remaja ini tersenyum lebar.Bukan Dc katakan gatal,tetapi itulah lumrah manusia,perasaan yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNya.MashaAllah.

Tetapi kita jangan menyalahgunakan nikmatNya ya.Apa yang Dc hendak tekankan kali ini adalah tentang istikharah bukan cinta.Ada tak dikalangan kalian yang muka macam ini ----> (=_=) bila Dc kata mahu menekankan tentang isthikarah bukan cinta?

Entah,Dc rasa banyak yang salah dengan remaja kita sekarang.Bila sebut mengenai istikharah semuanya jeling-menjeling dan berbagai reaksi.Ada pula yang bertanya "Hai pening nak buat keputusan pilih pasangan?"

Adapun istikharah itu bukan hanya untuk memilih pasangan!Cuba kalian fahami maksud istikharah yang sebenar yang bermaksud memohon dan meminta yang baik.Atau dengan lebih mendalam istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

Jadi tidak kisalah mahu memilih pekerjaan ke,belajar ke,nak datang sesuatu kursus ke,dan segala hal lagi perlulah memohon petunjuk dariNya.Jangan sempitkan fikiran kalian semua istikharah hanya untuk cinta?


Dc : Maaf jika ada tersalah kata,sejujurnya kerana sayang Dc menegur. (>_<)



Tuesday, March 12, 2013

Bersyukur dan bertabahlah

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.Moga sihat iman dan badan hendaknya.Dc disini alhamdulillah sihat walafiat.Moga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik kepada kita agar dapat terus beribadah kepadaNya tanpa rasa letih dan jemu.InshaAllah.

Pernah rasa macam nak menjerit tiba-tiba?Rasa diri dah terlalu penat dengan semua itu.Dengan semua hinaan dan kejian.Sabarlah,Allah kan ada?Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.Allah tahu sedangkan engkau sedikitpun tidak tahu.

Moga kita sentiasa jadi hambaNya yang selalu bersyukur atas ujian yang Allah turunkan.Ujian ada dalam berbagai bentuk.Ada yang diuji dengan kesusahan,ada pula yang diuji dengan kesenangan.Bila kita dapat ujian susah sedikit,kita rasa cemburu dengan mereka yang hidup senang-lenang tanpa kita sedar padahal orang yang sedang bergoyang kaki bersenang lenang itu juga sedang diuji!

Bila kita sakit,kita rasa bahagia lihat orang yang sihat walafiat sedangkan dia pun diuji oleh Allah dengan kesihatan tubuh badannya.Apabila kita dapat markah rendah dalam peperiksaan kita rasa sangat marah dengan Tuhan kenapa kita dapat markah sedikit orang lain markah tinggi sedangkan kita juga berusaha.

Ketika insan lain bersahabat baik dengan sahabat-sahabatnya,dapat sahabat yang memahami,kita cemburu kerna kita dapat sahabat yang tak pernah fahami kita.Selalu berburuk sangka terhadap kita.Tak pernah biar diri kita untuk memperbetulkan keadaan.Yang nampak hanya salah kita.Menghukum tanpa bicara.

Maka,haruslah ingat Allah,itu ujian dariNya.Allah menguji kalian dalam bentuk kesenangan dan kesusahan.Namun ramai sekali yang tewas dengan ujian kesenangan.


Moga kita digolongkan dengan golongan yang sedikit.InshaAllah. Be tough sahabat! (^_^) 


Sincerely,
Ika Dekchik

Diari Shairah - Belajar

Aku sibuk menelaah matapelajaran sistem kawalan,antara silibus yang bagi aku sangat sukar.Ditambah dengan ketidakhadiran aku kelas sejak kebelakangan ini,banyak menggangu aku.Aku pun tak pasti dimana puncanya.Moga Allah sentiasa beri penyelesaian yang baik buat aku.

Aku lebih memilih duduk diatas katil ketika study walau aku punya meja belajar.Sunyi menyelubungi diri dan hatiku.Aku duduk berseorangan dirumah sementara rakan-rakan yang lain sibuk membeli barangan dapur yang telah habis dek kerana kami yang kuat makan.

Sedang aku sibuk mengulangkaji pelajaran.Aku batuk tidak henti-henti.Sakit yang amat.Sakit ketika aku menahan batuk.Di hati ku terlintas,"siapa pula yang sebut-sebut nama aku ni?". Aku tertawa kecil mengenangkan apa yang aku fikirkan tadi.

Aku capai telefon bimbitku,lalu aku menaip pesanan ringkas."Assalamualaikum,ummi dan abi,Shairah rindu pada ummi dan abi.Doakan Shairah dipermudahkan belajar.Sayang ummi dan abi".Lekas aku menekan butang hantar kepada nombor ummi dan abi.Aku harap mereka gembira dengan kehadiran mesej dariku.

Aku terus menyambung mengulangkaji pelajaran,sedang asyik aku sibuk menghafal."Suara azan,dilangit tinggi mengagungkanMu puji juga memuja Allahuakhbar",lagu suara azan yang dipopularkan oleh Fitri Haris berbunyi tanda masukknya mesej dari seseorang.Lalu aku buka ternyata ianya dari ummi dan abi.Aku tersenyum sendirian membaca pesanan dari ummi dan abi."Shairah,jaga kesihatan disana,InshaAllah ummi dan abi sentiasa doakan yang terbaik buat anakanda.Bila rindu,panjatkanlah pada Allah supaya Allah sampaikan pada orang yang dirindui.Kenapa masih ragu-ragu dengan sifat 99 Allah?Ummi dan abi sentiasa berdoa agar anakanda Shairah dapat jalani hidup seperti anak-anak lain yang sihat dan cergas serta tak lupa tegakkan ad-deenNya.Akhir sekali,salam rindu buat anakanda dari ummi abi dan adik-beradik".

Aku menahan sebak di dada,aku terlalu rindukan mereka.Aku rindukan abangku Sharim,seorang yang sangat berani seiring dengan maksud namanya berani dan pedang tajam.Sungguh bijak ummi dan abi meletakkan nama kami adik beradik.Abang Sharim,banyak mengajar aku erti keberanian.Dia memang seorang yang sangat berani dan aku kagum dengannya.Dia sekarang menuntut di Yaman.Berani dia hidup berdikari di negara asing.Aku terlalu rindukan usikan dia dan senyum tawanya yang berserdehana.Moga Allah lindungi dia.

Entah kenapa dua tiga hari ni,aku selalu rindukan seseorang sehingga kadang-kadang aku menangis bersendirian mengingatkan hal-hal yang manis dan pahit bersama.Banyak yang telah aku pelajari disini.Bukan sahaja aku akan dapat segulung diploma nanti,tapi aku pasti aku tidak akan dapat apa yang aku pelajari disini diluar sana.Syukur Allah masih sayangkan aku kerna menempatkan aku disini.Aku yakin Allah perancang terbaik!

Aku hanya curi masa seketika untuk menulis diari ini.Aku harus mengutamakan apa yang utama.Aku harus belajar.Moga Allah nilai usaha aku.Assalamualaikum

Shairah | 2.00 PM | Dalam bilik atas katil





Sunday, March 10, 2013

Tak ku duga

Assalamualaikum wbt

Tak ku duga!Tak ku jangka!Akan apa yang aku lihat sekarang.Sebelum ini acapkali aku terasa tetapi aku diamkan diri agar insan sekeliling gembira walau dalam hatiku sayu.Cuma senyuman yang ingin aku lihat dari insan yang amat aku sayangi.Aku biarkan hati aku tercalar,dihiris sebagaimanapun.Aku berdiam.Namun takdir Allah!Atas kekuasaaNya yang tiada bandingan lagi.Entah kenapa Allah seolah-olah ingin tunjuk kepadaku.

Oh baru aku sedar,sedang engkau berkawan denganku engkau juga sedang mengaibkan aku.Terima kasih.Biarlah aku pendam agar ikatan silaturrahim ini terjaga walau hatiku pedih.Pedih yang teramat sangat!Terlalu banyak yang Allah tunjuk kepadaku lepas satu-satu.Namun aku sedar,jika aku buat benda yang sama sepertimana dia buat aku sekarang.Apa bezanya antara aku dan dia?Aku tak mahu dikatakan "
paku dulang paku serpih,kata orang dia yang lebih".Tak mengapalah,biar Allah sahaja yang menjaga sekeping hati ini,sekeping hati yang luka.Mungkin hati aku sukar untuk terluka tetapi sekali ia terluka bukan mudah untuk cari penawarnya.Biarlah aku mengalah.

Doaku padamu agar engkau sedar akan setiap tindak-tandukmu. 

aku mahukan seperti ini

Dan bukan yang menolakku dari atas gelongsor hingga ke bawah!



Saturday, March 9, 2013

Mengapa rasa gusar?

Arghhhhhh!Kenapa aku tidak tenang ni?Ada sahaja yang tak kena.Itu tak kena ini tak kena.Apa yang aku buat semua serba tak kena.Kenapa jiwa aku seakan-akan ada yang menakluki?Arghhhhh serabut bertambah gusar aku.Apa yang harus aku buat ini?Seakan-akan tidak mahu lagi hidup! 


Dan ingatlah ayat cinta dariNya :




Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Al-Ra‘ad: 28)

Bukankah dengan mengingati Allah itu tenang? Senyumm tigaaa (^_^)


Pesanan buat diri dan sahabat! 

Thursday, March 7, 2013

Try Forgive & Forget And You Will Win

Assalamualaikum and hai u alls!Amboi buat kali pertamanya Dc update blog (unformal).Ok ok back to normal.Apa khabar sahabat-sahabat semua?Diharap semuanya sihat-sihat belaka inshaAllah.Dah lama rasanya tidak sentuh bab-bab artikel di laman sesawang sksh Dc ini.Moga kalian terus membacanya ya!Opss jangan pergi dulu.Baru baca tajuk dah malas nak baca.Bacalah dahulu,mana tahu ada yang bermanfaat?

Forgive atau dalam bahasa melayunya adalah bermaksud memaafkan dan definisinya adalah gerbang kedamaian dan ketenteraman dalam hidup kita.Itu dari pendapat Dc lah ya.Kalau pendapat kalian lain,dipersilakan berkongsi.

Forget pula bermaksud melupakan yang membawa erti lupa atau tidak ingat dan tidak membawa apa-apa erti atau menghapuskan dari ingatan.Perbezaan yang sangat ketara kita lihat di kedua-dua definisi diatas,akan tetapi ianya harus dibawa bersama.Percayalah!

Masakan tidak,masih ada yang bermusuh walaupun sudah meminta maaf dan dimaafkan?Kerana apa mereka masih bermusuh?Ya!Kerana mereka hanya membawa satu perkataan iaitu memaafkan dan meninggalkan melupakan?Bolehkah kita memaafkan orang sedangkan kita asyik memikirkan kesalahannya terhadap kita?

Cuba dahulu kawan,baru kita tahu!Apabila anda memaafkan dan melupakan pasti orang yang anda maafkan akan rasa diri dihargai oleh anda.Disitu kita menundukkan musuh atau pihak lawan dengan cara yang sangat berhikmah.

Dc bukan menunjuk baik,tetapi apa yang Dc lalui Dc ingin sekali kongsikan terhadap sahabat-sahabat sekalian.Moga diri ini tidak pernah wujud rasa ujub riak dan takbur.Nauzubillah min zalik.


Belajarlah forgive and forget kawan. :-)