Sunday, September 11, 2016

Aida + Arif | Wedding Ceremony

10 September 2016

Seri Kembangan


+++++++++++++++++++++++++++++++++


Majlis dah dekat? Photographer belum tempah?


Whatsapp kami sekarang,


019-4453980


019-4453980



019-4453980


> Professional photographer

> Muslimin/muslimah photographer


> Cheerful photographer


> Berusaha tidak menampakkan aurat anda


> Tak reti posing, kami ajar



Smile. Shoot. Simple





Cari kami di fanpage Dc Photography



























Friday, August 12, 2016

Resepi Egg Rolis

Bismillah,

Alhamdulillah wa syukurillah diberi keizinan masa dari pada Allah untuk mencoretkan sesuatu disini. Tempoh hari Dc rasa nak makan sesuatu, tapi tak tahu apa. Masuk dapur tengok bahan bahan ada. Alhamdulillah,

Dc pun mulalah beraksi, main campak campak sahaja sebenarnya. Di bawah Dc kongsikan resepinya, tak tahulah bagi yang lain macamana, tapi bagi Dc ini dah cukup mengenyangkan. 



Bahan-bahan A : 

Bawang putih & bawang merah untuk tumis
Sedikit isi ayam dipotong dadu
1 sudu sos bbq
1 sudu teh lada hitam
2 sudu sos pizza
Garam secukup rasa



Bahan-bahan B : 

1 biji telur gred A
1 sudu mayonis
1 sudu teh susu segar
Mozzarella cheese


Resepi bahan A :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah, (Dc tumis guna planta)
2. Masukkan garam, (agak-agak)
3. Masukkan ayam yang dipotong dadu tadi, kacau sehingga masak.
4. Masukkan sos bbq, lada hitam, sos pizza, lada hitam dan kacau sebati.
5. Alihkan ayam yang telah masak tadi.

Resepi bahan B :

1. Campurkan telur, mayonis, dan susu segar, kacau sehingga berbuih.
2. Masak di dalam kuali leper, tabur mozarella cheese
3. Angkat dan letakkan di dulang untuk diletak bahan A didalamnya.



Siap untuk dijamu! Bismillah 





Thursday, August 11, 2016

Biar miskin harta, jangan sesekali miskin akhlak.

Biar miskin harta, jangan sesekali miskin akhlak.


Benarlah orang kata, faham agama tak semestinya menjaga agama. Bukan tiada yang menjaga agama-Nya, namun tak dinafikan masih ramai yang menjaga. Alhamdulillah.


Tak kisah agama apa sekali pun, kita di ajar untuk berakhlak mulia sesama kita.
Orang yang menasihati kita dikhalayak ramai, sebenarnya sedang menghina kita. Orang yang menasihati kita secara diam-diam, dia benar benar ikhlas menasihati kita.


Patutlah sering berputar nasihat oleh dj di kebanyakan siaran radio mengenai akhlak di laman sosial. Fikir sebelum komen. Jika tak mampu menggembirakan orang, jangan pula buat orang bersedih.
Mudah kan? Islam tu kan rahmat buat seluruh alam.


Sekadar gambar hiasan

Saturday, March 26, 2016

Perkahwinan Bukan Sekadar Melepaskan Nafsu

Perkahwinan bukan sekadar melepaskan nafsu.


"Ingat bila dia dah jadi isteri kita, bukan bermakna dia orang gaji kita. Dia perlu layan kita, masak untuk kita, kemas rumah untuk kita, jemur baju pagi-pagi, lipat baju siang hari, buka baju pula waktu malam, eh? katanya sambil berseloroh.


"Bila isteri tak masak, kamu balik kerja penat. Kamu boleh marah ke isteri? Sebab dia tak masak? Tak boleh, jangan buat macamtu, fahami isteri, dia pun baru balik kerja, sesekali pergi makan kat luar. Jaga hati isteri baik-baik. Perempuan merajuk sikit-sikit tu biasalah. Bukan dia minta kita belikan BMW kasi kat dia baru dia hilang rajuk. Cukup beri kasih-sayang, kalau bagi cekelat pun cair dah dia, boleh macamtu?".


"Jadi isteri jangan asyik nak merajuk 24 jam, rajuk kita biar rajuk yang menambah kasih sayang, jangan rajuk buat orang menyampah."
"Dah kenal ke bakal isteri ni? Dah kan? Haa dulu tak kahwin tak bolehlah nak keluar-keluar, pegang tangan apa. Haa lepas ni ikut dan hang la nak pegang mana pun. Tidak ada aurat dah suami dan isteri ni".


"Ingat yang mana duk berkawan apa orang panggil tu, couple. haaa couple, ingat awak pegang tangan dapat dosa, peluk dosa, cium dosa, segala-galanya dosa! Tapi bayangkan awak kahwin ni, semua perkara yang membawa kepada dosa tadi tu menjadi pahala. Awak cium pahala, awak peluk pahala, awak pegang tangan pahala dan sekian sekianlah, nak tak pahala? Mesti nak kan...", sambungnya lagi.


Kahwin ni bukan untuk sehari dua sahaja, dia melibatkan hidup kita. Jadi buatlah yang terbaik. Isteri taat suami, syurga menanti. Suami bila dah ada isteri ni jangan lupa tanggungjawab kat ibu ayah pulak!
Jangan kahwin sebab nafsu syahwat sahaja, kalau dulu kita seorang kita buat dakwah, sepatutnya bila kita berdua dakwah kita lebih kencang dan laju! Ingat dakwah ini semua orang punya tanggungjawab.



Moga ianya bermanfaat sedikit sebanyak. 
Semoga berbahagia buat semua pasangan pengantin Dc ucapkan.



Gambar sekadar gambar hiasan. Cerita diatas ini adalah rekaan semata-mata. Moga sama sama mengambil ibrah.

Friday, March 25, 2016

Pengantin Viral Suap Mak - DcPhotography IkaDekchik

Alhamdulillah wa syukurillah. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah saw. Moga hati-hati kita adalah hati yang dirindui Allah swt. 

Kali ini entry biasa sahaja, cuma mahu berkongsi kepada pembaca SKSH. Seperti semua yang sedia maklum Dc seorang wedding photographer. Dan alhamdulillah baru baru ini post Dc mendapat sambutan dan menjadi viral di laman facebook. 

Page yang berkaitan Remaja, Khalifah Media Network, MyNewsHub, Pesona Pengantin. 

Sudi-sudilah singgah Dc di facebook. 




Alhamdulillah, tiadalah daya dan kuasa Dc atas apa yang berlaku di muka bumi ini melainkan dengan bantuan dari Allah. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat redha Allah dan dapat syurga tertinggi kelak. InshaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan pakej. Bolehlah hubungi Dc melalui whatsapp di talian 

019-4453980
019-4453980
019-4453980

Umat islam harus cemerlang! Moga kita terus cemerlang kerana Allah. Aameen. 


Wednesday, March 23, 2016

Barisan Yang Teratur Seumpama Bangunan Yang Kukuh

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seumpama bangunan yang kukuh.”  ( As-Saff : 4 )


Mengapakah Allah mencintai barisan yang tersusun rapi seumpama bangunan yang kukuh?
Bangunan yang kukuh sahaja dapat menampung segala isi di dalamnya tanpa mengalami retak atau runtuh. Isi di dalam bangunan sama ada manusia, perabot, peralatan dan lain-lain kadangkala berubah. Tanpa kekukuhan yang sewajarnya, sesebuah bangunan tidak akan dapat memikul beban yang berubah ini.


Begitu juga dengan dakwah, bukan sahaja struktur perlu dirangka dengan sebaik-baiknya, malah struktur itu perlu diisi dengan angota yang mampu menangani peranan yang ditentukan. Hanya dengan struktur yang sesuai dan anggota yang berkemampuan sahaja sesebuah organisasi dapat memenuhi fungsinya. InshaAllah.


Akhawatku, sulbahku, demi Allah! Aku sayang pada kalian. Sayang ini bukan biasa-biasa, sayang ini sampai syurga atas sekali inshaAllah!


Jazakunallah.

Cari dimana Dc? 



Thursday, March 17, 2016

Mengapa Mesti Aku?

Bismillahirahmaniraheem. 

Assalamualaikum buat pembaca SKSH, maafkan atas kelewatan entry kali ini. Lantaran kehidupan yang semakin sibuk sebagai seorang pelajar, usahawan, anak, naqibah, umat Rasulullah saw dan tentunya hamba Allah swt. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw. Moga kami ini tergolong  dalam kalangan yang engkau kenal di akhirat kelak.

Mengapa mesti aku? Tajuk entry kali ini pasti membuat para pembaca tertanya-tanya apakah isinya. InshaAllah ianya sekadar entry biasa, namun harapnya sampai ke hati para pembaca, InshaAllah. Tiadalah maksud lain melainkan kerana-Nya.

Kadang-kadang kita sering menolak dan berkata "aku tak layak". Contoh yang dapat diberi, seandainya organisasi kita diminta untuk melantik seorang ketua. Ketika di bangku sekolah lagi, kita sudah dibiasakan dengan sistem pencalonan, demokratik. Acapkali berlaku, apabila kita dilantik kita katakan yang kita tidak layak, sila jangan undi kita dan sebagainya. Bukankah sepatutnya kita merebut peluang beramal itu? 

Sama juga konsepnya dengan da'ei dan naqib dan naqibah.

Ya! Naqib dan Naqibah. 

Apa yang perlu kita lakukan selepas kita dimaklumkan bakal menjadi naqid atau naqibah?


1.Ucaplah astgafirullah berulang kali.
-Ya, hati ini Allah mampu bolak-balikkan, Jadi ucaplah berbanyak kali. Memohon ampun padan-Nya, bimbang riak menyelubungi hati kita. Tiada siapa yang dapat bantu melainkan diri kita sendiri.

2.Positif dengan Allah.
-Mengapa aku dipilih? Ya mesti bersebab. Dan tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Positif disini adalah berbaik sangka dengan Allah.

3.Betulkan niat.
-Atur langkah dalam hati untuk membetulkan dan menetapkan niat semata-mata kerana Allah. Bukan kerana nama, bukan kerana mahu popular, bukan kerana mahu nama disebut-sebut oleh orang sekeliling.

4.Persiapan diri.
-Ibda' binafsik - "Mulailah perbaikan itu dari diri kamu sendiri".Ya fitrah hati kita semuanya mahukan kebaikan. Jika mampu, kita semua tidak mahu ada perogol, pencuri, perompak, peragut dalam dunia ini. Ya semuanya bermula dengan diri kita sendiri, kemudian barulah kita mengajak orang lain sekali menjadi baik. Soleh wa musleh. Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain.

5.Ilmu
-Ambil tahu mengenai ilmu apa yang kita tahu, apa yang kita tidak tahu. Ilmu merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian seorang muslim, seperti mana Imam As Syafie berpesan kepada kita, 

"Jika kamu hendakkan dunia, maka hendaklah kamu mempunyai ilmu,
Jika kamu hendakkan akhirat maka hendaklah kamu mempunyai ilmu,
Jika kamu hendakkan kedua-duanya dunia dan akhirat maka hendaklah kamu mempunyai ilmu."

Pesanan diatas cukup membuktikan bahawa agama islam sangat mementingkan ilmu kepada penganutnya. Islam itu menyeluruh, bukan separuh separuh.

Moga bermanfaat!