Saturday, February 8, 2014

Duhai hati yang diuji, bersabarlah

Kita manusia,
Yang dicipta oleh Maha Pencipta,
Tidak lain dan tidak bukan,
Tuhan yang diyakini Allah,

Mana mungkin Allah menciptakan kita sia-sia?

Terkadang kita pernah rasa sesuatu yang teramat 'down',
Sepanjang hidup kita,
Adakah kita pernah merasai satu beban yang terlalu berat sehingga dada kita terasa sesak kerananya?

Sehingga suatu ketika dulu,
Aku pernah menerima mesej dari seorang sahabat,
Dia pernah mengadu kepadaku,
"Akak, saya rasa dah macam tak nak hidup!",

Ternyata dia merasai semuanya,
Dan aku pasti dan yakin,
Setiap manusia pernah merasainya,

Sahabatku buah hatiku,
Dalam hidup ini,
Sepatutnya yang dinamakan 'ujian',
Sudah sebati dalam hidup kita,

Kita tak sepatutnya kekok mendengar perkataan musibah atau ujian,
Dan ujian juga adalah sesuatu yang pasti ada kerna Allah telah menjelaskan secara terang terangan didalam kalamNya,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?" [29:2]

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." [21:35]

Sahabat yang ku cintai keranaNya,
Sebagai manusia yang diciptaNya,
Siapapun kita, dari yang paling tinggi hinggalah yang paling rendah,
Pengarah filem, penulis buku islamik, doktor, jurutera, jurukamera, usahawan hatta
orang gaji mahupun pengutip tin sekalipun,
Pasti akan diujiNya,

Cumanya,
Mungkin si usahwan diuji dengan kekayaannya,
Si penulis diuji dengan hatinya yang disuntik dengan perasaan riak, (gedebush!)
Si pengutip tin diuji dengan kesihatannya,

Tetapi bagaimana sekalipun ujian itu berbeza,
Namun Allah tidak akan beri ujian pada hambaNya yang tidak mampu,
Jelas ditunjukkan didalam Al Quran,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [2:286]

Perlu diingat, sesusah manapun ujian kita, keadaan kita,
Ada yang lebih teruk keadaannya! Ia datang bersesuaian dengan kita,

Dugaan yang hebat hanya untuk orang yang hebat!

Ujian tanda kasih sayang Allah kepada kita,
Mungkin tidak sama dengan kita tunjukkan kasih sayang kita sesama manusia,
Jika kita bersabar dengan ujianNya, 

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali", [2:155-156]

Bersabarlah tika diuji,
Setiap manusia, Allah tetapkan punya darjat disisi Allah,
Allah akan terus menerus menguji selagi hambaNya belum sampai ke tahap yang ditetapkan,
Maka bergirang gumbiralah dengan dugaan yang diberikan!
Allah hendak menetapkan kedudukan yang tertinggi disisinya (wehooo)

Jangan pernah jemu bersabar,
Menangislah saat perlu menangis,
Tetapi diingatkan sekali lagi jangan pernah mengalah!

Seberat manapun ujian, teruskan langkahmu,
Jangan pernah mundur,
Esok, fajar tetap menyinsing membawa harapan baru (inshaAllah) 

Ayuh perlebarkan lagi hatimu,
Sehingga kita menjadi golongan yang dipuji Nabi saw sebagai golongan ajaib,

Ajaib?

"Sungguh ajaib urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya semua urusannya itu adalah baik, dan tidak begitu bagi seseorangpun kecuali bagi orang mukmin, sekiranya dia ditimpa kegembiraan lalu dia bersyukur, maka itu adalah yang terbaik baginya, dan sekiranya dia ditimpa musibah (kedukaan) lalu dia bersabar, maka itu adalah yang terbaik baginya” [HR Muslim]

Terimbas kembali,
Sewaktu seorang sahabat Dc diuji,

Siang dan malam dipenuhi hari-harinya dengan tangisan,
Tiada lain, cuma airmata,

Datang seorang hambaNya berkata,

"Kalau engkau tahu masalah itu akan selesai, buat apa kau menangis teruk-teruk macam ni? Engkau dah tahu suatu hari masalah itu akan selesai. Dan kalau kau tahu masalah itu tidak akan pernah selesai pun, buat apa kau menangis teruk-teruk begini? Engkau tahu bahawa masalah tu tak kan pernah selesai! kan? ",

Kawan, terus melebarkan serta memperluaskan hatimu,
Kerna disitu jatuhnya pandangan Allah. 



IkaDekchik
080214
Selangor - Cheras