Thursday, April 2, 2009

:.Eid Milad Said.:

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti
Bismillahirahmaniraheem.




Alhamdulillah pada 1.4.2009 genaplah usia akak kandung ika 22 tahun yang kami sekeluarga mengelarnya sebagai Kak Yong iaitu anak kedua daripada 4 adik-beradik.Nama yang diberikan kepada kak yong adalah Siti Zaidah Abdul Rahman.Dalam adik-beradik kami kak yong seorang sahaja yang lahir bukan di selangor tetapi di kedah darul aman kerana disitu terletaknya kampung tercinta kami di sungai petani.Walaupun Ika tahu yang kak yong langsung tidak tahu menahu tentang kewujudan blog ini tetapi biarlah Ika mencoretkan sesuatu disini.



Pertama sekali Ika hendak memohon ampun kepada kak yong kerana hari lahir kak yong kali ini Ika tak dapat nak beri hadiah mahupun kad.Selalu paling tidak Ika akan buatkan kak yong kad istimewa buat kak yong kerana Kad dibuat sendiri oleh Ika.Tapi,Ika langsung tidak mempunyai sekeping wang pun kerana telah habis digunakan untuk keperluan Ika yang lebih penting.

Buat kak yong,Ika doakan semoga kak yong panjang umur dan dimurahkan rezeki.Semoga dengan peningkatan umur ini seiring dengan amal kebaikan.Dan paling yang Ika harapkan,ikatan adik-beradik kita kekal hingga ke Jannah Allah swt.Walaupun Ika tahu yang kak yong tak pernah sekali pun ucap yang kak yong sayang Ika.Ika tunggu hari-hari perkataan itu keluar dari mlut kak yong.Telinga Ika hendak sangat mendengar "Adik,kak yong sayang adik".Itu yang Ika harapkan pada Kak yong,sebab Ika tahu kita memang tak pernah nak baik-baik,tak pernah nak berdamai.Tapi Ika mohon kak yong.Maafkan Ika andai Ika tak menjadi seorang adik yang baik pada kak yong.Jikalau Ika gagal menjadi adik yang baik pada mata kak yong.Kak yong..Ika sayang kak yong!!!

Ika tahu,Ika saja yang selalu ucapkan perkataan tu pada kak yong.Dan mungkin kak yong rasa dah lali dengan perkataan tu.Ika berharap untuk kak yong membalas kata-kata ika kak yong.Tolonglah faham.Ika mengharapkan kasih-sayang dan belaian seorang akak!Kak yong sendiri tahu yang Ika seorang yang MANJA.

SELAMAT HARI LAHIR KAK YONG!

No comments:

Post a Comment