Wednesday, September 16, 2009

:.Ramadhan Berakhir Syawal Menjelang.:

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt ya akhi wa ukhti yang dikasihi Allah sekalian.Tentu ramai yang sedang sibuk dengan persiapan hari raya kan?Kuih raya dah buat?Langsir dah tukar?Bila difikirkan kembali,semua barang kita nak tukar setiap kali syawal bertandangkan?Kalaulah itu ditukar kepada "tukar perangai" mesti lebih baik kan?Setiap tahun ada sahaja perangai kita yang bertukar dari buruk ke baik.wahh bestnye! [hehe]

Seperti biasa,Ika setiap tahun menerima tempahan biskut raya.Jadi,kenalah siapkan tempahan orang secepat mungkin.Tapi agak kelam kabut juga kadang-kadang.Tahun hadapan,siapa yang tak tahu Ika ambil tempahan tu bolehlah tempah yer.Tapi pastikan tempah awal [promot pulak]
Dibawah Ika sertakan gambar jenis2 biskut yang mama Ika jual.Ika sekadar membantu je (^_^) !

Pasal Shopping
Setiap kali raya,shopping complex mana yang tidak penuh?Jalanraya mana yang tidak jem?Susah bukan nak jumpa?Lagi best kalau kita tukar kepada Shopping Ibadah Di MASJID!!
Wahh seronoknya kalau semua umat islam shopping ibadah kat masjid !Mesti meriah Ramadhan.Adakah kita tahu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan?MasyaAllah fikirkanlah wahai umat islamku.
Alhamdulillah,dapat jua ika tarikan pena ini.Dan Ika harap sedikit coretan ini mampu membuka pintu hati-hati kita untuk beribadat kepada Allah.Rebutlah peluang ini.Fikirkan dan renungkanlah untuk apa kita diciptakan kalau bukan untuk beribadat kepada pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Satu!


"Ramadhan,hadirmu dinanti-nantikan dan pastinya pergimu ditangisi"