Friday, May 29, 2009

Assalamualaikum wbt


Ku mulakan bicara ini dengan menyebut namaMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Alhamdulillah terima kasih atas nikmat akal fikiran ini,kerna pastinya blog ini tidak wujud tanpa nikmat ini.Baru-baru ini,Ika ada menonton sebuah filem yang ditayangkan di saluran HBO tetapi tidak pasti apakah tajuk filem tersebut.(lupakot!).Walaupun hanya menonton ketika filem itu sudah ditayangkan separuh jalan,namun Alhamdulillah masih boleh menggunakan nikmat akal fikiran untuk memahami jalan ceritanya.
Ceritanya berunsur peperangan,ketika menonton filem itu,bermain di anak mata keperitan umat islam di Palestine.Filen ini juga melibatkan peperangan antara umat islam dan orang yahudi.Malangnya,filem yang dipertontonkan tidak seperti realiti.Orang yahudi dianggap baik dan umat islam sebaliknya.Padahal sudah terangkan orang yahudi menindas umat islam di Palestine.Disini,kita dapat lihat betapa hebatnya idea jahat dan busuk orang yahudi mahu mempengaruhi fikiran umat islam di seluruh pelusuk dunia.filem itu juga,umat islam berbekalkan senjata yang canggih-canggih belaka,tetapi pada hakikatnya?!Umat islam di Palestine hanya berperang dengan cara membaling batu sedangkan berhadapan dengan orang yahudi yang menentang menggunakan peralatan senjata yang hebat dan canggih seperti kereta kebal,bom,nuklear,senapang dan lain-lain.Filem itu juga menonjolkan sikap orang yahudi yang baik lagi penyanyang kerana mereka tidak membunuh kanak-kanak dan wanita malah memberi gula-gula supaya kanak-kanak yang menangis akibat ketakutan dengan bunyi-bunyi bom tadi diam.Tetapi,boleh kita lihat semua itu berlaku di PALESTINE?!Tidak sama sekali!
Sebenarnya,bukan satu filem je yang Ika tonton macam ni.Tetapi hampir semua filem yang melibatkan orang Islam dan Yahudi pasti orang Islam yang jahat.Tetapi,jangan pernah sesekali terperangkap dengan tipu daya Yahudi!Menonton sambil berfikir dan bukan hanya sekadar hiburan.Setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikannya.Kita harus bersatu demi kebangkitan ISLAM!

Adakah kita akan terus melihat sebegini?!

Sunday, May 24, 2009

Kehidupan Dunia Adalah Singkat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt ya akhi wa ukhti.Pertama sekali setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk meluangkan sedikit masa dihadapan kaca monitor ini.Masih memberi ruang untuk ku bernafas di bumi indah ini walaupun ku sering diserang batuk dan lelah.Kadang-kadang hanya terlantar di atas katil kerana sakit yang amat.Dan aku sedar semakin hari semakin berkurang umurku.Ya Allah jika telah tiba saatku menghadapMu,Kau matikanlah aku dalam nikmat iman dan islam dalam diri.
Sahabatku,begitu ramai manusia mencintai dunia.Sekiranya dibenarkan,mereka tidak mahu mati.Mereka jauh daripada agama,apatah lagi memikirkan soal mati dan akhirat.Sedangkan kehidupan dunia yang mereka begitu dambakan itu hanya singkat tempohnya dan sementara keindahannya.Panjang mana pun umur manusia tetap bakal bertemu ajal.Setiap manusia dibataskan hayatnya oleh Allah.Allah ciptakan dalam setiap sel tubuh manusia satu "penggera masa" yang sudah ditetapkan waktunya.Sebaik sahaja tiba masanya seluruh aktiviti biologi terhenti serta-merta.Di sampin itu,kehidupan dunia ini sesungguhnya tidaklah seindah yang dibayangkan.
Kehidupan di dunia ini begitu singkat.Dengan bertafakur,orang dapat memahami betapa singkat dan sementara kehidupan di dunia ini.Misalnya,semasa muda seseorang tidak dapat membayangkan dia bakal berumur 30 tahun,tetapi tiba-tiba kini dia sudah berumur 40 tahun.Dengan kata lain,betapa bodohnya apabila manusia mengabaikan kehidupannya yang hakiki dan abadi di akhirat hanya demi mengejar kehidupan dunia yang singkat dan sementara ini.Allah mengingatkan kita mengenai singkatnya kehidupan ini dalam banyak tempat di dalam Al Quran.Tetapi pernah kita ambil tahu?
Kita tahu,kematian itu pasti menjemput kita dan datang setiap masa tanpa diundang.Sayangnya,ramai yang lupa sehingga menganggap dirinya hidup selamanya sedangkan hidup ini bertempoh.Dari hari ke hari,umur kita kian bertambah.Maknanya semakin berkuranglah hayat kita di dunia ini.Berapa lagi umur kita yang berbaki?Mudah-mudahan dengan zikrul maut iaitu mengingati mati,kita mampu mengisi setiap detik masa dan sisa umur kita dengan ibadah dan perbuatan yang bermanfaat dan ikhlas.
Zikrul maut adalah salah satu daripada usaha kita bagi menghidupkan hati.Dengan kata lain,orang yang jarang mengingati mati,keras hatinya dan lebih mesra dengan maksiat.Sayang,kita kadang-kadang alah dengan soal kematian.Kenapa?kerana kita berasa senang dengan kehidupan di dunia ini?Dimanakah bezanya hati yang hidup dan hati mati?Ibarat seekor ikan yang hidup di lautan tubuhnya dilumuri garam sekalipun.Berlainan pula dengan ikan yang mati,tubuhnya masin apabila dilumuri garam walaupun sudah tidak berada di dalam laut. Begitulah halnya dengan orang yang hatinya hidup.Walau maksiat berleluasa disekelilingnya,bahkan terkadang digoda ke arah itu,dia tidak leka dalam maksiat.Hatinya hidup.Namun,apabila sahaja hati sudah mati,sedikit sahaja godaan dengan mudah dia tenggelam dalam maksiat.
Segagah mana pun seseorang,dia tetap mati.Seorang jeneral,doktor,usahawan,jutawan,bahkan penggali kubur pun,apabila tiba saatnya,dia bakal mati.Dan kepada remaja,jangan kita ingat orang muda tidak mati sedangkan bayi yang baru lahir boleh mati apalagi kita remaja yang sibuk dengan aktiviti seharian ke sana sini.Berita kematian kenalan kita kerap juga tidak menyentuh hati kita.Mengapa sampai terjadi sebegitu rupa?Sedangkan Nabi Muhammad pernah berkata,"Bahawa orang yang paling cerdik itu bukannya yang paling cerdas akalnya,hebat gelarannya ataupun banyak ilmunya.Orang yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan dirinya untuk itu."
Luruskan niat kita dalam setiap langkah kaki.Ke mana pun kita melangkah,pasti niat kita benar.Jangan hanya untuk berlagak,angkuh,riak dan sombong.Katakanlah ini setiap langkah dan perbuatanmu "Ya Allah,andainya hari ini hari kepulanganku,maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan disisimu."
Hidup kita perlulah berkat.Semakin kerap kita mengingati mati semakin dirasakan dunia ini kurang bermakna.Kita perlu tetap kerja keras di dunia ini sebagai bekalan pulang ke alam kekal.Tidak perlu kita berasa takut berpisah dengan dunia ini kerana kematian hanya perpisahan sementara.Usahlah risau dengan kematian tetapi risaukanlah,"adakah cukup bekalan bagi menemuinya?".Oleh kerana itu,daripada kita ingat harta,kesusahan,musuh,dan pelbagai perkara lain,bukankah lebih baik kita mengingati Allah yang Maha Esa?Perbanyakkanlah zikir dan mudah-mudahan kita beroleh husnul khatimah.
Mati itu pasti!!

Wednesday, May 13, 2009

:. Di Bawah Naungan Cahaya Mu .:

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt



Sebelum Ika berkata-kata lebih panjang,setinggi-tinggi kesyukuran Ika panjatkan ke hadrat iLahi kerana dengan izinNya Ika dapat luangkan sedikit masa di kaca monitor ini.Masih memberi peluang untuk diri ini bernafas dibumi Allah swt.Terima Kasih Ya Allah.Di Bawah Naungan Cahaya Mu karya Desi Puspitasari memberi impak yang sangat besar dalam diri ini.
Watak Adelia
Adelia,seorang anak gadis belasan tahun yang masih menuntut di sekolah di sebuah desa.Adelia seorang yang sangat tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan keatas dirinya.Adelia juga seorang pelajar yang gigih beruasaha dan taat akan perintah Allah swt sedangkan ibu dan bapanya leka dibuai dengan hiburan duniawi.Bapa Adelia seorang "kaki botol" setelah kehilangan pekerjaan dan ibunya pula sering keluar malam serta meninggalkan perintah Allah.Ibu dan bapanya sering bertengkar apabila berada dirumah.Akibat dari itu,Ibunya berniat untuk bercerai dan meninggalkan Bapa dan Adelia.Tetapi,Adelia tetap tabah dan disaat Adelia dibelenggu kesedihan,Bulanlah yang sentiasa menemaninya.Bulan tempat Adelia meluahkan segala isi hatinya.
Untung juga,Adelia mempunyai sahabat yang mengambil berat terhadapnya iaitu Rini.Hubungan mereka sangat akrab.Adelia juga sering diburui oleh Fikri,pemuda yang mahu menjadi seseorang yang istimewa dihati Adelia.
Disaat ibu pergi meninggalkan bapa,bapa sedar akan kesalahannya selama ini.Bapa perlukan tunjuk ajar dari Adelia untuk menunaikan solat lima waktu.Bapa kini menjadi hamba yang taat akan perintah Allah.
Suatu hari,Adelia bertemu dengan Andi,teman lelaki ibunya.Andi memberitahu bahawa ibu sedang sakit dan dirawat di hospital.Adelia segera menziarahi ibunya.Ketika berada di kamar ibunya,dia melihat kemesraan antara Andi dan ibunya.Hatinya semakin sakit dan pedih!
Sekali lagi,Andi bertemu dengan Adelia.Andi menceritakan segala-galanya bahawa Ibu masih cinta dan sayangkan bapa dan Adelia.Setelah ibu sembuh,Ibu telah pulang ke rumah bersama Andi untuk bertemu bapa bagi menyelesaikan masalah mereka.Adelia mencuri-curi dengar perbualan mereka.Badan Adelia terasa lemah,kepalanya berat dan akhir-akhir ini dia sering diserang batuk.Adelia berlari menuju ke bumbung untuk bertemu bulan,hanya bulan yang faham akan isi hatinya.Langit seakan-akan memahami dan ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya seperti airmatanya yang mengalir deras.Apabila turun dari bumbung Adelia berlari ke kamar dan akhirnya Adelia tertidur dengan pakaiannya yang basah akibat keletihan.Keesokan harinya,Bapa dan Ibu mendapati bahawa satu-satunya anak mereka itu jatuh sakit.Bapa cuba mendapatkan pertolongan dan ketika itulah bapa bertemu dengan Bagus dan Bonda.

Watak Bagus
Bagus seorang pemuda yang masih menuntut di tahun akhir persekolahan di sebuah bandar.Bagus dibesarkan dalam keluarga yang bahagia berbanding dengan Adelia.Bagus juga merupakan putera tunggal pada Bonda dan Ayah.Pemuda yang bercita-cita ingin menjadi doktor ini sangat mentaati perintah Allah.Bagus tidak suka berdua-duaan bersama wanita kerana takut menimbulkan fitnah.Ratna seorang gadis yang mempunyai perasaan suka dan cinta terhadap Bagus.Ratna jua tidak seperti yang Bagus inginkan.Bagus mahukan gadis yang bertudung!Pelbagai cara yang diaturkan oleh Ratna untuk memikat hati si pemuda yang bernama Bagus.Namun,Bagus tetap dengan pendiriannya.Bagus hanya mahukan Bulan!Bulan yang sudah bertahun lama tidak Bagus temui.
Suatu hari,Bagus dan kedua orang tuanya pulang ke desa kerana Pak Lik sakit akibat kemalangan.Bagus gembira kerana dapat ke pulang ke desa untuk bertemu Bulan kerana itulah impiannya selama ini.Apabila tiba di desa Bagus dan Bonda telah terserempak dengan seorang lelaki tua yang sedang kebingungan dan keresahan.Bonda segera mendekati lelaki itu dan ternyata lelaki itu adalah jiran tetangganya dahulu.Pak Yono adalah bapa kepada Adelia.

Pertemuan Antara Bagus dan Adelia
Bagus mempelawa bapa untuk memberi pertolongan dengan menghantar Adelia ke hospital.Bapa segera bersetuju dan ketika tubuh longlai itu di atas dukungan Bapa,darah Bagus seakan-akan terhenti melihat wajah pucat Adelia.Akhirnya,Adelia ditahan di hospital.
Apabila Adelia tersedar,ibu dan bapanya sedang lena sambil menggenggam tangannya.Ibunya tersedar diikuti dengan bapanya dan mereka serta-merta meminta maaf kepada Adelia dan tidak akan mengulanginya lagi.Ibu dan bapa tidak jadi berpisah.Tiba-tiba Bagus,Bonda dan Ayah masuk ke kamar Adelia.Bagus memberitahu bahawa yang dia pernah mengenali antara satu sama lain kerana pernah belajar di dalam kelas yang sama ketika umur 11 tahun.
Setelah selesai segalanya,Bagus kembali ke kota dan ternyata Ratna,anak gadis yang menggilai dirinya sudah berubah.Ratna sudah memakai tudung dan menjadi seorang gadis yang bersopan-santun.Ratna mengucapkan terima kasih kepada Bagus yang selama ini sentiasa memberi kata-kata semangat terhadapnya.
Bagus dan Adelia sudah bertemu dengan bulan mereka!Bulan yang selama ini menjadi simbol antara cinta,kasih sayang,persahabatan dan keimanan.
(cerita tamat)



Taatlah dengan perintah Allah dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersembunyi.Sentiasalah sabar dalam menghadapi ujian Allah.Jadilah anak yang soleh (^_^)


Dikesempatan ini jua Ika mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Aminah atas pemberian buku ini.Tidak lupa juga buat Kak Nabila yang sanggup datang dari Gombak semata-mata untuk bertemu dengan Ika.Jasa kalian tidak akan Ika lupakan.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Kak Aminah dan Kak Nabila!Terima kasih kerana sudi menerima diri ini dan sudi menjadi akak kepada adik yang bernama Ika.Ika sayang Kak Aminah dan Kak Nabila!!

Tuesday, May 12, 2009

:. Selamat Ulang Tahun kBmkL! .:

Assalamualaikum wbt
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat iLahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya team kbmkl telah dapat berkumpul pada 10 Mei 2009 di An Nadi,Setiawangsa.10 Mei merupakan tarikh yang bersejarah bagi team kbmkl kerana pada tarikh tersebutlah kbmkl mula beroperasi sehingga kini.Pada malam 10 Mei 2009 atau lebih dikenali sebagai Malam Muhasabah kBmkL telah disambut dengan meriahnya oleh sebahagian fasilitator dan pengendali atau lebih mesra dengan panggilan BIG FAMILY OF KBMKL!
Sedikit ucapan dari Pak Long Abang Bai berucap

Sedikit tazkirah dari Pak Andak.
"Perjalanan kita masih jauh,penuh dengan onak duri untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah" Khusyuk mendengar...
Selesai berucap,kek Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa pun menjelma!Selamat Hari Lahir buat Pak Andak,Kak Yong,Kak Ngah dan Kak Nina.
Sempat lagi Abg Bai dan Kak Sodd berposing dengan kek

Jom Makan! (^_^)V


Selepas Makan Apa Yang Terjadi ???!

Inilah yang digelar insan pantang nampak camera!haha..

Saturday, May 9, 2009

:.Minggu Palestine.:



Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk Ika menjaga booth PACE Jamaah Islah Malaysia(JIM) sempena minggu palestine yang berlangsung selama 4 hari iaitu dari 5-8/Mei/2009(selasa - jummat) bertempat di Medan Mara.
Antara yang turut hadir bagi menjaga booth ialah Pak Zam,Pak Man,Pak Zai,Ummi Nik,Ummi Zai,Kak Isma,Kak Nina,Kak Mia,Bazilah,Kak Yatt,Abg Luqman,Abg Asrul,Abg Zamree,Abg Aiman dan Ika sendiri.Yela dari Ika duduk jer di rumah tak buat apa.Baik jaga booth.Ika kan minat meniaga.So,harus pratikkan.Hihi.
Dan selama 4 hari Ika disana pelbagai ilmu yang Ika peroleh.Dapat memahami isu palestine dengan lebih mendalam dari sebelum ini yang hanya memahami bahawa Israel kejam!Mahu menindaskan ummat islam.Dari tahun 1946 hingga kini ummat islam di Palestine tidak pernah hidup aman.Isu palestine ini sudah lama.Kanak-kanak disana tidak seperti kanak-kanak di sini yang hanya mampu menangis apabila ibu bapa tidak menuruti apa yang mereka mahu.Tetapi kanak-kanak disana?Sudah berjihad menegakkan islam.Sudah tidak ada perasaan gentar terhadap kekejaman Israel laknatullah!

Tiba-tiba teringat akan dialog dengan pejuang gaza di tv3,memang sangat menyentuh hati,bila disoal wartawan,Dia membalas (should be in arabic) "Tidak Tidak,saya tidak takut terhadap serangan Israel,cukuplah Allah yang menjadi pelindung" Subhanallah...Dalam umur semuda 10 tahun dia sudah meyakini keesaan dan kekuatan Allah,Dimana pula kedudukan kita?Fikirkanlah sejenak....




Perhatikan peta diatas,yang berwarna hijau dahulunya adalah milik ummat islam.Tetapi sekarang?Israel rampas dengan sesuka hati isytiharkan itu adalah milik mereka.Mana entah pergi perasaan malu mereka.Israel tak malu !!Israel Laknatullah !!Dah lah penakut !!Sasaran Israel ini pula adalah kanak-kanak dan wanita.Kenapa kanak-kanak dan wanita?Kerana mereka takut kanak-kanak itu membesar dan akan menjadi pemimpin yang akan melawan israel kembali.Dan kenapa pula wanita?Kerana mereka takut wanita akan melahirkan lagi ramai anak-anak.Busuk kan hati israel ni?Tidak berperikemanusiaan langsung!Kanak-kanak di Malaysia asyik leka dengan game counter strike.Hanya mengenali melalui game tetapi kanak-kanak di Palestine sudah mengenali counter strike yang sebenar !!!

Jadi apakah bantuan kita terhadap umat islam di Palestine?!!Adakah kita hanya mampu lihat dan menangis sahaja?!Sudah!Lupakan!Menangis tetapi tiada langsung sumbangkan wang,sedih tetapi tiada langsung doa yang kita kirimkan!!Sekarang bukan masa untuk menangis!Maafkan kami ummat islam di Palestine.Hanya ini yang kami mampu lakukan dan sentiasa mengirimkan doa agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan yang jitu!



Diatas Ika sediakan video untuk tontonan umum.keh3!Disebabkan gambar terlalu banyak jadi setelah bersusah payah memikirkan hal yang satu ini.Ika buat satu video khas untuk akak2,pakcik2,makcik2,abg2 yang berada di Medan Mara selama 4 hari.Berseronok dan bergembiralah!haha.Asif erk cam budak-budak lak jadi secara tiba-tiba.

Jazakumullah khairan katheera atas tenaga yang disumbangkan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.Semoga ianya dinilai disisi Allah diakhirat kelak.InsyaAllah ~

Friday, May 1, 2009

Ujian Itu Rahsia Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah @ ujian @ masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.Kadang-kadang kita tertanya-tanya,mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.Astagfirullah lemahnya dan rendahnya iman kita.Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.Pasti Allah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandanganmu matamu ke arah LAUT,airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.Begitu juga dengan kehidupan manusia,riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.Jika rasa kecewa,alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Dan suka Ika ingatkan,(mesej yg selalu kita dapat tapi kadang-kadang kita tidak pernah menghayati dan berfikir)
Janganlah kamu kecewa dengan masalah hari ini sehingga terlupa akan kebahagian esok hari,kerana esok Allah telah sediakan sebuah kebahagian untukmu sebagai hadiah ketabahan hari ini.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?berdoalah kepada Allah,Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.Jangan malu untuk merayu-rayu,meminta-minta,memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya,Allah tu Maha Mendengar.Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam,yang memegang hati-hati kita.Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!Usah tewas dengan hasutan syaitan,cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.Yakin dengan diri,pasakkan azam dan cita-cita.Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.Jika rasa tidak kuat,carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita.Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai satu lagi ujian akan datang,jadi bersedialah dalam menghadapi ujian seterusnya.Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang pada dia.

Lagi-lagi remaja seperti Ika,memang kita sekarang sering dibelenggu masalah.Ika akui Ika sendiri ada masalah tersendiri dan kadang-kadang Ika sendiri tidak kuat untuk menghadapinya.Tetapi bila Ika renung kembali,Inilah tugas yang Allah beri pada Ika dan Ika seharusnya menerima dengan redha.Dan syukur sekali lagi Ika panjatkan ke hadrat Ilahi kerana Ika dipertemukan dengan akak-akak yang tidak pernah jemu mendengar luahan isi hati Ika,yang sentiasa menjadi pendorong disaat diri ini jatuh dan jatuh.Semoga Allah membalas jasa kalian diakhirat kelak.Bila Ika berseorangan sering Ika putarkan lagu Setiap Kali yang didendangkan oleh Devotees dan setiap kali Ika mendengar airmata Ika deras mengalir.Tetapi selepas itu,Ika kembali senyum.Mungkin jika orang yang lihat,tidak memahami situasi sebenar akan anggap Ika seorang yang gila tetapi Ika tahu apa yang Ika buat.Ika redha.Aku redha atas ketentuanMu Ya Allah.Kurniakanlah kepadaku ketabahan Ya Allah.Aku tahu berat ujian yang Kau berikan kepadaku tetapi aku pasti aku mampu menghadapinya.Aku betul-betul RINDU ALLAH...........

Semoga sedikit coretan ini dapat membantu sesiapa sahaja yang membacanya sama ada Ika kenali ataupun tidak.Sesungguhnya kita semua adalah bersaudara.Kata-kata ini juga ditujukan kepada diri Ika sendiri.Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa redha dan sabar dalam menghadapi ujian Allah swt,dan diberikan ketabahan serta kesabaran yang jitu.InsyaAllah.

Semoga Bermanfaat!

Ika:Airmata deras mengalir ketika mengarang kata-kata ini sambil mendengar lagu dendangan Devotees iaitu Setiap Kali.