Saturday, May 18, 2013

Cukup Allah bagiku


Arghh aku dah tak sanggup hadapi semua ini.Benarlah kataMu ya Allah.Setiap kata-kata kita akan diuji.

Ku kira sudah beberapa kali aku menyampaikan pesanan tentang itu,tetapi sekarang aku laluinya,aku hadapinya!

Hati lesu,nafas terasa tersekat,kaki terasa berat untuk melangkah.Namun ku sedar,Engkau merinduiku.UjianMu cuma cubitan kasih sayang dariMu.Kiranya aku hilang arah peluklah aku Allah.Jangan Kau lepaskan aku walau sesaat.

Walau ujian dan dugaan semakin besar,cintaku hanya padaMu,kasihku takkan pernah sirna terhadapMu.Engkau lebih mengerti hatiku.Setiaku belas kasihMu.Ku akui kebesaranMu ya Allah.

Cukup Allah bagiku.Lalu aku teringat akan surat cintaMu,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut:2-3]

Aku lemah tak berdaya,mutiara jernih jatuh ke pipi tetapi aku masih mampu tersenyum melihat setiap bait kata-kataMu,tiada satupun yang Engkau dustakan.Benarlah,janji Allah itu pasti.Mengapa masih meragukannya?

IkaDekchik
Cheras,

Thursday, May 16, 2013

Jangan Malu untuk Sampaikan


Kadang-kadang dalam menyantuni orang-orang disekelililing aku,
Dalam menasihati dan mengingatkan.

Aku bertanya pada diri,
"Layakkah engkau menasihati orang?"
Kerana aku tahu aku juga manusia biasa,
Yang juga akan dihitung segala buruk dan baik,
Akan ditetapkan di syurga atau neraka.

Ada juga yang berkata "Ika berani kau sampaikan ceramah tu",
"Ika kau tak takut ke sampaikan talk tu?"
Ia sebuah pertanyaan yang terkadang aku tersenyum sebelum menjawab.

Aku tahu,telinga aku adalah yang paling dekat dengan mulutku,
Apa yang aku sampaikan dan sebutkan,
Pasti telinga aku mendahului mendengarnya,
Sebelum telinga-telinga orang lain,
Bukan telinga kuali,
Tetapi telinga aku!

Namun,tak mungkin aku tinggalkan pesanan Nabi Muhammad saw
"Sampaikan dariku walau sepotong ayat".
Takkan aku perlu digelar ustazah baru aku mula berdakwah?
Mana mungkin aku tunggu ilmu aku betul-betul cukup baru hendak menapak ke medan dakwah?

Jika suatu hari nanti,aku pergi menghadap Ilahi,
Jika Allah bertanya,apa yang harus aku jawab?
Adakah dengan menjawab "aku tak cukup ilmu utk sampaikan".
Adakah itu diterima? 

Allah,moga Engkau jaga hati-hati kami dalam mencapai redhaMu!

Ayuh sebarkan bahagia,sampaikanlah jangan malu. 



Ika Dekchik,
Cheras

Sunday, May 12, 2013

Erti Kata Dakwah

Assalamualaikum wbt.

Kumulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismilahirahmaniraheem.Buat sahabat seagama denganku,buat sahabat yang sujud menghadap kiblat yang sama denganku,buat sahabat yang menyembah Allah yang satu,buat sahabat yang menjadi Rasulullah saw sebagai idola pada setiap diri-diri kita.Yakni agama islam,alhamdulillah.Di dalam arus duniawi terkadang kita hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang cuma seketika waktu,padahal kita sedar dunia ini hanya sementara melainkan diakhirat sana.Tetapi kita selalu goyah dalam pendirian,dalam mengharungi ujian,dalam meneggakkan kebenaran.Moga Allah terus memegang hati sanubari kita.InshaAllah.

Apa makna dakwah?Erti kata asal dakwah adalah dari perkataan arab "da’watan",dengan bahasa yang paling mudah ia membawa maksud mengajak atau menyeru orang berbuat kebaikan.Maknanya jika kita ajak  orang buat baik kita sudah ber"dakwah".

Namun,ada sahabat-sahabat kita terkadang lupa bahawa dakwah itu bukan tunggu kita mendapat gelaran ustaz atau ustazah.Tetapi ada satu gelaran yang kita bawa sekarang ini yang membuktikan kita perlu berdakwah yakni kita orang "islam".

 بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً yang bermaksud "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."Jadi?Apa lagi yang kita tunggu?Walaupun sepotong ayat!Ingat tu.Jangan sempitkan akal fikiran yang Allah beri itu dengan dakwah adalah solat dan mengaji.Sekali lagi Dc ingatkan,dakwah bermaksud mengajak orang lain berbuat baik.Tidak kisahlah apa kebaikannya.

Dc pernah disapa oleh seorang sahabat,

"Dc,erm saya takut nak guna perkataan dakwah.Bila saya tahu saya banyak lagi kena belajar,saya dah takut nak berdakwah"

Terukir di bibir Dc senyuman yang lebar melihat warna pemikiran beliau.Bukan Dc senyum kerana dia kurang ilmu,bukan Dc senyum kerana dia penakut dan Dc berani.Dc senyum melihat gelagatnya,dan Dc senyum sebenarnya Allah uji Dc dengan kata-katanya.Lalu Dc berkata,"Takkan sampai Dc nak digelar ustazah Dc baru Dc nak berdakwah?Sebab Dc nak Allah tolong Dc,Allah pernah berfirman ""Hai orang-orang mukmin,jika kamu menolong (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)".

Dakwah itu Mudah, 

Andai medan perjuangan dakwah Dc diteratak SKSH ini,alhamdulillah Allah masih beri ruang.Allah terus mencurahkan idea-ideaNya yang bernas pada diri ini.

Ayuh berdakwah! (^_^)

Ayuh ajak orang berbuat baik! (^_^)


Ika Dekchik,
Cheras

Thursday, May 9, 2013

Peringatan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat-nikmatNya yang selalu Dc gagal untuk menghitung satu persatu.Begitu banyak yang Dia beri pada diri ini dan kita semua umat islam khususnya.Moga kita tak lupa dan mendustakannya.Allahumma aameen.

Semalam,Dc dapat dua keping gambar dari seorang sahabat.Alhamdulillah,moga kata-kata itu menjadi asbab buat Dc terus tidak akan layu dalam langkah ini.

Yang bestnya,dia tinggalkan kata-kata buat Dc.Alhamdulillah Allah memilih dia untuk sampaikan pada Dc.Allah begitu sayang hambaNya! Mengapa masih meragukan kasih sayang Allah? (^_^)

Buat yang mengirim gambar,syukran jazilan.Moga Allah suka ukhuwah kita.Walau Dc sudah biasa dengan gambar-gambar sebegini lagi pula Dc seorang jurugambar,boleh lihat portfolio Dc di blog rasmi DcPhotography.Tetapi bagi Dc ini sangat istimewa. Wah wink wink.

Ayuh jadi hamba Allah bersyukur!

Ini gambar yang diedit dari seorang sahabat.Cute kan? haha. syukran! 

Cheras,

Monday, May 6, 2013

Sebarkan bahagia


Ada orang kata saya taksub pemimpin,ok dia sedang sebarkan fitnah tanpa dia sedar.

Dia kata lagi,jangan pandang sebelah pihak sahaja.Ok saya rasa televisyen dan internet di rumah saya masih lagi berfungsi dengan baik.Oh lupa saya juga pandai membaca surat khabar.Eh saya juga pandai guna photoshop dan sony vegas.

Lepas itu dia ajar saya erti syukur,katanya saya tak bersyukur kerana negara dah aman.Hakikatnya yang saya nampak kita tak sedar negara sebenarnya tak aman!

Tapi apa pun saya bersyukur kerana masih ada yang sayang pada saya,tak sangka kamu semua prihatin terhadap saya.Terima kasih.

Tak suka status saya?tak payah like tak payah komen.Kita duduk zikir ramai ramai dari caci mencaci fitnah memfitnah.Itu lebih mulia kan?

Segala yang buruk datang dari yang dicipta,segala yang baik datang dari Pencipta.Tetapi hakikatnya keduanya datang dariNya. 

SEBARKAN BAHAGIA,BUKAN SEBARKAN FITNAH 

Ika Dekchik's status. :-)