Tuesday, April 30, 2013

Kau Berkawan Denganku Kerna Apa?


Di suatu petang,di dalam surau,dua orang sahabat sedang tadabbur Al-Quran.Tiba-tiba si A bertanya pada sahabatnya,

Si A : Erm aku tengok kau dah berubah kan sekarang?Apa kena dengan kau sebenarnya ha?!

Si B : Eh,aku biasa ja.Sama macam dulu ja.Kenapa kau kata aku berubah pula?

Si A : Yela,dulu kau selalu bagi aku ketawa,kau selalu buat lawak,kau selalu nasihat aku,kau selalu blablablablabla.Kau itu dan ini. ~~~~~ (2 jam)

Si B : Dah habis dah kau cakap?Hmm,kau ingat tak pesan aku kat kau?

Si A : Apa dia?

Si B : Jangan pernah berkawan dengan aku atas dasar kerana aku yang selalu buat kau ketawa,aku yang selalu nasihat kau,aku yang selalu belanja kau makan.Tapi berkawan aku kerana Allah.Sebab bila kau berkawan dengan aku,kerana aku yang selalu menceriakan kau,kau pasti akan kecewa bila satu saat aku jadi pendiam,bila kau berkawan dengan aku kerana aku selalu bagi nasihat kat kau,kau pasti kata aku dah berubah bila aku tak nasihat kau.

Si A : Kau nak salahkan aku?

Si B : Aku tak salahkan kau,aku cuma ingatkan kau.Aku tak pernah berubah.Engkau kena terima qada dan qadar.Aku takut bila kau berkawan dengan aku bukan kerana Allah,bimbang nanti kau tak boleh terima qada' dan qadar.Ukhuwah kerana Allah itu berbeza kawan.

Si A : Ok inshaAllah.Aku sayangkan kau kerana Allah!

*"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari).



IkaDekchik,
Cheras

Monday, April 29, 2013

Pendakian Bukit Broga !


Ika : Eh baguskan mereka ni,daki bukit broga nak lihat terbitnya matahari yang Allah ciptakan.

Dekchik : Erm bagus tu memang bagus,Alhamdulillah.Tapi ika,aku cuma sedih.

Ika : Eh kenapa perlu bersedih ?

Dekchik : Mereka mendaki bukit broga semata-mata hendak melihat matahari terbit tetapi mereka lupa untuk bersyukur (solat subuh).

Ika : Eh,aah la!Baru aku terfikir,orang sekeliling kita ni tak solat subuh ka? Haishh

Dekchik : Erm tapi takpa,apa kata kita baik sangka,yang perempuan mungkin uzur,yang lelaki......Hmmmm mungkin musafir,eh,tapi solat subuh mana boleh jamakkan?Haha.

Ika : Alhamdulillah kita dah tunaikan solat subuh.Jom mathurat atas bukit ni! hehe.


*Sebenarnya saja guna nama sendiri,sebab tak mahu ada yang terguris hati.Tapi dalam cerita ni,Ika dan Dekchik adalah orang yang berbeza tau!Jom jadi hamba yang bersyukur!

Gambar dibawah adalah gambar Dc di atas bukit broga.Alhamdulillah Allah beri ruang pada Dc melihat ciptaanNya.Terima kasih Allah.



Wednesday, April 10, 2013

Mari Mengundi Rakyat

Bismillahirahmaniraheem.

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat dan limpahan kurniaan dariNya.Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang cerdik dalam menggunakan nikmat-nikmat Allah.Allahumma aameen.

Tarikh mengundi telah ditetapkan,seperti yang kita sedia maklum tarikh 5 Mei 2013 menjadi pilihan.Maka buatlah pilihan yang tepat!Istikharahlah moga Allah tunjuk mana yang baik buat kita semua.Jangan hanya memilih menilai dari luaran sahaja.Allah kan lebih bijak?Kenapa tak tanya Dia?Jagalah adab dan akhlak kita semasa berkempen dan semasa hari pembuangan undi.

                          

Jangan hanya buat bodoh!Yang langsung tak ambil tahu akan negara sendiri.Satu undian mampu mengubah segalanya.Pilihlah yang haq bukan yang batil.Ini kewajipan kita.So thinking carefully.


Mari mengundi Malaysia!

PRU13 - Anak Muda Bangkit !


Monday, April 8, 2013

Euuwww Tolonglah

Bismillahirahmaniraheem.

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Moga rakan-rakan semua sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah.Insha-Allah.

Penulisan kali ini,Dc lebih mahu straight to the point.Sebab kalau panjang-panjang pun,kadang-kadang bukan semua yang membaca sehingga habis.Takut cuma membaca yang separuh dan separuhnya lagi tertinggal.Banyak sangat kulitnya sehingga mereka malas hendak membuka isinya.Peribahasa apa ini?Ok,peribahasa sengal dari Dc. (huhu)

Sebenarnya ini dah berulang kali orang lain dan Dc menegur.Sebelum-sebelum ini ada juga yang membuat entry berkenaan ini.PMI sahabat Dc,ini linknya Relationship.Dia juga banyak kali menekankan hal-hal ini.Tetapi entahlah,mungkin kerana dah lali.Mereka terus hanyut walau ditegur.Nauzubillahminzalik.

Ianya berkenaan status relationship dilaman sosial yang tidak lain tidak bukan lagi iaitu Facebook.Seperti yang kita sedia maklum,bukan orang islam yang menghasilkan laman sosial itu.Jadi,sudah tentu ada yang mereka buatkan untuk memesongkan aqidah kita ummat islam.

Yang lebih menyedihkan lagi,orang-orang yang buat status relationship ini adalah mereka yang memahami islam secara keseluruhannya?Hmmm.Relationship dengan sahabat baik,dengan akak angkat,dengan adik angkat.Aduhai.Cuba kita renungkan kisah ini yang diambil juga dari sahabat Dc yang menggelar dirinya PMI.


Seorang lelaki dari US kerja diMalaysia.
dia mempunyai FB(facebook.com).
Semenjak bekerja di sini, dia mula meng'add' kawan2nya diMalaysia.
Dalam dalam beberapa tempoh yang tidak begitu lama.
Dia sangat terkejut.
Dimana satu hal yang sungguh menakjubkan bagi dirinya terlihat disebalik FB sahabat dia diMalaysia.
Ianya adalah perihal 'status relationship'.

Sungguh dia tidak menyangka ramai dimalaysia ini adalah 'Gay' dan 'Lesbian'. Jika dinegaranya dahulu golongan ini baru bertapak dalam usia 5-6 tahun baru berani bersuara. Tetapi diMalaysia golongan ini terlalu terbuka. Apa sebabnya?

Lelaki US ini berkata,
' aku lihat ramai orang Malaysia relationshipnya adalah sama jantina dengan mereka.. dan mereka berbangga dengannya, dan mereka orang islam' - google translate~

Maka memang benarlah apa yang dikatakan lelaki US itu, ramai diantara kita tidak sedar, meletakkan status relationship kita dengan kawan2 sejantina tidak kira dia lelaki mahupun wanita walaupun sekadar bermain-main ataupun mahu menunjukkan hubungan yang 'erat' diantara mereka adalah cukup menunjukkn diri kita adalah GAY dan LESBIAN.



Berfikirlah secara waras.Allah memberi akal fikiran untuk kita berfikir membezakan mana baik dan mana yang buruk.Yang mana boleh mendatangkan fitnah kepada kita.Yang mana yang boleh mendatangkan kebaikan dan pahala kepada kita.Dc dah lama perhatikan cuma baru hari ini terpanggil untuk menulis.Mungkin kita ingat biasa-biasa.Atau mungkin ada yang kata "Tolonglah Dc,jangan sempitkan akal fikiran kau". Terpulang.Dc sudah menegur.Tetapi satu hal yang Dc hendak ingatkan,ingat syaitan dia tak hasut lelaki dan perempuan sahaja.Dia akan hasut supaya ikut jalan dia.Tidak kiralah apa pun caranya! :-)

Ingat,di dalam dunia ini,apa yang kita buat semuanya kita mahu Allah redha!Moga Allah suka.Allahumma aameen.

Jom renungkan dan berfikir!Tak buat status dengan sahabat baik bukan bermakna tak kawan.Kan doa itu lebih mustajab?Bukan status itu.Kammonn lah

Ika Dekchik
Selangor - Cheras

Sunday, April 7, 2013

Sukarnya Bersangka Baik Mudahnya Bersangka Buruk

Ku mulakan bicara sepi ini dengan lafaz Bismillahirahmaniraheem.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat pengunjung SKSH.Semoga senantiasa dibawah lembayung rahmat dariNya.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerna masih memberi ruang untuk jari ini menari ke atas papan kekunci komputer milik Dc sendiri.Alhamdulillah.Selawat dan salam jua kepada kekasih Allah yakni Rasulullah saw pedoman buat semua manusia.

Apa yang dimaksudkan dengan bersangka baik?Definisi berbaik sangka kepada orang lain,ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam,kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.

Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Manakala maksud berburuk sangka?Orang yang berburuk sangka seperti memfitnah orang,kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh,ini dikuatiri terjadinya fitnah,kerana Islam sangat melarang ummatnya memfitnah orang lain.Seperti didalam firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Sudah terang lagi bersuluh,apa lagi yang hendak kita dolak-dalihkan?Ya,Dc akui perbuatan bersangka baik adalah amat sukar dilakukan oleh tiap-tiap hati manusia.Tapi bukankah kita lebih baik berusaha untuk bersangka baik?Daripada terus membiarkan hati penuh dengan kotoron disebabkan berburuk sangka.Nauzubillahminzalik(Kami berlindung kepada Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).

Baik sangka dan buruk sangka ini juga bukan dengan kita sesama manusia juga.Ia juga dengan Allah swt!Selalu Dc melihat dan mendengar,pabila seseorang ditimpa ujian,terkadang dia berburuk sangka dengan Tuhannya.Sedangkan dia tidak tahu ada hikmah yang Allah sembunyikan.Janganlah ditanya apa hikmahnya.Berbaik sangka dan senyumlah.Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.Tak mahukah kalian Allah bersama kalian?Masha-Allah.

Jom berbaik sangka! 



Ika Dekchik,
Selangor - Cheras
 

Friday, April 5, 2013

Aku dah tak sanggup!



Maka Allah menjawab :

Qs. Yusuf : 12


“dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Bersabar duhai hati-hati yang tidak sanggup menghadapinya ! :-)