Saturday, October 31, 2009

:.Penerbangan Ke KEM HERBA,Sungai Congkak.:

Bissmillahirahmaniraheem

Assalamualaikum wbt buat semua tetamu yang menghadirkan diri ke "blogku" ini dengan satu klik sahaja.(mengarut seketika).

Alhamdulillah setelah lama berbulan madu dengan ramadhan dan syawal,kini pesawat krj serta pramugari dan pramugaranya sudah bersiap sedia untuk meneruskan penerbangan yang sudah lama tertunda bagi melebarkan sayap dakwahnya.Pada 24 - 25/10/2009 yang lepas 2 buah pesawat telah berlepas di airport cheras perdana dan kem herba.


KEM HERBA

KMKY - Abg Bai
Inteam - Abg Bai
MAM1 - Pak Andak
MAM2 - Semua pengendali dan Fasilitator
Hijrah - Abg Chef Wan
MKMS - Ummi Ida
Pertemuan - Abg Bai
PeLaptop - Abg Ammar & Kak Ngah
PemVideo - Pak Kay

No pesawat:KRJ 241009
Pramugari:Kak Nurull,Kak Ika,Kak Aina,Kak Atul,Kak Ngah
Pramugara:Abg Syafiq,Abg Muiz,Abg Hazhari,Abg Idzuan,Abg Chef Wan

Penumpang:Adik2 kasih dan sayang TING 5 SEKOLAH MENENGAH AGAMA KEBANGSAAN KUALA LUMPUR (SMAKL)

Pada pagi 24/10/2009 itu,kelihatan adik2 kasih dan sayang sedang berusaha mendaki bukit untuk menuju ke dewan yang akan berlepasnya pesawat KRJ 241009.Adik-adik disambut mesra oleh para pramugara dan pramugari.
Setelah adik-adik kasih dan sayang memenuhi isi perut pesawat.Maka dengan itu,Abg bai memulakan aksinya secara solo.Pesawat KRJ pun memulakan penerbangannya.Komitmen yang diberi oleh adik-adik sangat tinggi dan secara sengaja memudahkan Abg Bai untuk meneruskan penerbangan. Kelincahan adik-adik kasih dan sayang ini dapat dilihat dan dirasai oleh para fasilitator dari army yell mereka yang sangat-sangat menakjubkan sehingga meretakkan dinding dewan itu.Besarrrrrr pnyeee!(gimik je lebih).

The Big........Bang!!


Army Yell adik sayang


Ayam A+!Pekokkkk!Besar pnyee!!


Penerbangan diteruskan lagi dengan slot inteam dan sekali lagi dibawa oleh Abg Bai.Adik-adik kasih dan sayang saling bermaaf-maafan di antara mereka atas kesalahan yang pernah mereka lakukan.Keberanian adik-adik juga terserlah apabila mereka berani tampilkan diri di hadapan untuk meminta maaf kepada sahabat-sahabat mereka secara terbuka.

Memandangkan kali ini kami berKBM di sungai Congkak,jadi petang itu adik-adik kasih dan sayang tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di sungai.Slot pada malam itu diteruskan,adik-adik telah dibawa jauh mengembara bukan di dalam hutan bersama Pak Andak di dalam slot MAM 1.Slot diteruskan lagi dengan slot MAM 2 yang melibatkan dan memerlukan tenaga kerja dari semua pengendali dan para fasilitator.Slot pada malam itu selesai kira-kira pukul 2 pagi.

Pada keesokan harinya,adik-adik telah dibawa berhijrah pula oleh Abg chef Wan dari dewan utama ke dewan makan.(hihi).Dan juga berhijrah dengan erti kata lain,berhijrah dari perangai buruk ke baik dan baik ke lagi baik serta biasa ke luar biasa!


Kira-kira jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.Adik-adik dibawa bertemu dengan ibubapa mereka.Program selesai pada pukul 2 petang.Harapan kami dari kelab remaja jim semoga adik-adik kasih dan sayang berjaya dalam SPM yang akan muncul lebih kurang dalam 18 hari lagi.Jazakumullah khairan khatira buat semua yang membantu sama ada secara siaran langsung ataupun rakaman(mengarut jap).Terima kasih jua buat cikgu-cikgu,juga buat abi yang sempoi!Bak kata abi "Awak tau ape makna ABG BAI?Abg Bai can"BUY" u all,boleh beli awak punya airmata".Syukran jazilan.Jasa kalian kami hargai.MOga terus.......


MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!



Tgk Pak Kay & Kak Ika!Org lain da buat aksi lain..tapi kami maintain aksi yg sama!haha.xperasan la!


Ika : Terjumpa adik yang pernah ika chat ngn dia..walaupun xkenal.tiba2 die tegur..wahh glamor!hihi.Allah mmg nk pertemukan kite la dik (^_^)

Saturday, October 10, 2009

Photographer + Engineer = PhotoGineer.

Hanya gambar sahaja mengenai minatku Nikon D200 dan D300!Ouh Yeah!





Raya tahun ni pun asyik Ika je usung camera tu ke sana sini,Aik abah macam dah pencen saje!Kat Ofis kena wat keje,raya2 nie Ika pulak amek alih tugas Abah?Al maklumlah dulu muka abah susah nak jumpa kat gambar.Sekarang Ika pulak.Huwaaaa.

Sahabat,Kawan Dan Teman..

Assalamualaikum buat saudara seaqidahku.Lama juga rumah ini ku tinggalkan bersawang,berhabuk sampai cikgu disiplin datang untuk sesi "cek-mengecek".Sejak dah bergelar pelajar ni sibuklah dengan tugasan,ujian,dan kuiz.Kehidupan seharian yang sangat-sangat letih sampai diserang demam panas!Erk!Ade ke Demam Sejuk?haha.Demam panas,agak teruk sehingga membuatkan diri ini tidak berupaya mengangkat kaki menuju ke kelas.Jadi,satu hari lah tidak menghadirkan diri ke kelas.(Mukadimmah jer nie).

Dan masa ini juga Allah boleh tunjuk mana satu sahabat,kawan atau teman.Siapa yang jaga makan minum?Siapa yang rajin ambil ubat-ubat semua?Siapa yang ziarah masa kita sakit?Siapa yang tolong kejutkan & mengingatkan untuk menunaikan solat ketika kita tertidur akibat sakit?Siapa yang tolong papahkan kita menuju ke tempat mengambil wudhu' ?Kadang-kadang sebelum ini,kawan yang sangat sayangkan kita tak pernah tunjuk yang dia sayang kita sangat.Tapi kita boleh lihat dari tingkah lakunya terhadap kita ketika kita susah.Manusia kadang-kadang tak sedar yang ada orang ambil berat tentang dia.Kawan yang selama ini bersama mana pergi?Eh hilang tiba-tiba.Mana pergi rasa simpati?Adakah kawan itu setiasa bersama ketika kita senang?Dan bukan ketika susah?Jika begitu yang anda fikirkan,anda salah!

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa bersama kita disaat senang atau susah,disaat suka atau duka.Jika kita murung dia lah yang berusaha menceriakan hidup kita.Dia mampu menjadi pendengar yang baik untuk masalah kita.Semua orang pernah bergelar pelajar,bila digelar pelajar,kadang-kadang rasa tension itu sering menyerang disaat kerja-kerja yang diberikan sukar untuk diselesaikan.Ketika kita tension ada sahabat yang menasihati kita supaya ingat Allah selalu,kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Sahabat yang baik akan sentiasa ingat-mengingat,nasihat-menasihati.Manusia tidak pernah lepas dalam melakukan kesilapan kerana itu Allah kurniakan kita sahabat untuk saling mengingati.Jika orang ini buat salah kita ingatkan dia dengan azab Allah di akhirat begitu jua sebaliknya jika kita yang melakukan kesilapan kerana tiada manusia yang sempurna walaupun manusia adalah sebaik-baik kejadian. (^_^).Syukran Jazilan buat teman yang sentiasa bersamaku disaat suka @ duka,sihat @ sakit,senang @ susah.Ya Allah rapatkan lagi ukhuwah antara kami.

Siapakah sahabatku yang aku maksudkan ini?Biarlah namanya ku simpan jauh disudut hati kecil ini. <3

Di antara mereka adanya dia

"Sayangilah sahabatmu,kerana tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"