Friday, May 28, 2010

Sayang kalian kerana Allah

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung yang sudi bertandang ke teratak SKSH ini buat kesekian kalinya.Terima kasih kerana tidak pernah jemu untuk bertandang ke SKSH ini.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinan waktu ini.Kali ini mungkin entrynya lebih kepada yang santai-mantai.InsyaAllah.Ika hendak menceritakan serba sedikit tentang 2 insan yang amat ika sayangi hanya kerana Allah swt.




Wah baiknya 2 beradik ni



Haha kejap je baik.pastu gaduh!Kak Yati pembuli..tolonggg!haha.


Norayati Md Nasir,insan yang ika kenal sejak ika bergelar pelajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam.Norayati Md Nasir atau lebih mesra Ika memanggilnya dengan panggilan Kak Yati.Ya,Ika akui mmg Kak Yati agak terkenal dengan sifat garangnya.Tetapi bagi Ika segarang-garang manusia pasti ada kelembutannya,pasti ada kasih sayangnya kerana itulah lumrah manusia yang sangat memerlukan kasih sayang dari Allah,Rasulullah saw,keluarga dan sahabat-sahabat.Kak Yati walaupun teguran dan lemparan senyuman yang Ika berikan buat pertama kali bertemu dengannya,tetapi Kak Yati hanya berdiam diri dan hanya mampu tersenyum sinis.Di dalam hati ika terdetik "Ya Allah lembutkanlah hati akak ini untuk menerima aku seadanya".Dan lama-kelamaan alhamdulillah,Kak Yati semakin selesa dengan Ika.Kami terus rapat dan rapat.Lagi-lagi ika salah seorang ajk MEKAR & Pusat Islam dahulunya,untuk pengetahuan Kak Yati juga merupakan ajk MEKAR dan Kak Yati memegang jawatan Biro Halaqah.Walaupun kadang-kadang kami bergaduh,bermasam muka tetapi percayalah itulah yang akan membuat Ika tersenyum jika ika termenung sendirian

Kak Yati jadi photographer terjun di walimah Abg Chef Wan.Kesian kak yati kena ikut ika ke hulu ke hilir.kena buli ngan adik.haha

Teringat pahit manisnya ukhuwah,Subhanallah memang tidak pernah menyangka Ika akan begitu rapat dengan Kak Yati.Ika sangat menyanyanginya seperti akak kandung Ika sendiri.Diharap Kak Yati juga begitu.










Begitu juga dengan insan yang bernama Siti Ajar Adenin atau lebih mesra ika memanggilnya dengan panggilan Kak Ajar.Kak Ajar insan yang Ika kenali dari Kak Yati kerana Kak Ajar merupakan rakan sekelas Kak Yati.Tidak Ika menyangka pertemuan yang sekali itu membuatkan Ika akrab dengannya.Walaupun tidak lama,dan mungkin itu membuatkan kenangan kami bersama tidaklah seberapa banyak.Tetapi itulah asam garam manusia,kejap baik,kejap gaduh,kejap main merajuk-rajuk,Subhanallah akan Ika rindui saat-saat manis itu.Walaupun kaang-kadang Kak Ajar buat Ika sakit hati,tetapi Ika diam kerana sayang.Sayang yang amat sayang sehingga kadang-kadang tidak sanggup untuk melukai hati seorang akak bagi Ika.

Dan kini tiba masa untuk Ika berpisah dengan Kak Yati dan Kak Ajar.Tetapi Ika terima dan redha kerana ini takdirNya.Takdir Allah itulah yang terbaik.Dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan maka Ika terima dengan hati yang terbuka.Kak Yati,insan yang kadang-kadang Ika menangis kerananya,kadang-kadang Ika sakit hati kerananya,kadang-kadang Ika bengang tahap awan dengannya,tetapi walaubagaimanapun dia tetap akak Ika.Ingat lagi,Kak Yati selalu cakap "Kenapa sayang kita?kenapa tak sayang orang lain?Kita tak layak jadi akak Ika,Ika kan ramai lagi akak" dan Ika selalu mengingatkan pada Kak Yati,"Akak,sayang itu perasaan yang Allah kurniakan pada Ika,maka ika tiada hak tiada kuasa untuk halang,untuk sekat.Lagi pun tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri.Jadi Ika memilihnya untuk menyayangi akak,kerana itu jua lumrah manusia ingin menyayangi dan disayangi.Ya,mungkin jua Ika manja,selalu hendak disayangi tetapi Ika tidak kisah jika Kak Yati dan Kak Ajar tidak menyayangi Ika kerana bukan itu yang Ika pinta.Bukan maksud Ika jika Ika menyayangi kalian,kalian hendaklah membalasnya dengan sayang Ika.Cukuplah ia menjadi kelengkapan buat Ika bergelar manusia yang punya hati dan perasaan untuk menyayangi akak-akak.Dan cukuplah Allah swt menyayangi Ika.

Walaupun terasa berat benar hati ini ingin meninggalkan Kak Yati dan Kak Ajar namun hati ini pasti dan yakin dengan janjiNya.InsyaAllah jika diberi keizinan olehNya kita akan berjumpa jika tidak di dunia ini InsyaAllah di akhirat kelak di dalam Jannah Allah yang kekal dan abadi.Dan dikesempatan ini Ika menyusun 10 jari(eh da mcm hari raya la pulak.hihi.tp xpe.) untuk meminta ampun dan maaf andai selama hati ini bertaut ada sahaja karenah Ika yang menyakitkan hati akak-akak.Yang merimaskan otak akak-akak dan yang menyesakkan nafas akak-akak.Haha.Oppss Ika rasa Ika yang selalu sesak nafas.haha.Nevermindlah.Kalau selalu Ika nakal-nakal tu,Ika sebenarnya nak tengok Kak Yati dan Kak Ajar ambil berat kat Ika ke tak.Ika sengaja jer.Bukan Ika tak pandai jaga diri.Adikmu ini sudah besar panjang walaupun orang panggil "DekChik"hihi.sakat-sakat Ika untuk Ika tinggalkan kenangan pada akak-akak,supaya suatu saat nanti akak-akak akan merindui gelagat Ika menyakat akak-akak.Bergurau itu kan pengikat ukhuwah (^_^).Kenangan bersama Kak Yati adalah kenangan yang paling indah.Mengenal insan bernama Norayati Md Nasir adalah kenangan yang akan Ika ingat sampai bila-bila dan Ika simpan jauh di sudut hati ini supaya ia sukar dipadam dengan begitu saja.Jua kenangan bersama insan yang bernama Siti Ajar Adenin tidak akan Ika sia-siakan persahabatan ini.Akan ika simpan dihati bukan di fikiran kerana fikiran mudah melupakan tetapi dihati yang kekal.


Dikesempatan ini jua,Ika nak hadiah satu doa buat akak-akak..Harap akak baca sambil meng"amin"kan doa Ika ni.Khas buat yang tersayang...


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah sekali lagi aku mengangkat kedua belah tanganku yang Engkau kurniakan kepadaku,Ampunkanlah segala dosaku,dan dosa kedua akakku ini Ya Allah,Norayati Md Nasir dan Siti Ajar Adenin,Ya Allah Tuhan yang menciptakan kami semua,Tuhan yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,Engkau yang berkuasa memberikan hidayah kepada orang-orang yang Engkau kehendaki,Maka berikanlah hidayahMu kepada kami,Dan setelah Engkau berikan hidayah itu,Aku tahu Ya Allah hanya Engkau yang memegang hati-hati kami,Hanya Engkau yang berkuasa membolak-balikkan hati-hati kami,Maka janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau beri hidayah,Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih,Jagalah insan yang ku sayang ini,Kuatkan hati mereka dalam menempuhi ujian yang Engkau berikan,Kerana Aku pasti ada hikmah disebalik ujian yang Engkau berikan kepada mereka,Tabahkan hati kami setabah hati Rasulullah saw dalam mengharungi cubaan,Indahkan akhlak kami seindah akhlak Rasulullah saw,Ya Allah,barangkali ada dosa-dosa yang kami lakukan bersama,Maka dengan sifatMu yang Maha Pengampun,Engkau ampunilah dosa kami,Ampunkan dosa kami sama ada kami lakukan dalam keadaan sedar atau tidak,Sama ada kami lakukan dosa kecil atau dosa besar,Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,bahawa hati-hati kami bertemu demi menggapai mardhatillah,demi mecari cinta nan agung iaitu cinta kepadaMu,Maka kuatkan ikatan hati-hati kami,Titipkanlah perasaan kasih dan sayang itu dalam ukhuwah kami,Biarkan kami saling ingat-mengingati dalam beribadah kepadaMu,Ya Allah jadikanlah kami ini sahabat yang solehah,Sahabat yang mampu menasihiti antara satu sama lain,Sahabat yang baik,sahabat yang tidak pernah alpa terhadap sahabatnya yang lain,sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata azimat dikala ada diantara sahabat kami jatuh tertatih,Sahabat yang sentiasa membantu sahabatnya mempasakkan azam dan cita-cita,Ya Allah Engkau perkenankan doa-doa akak-akak ku ini jika ia membawa kebaikan kepada mereka,Ya Allah kuatkan roh dan jasad mereka dalam perjuangan ini,Lembutkan lidah mereka memuji kebesaranMu,manakala lantangkan lidah mereka dalam menegakkan Ad-deenMu,Ya Allah jika ini pertemuan yang terakhir buat kami,Jika ini kali terakhir dapat aku bertemu mereka,Dapat aku bermesra dengan mereka,Jika selepas ini tiada peluang untuk aku bertemu mereka kerana Engkau memanggilku,Maka Engkau matikan aku dalam nikmat iman dan islam dalam diri,Engkau matikan aku dengan kalimahMu,Kalimah Laillahallah,Tiada Tuhan Melainkan Allah swt.Izinkan aku mati syahid Ya Allah,Izinkan kami ini masuk ke syurgaMu dengan sepantas kilat sambil berpegangan tangan,Jika boleh,ingin sahaja aku masuk ke syurga tanpa dihisab,Ya Allah cerahkan wajah-wajah kami ketika dipadang mahsyar kelak,Jangan sekali-kali Engkau gelapkan wajah kami Ya Allah,Hanya kepadaMu aku memohon,Ya Allah jangan Engkau biarkan tangan ku ini menadah kosong,Engkau perkenankanlah setiap bait-bait doaku jika ia membawa kebaikan kepada kami sama ada di dunia atau akhirat,Sesungguhnya akulah hamba yang hina lagi dina,Sesungguhnya kamilah yang selalu menzalimi diri kami sendiri.Aku pasti Engkau mendengar rintihan hatiku ini.Perkenankanlah...


'Amin Ya Rabb'


Ingatlah adikmu SITI ZALIKHA ABDUL RAHMAN,yang bongek-bongek dia,yang nakal-nakal dia,yang kejam-kejam dia sebab usik akak-akak dia,yang jahat-jahat dia,yang asyik tidak sihat dia,tetapi SITI ZALIKHA ABDUL RAHMAN ini mempunyai hati yang ingin menyayangi dan disayangi.Adik yang selalu hendak dimanja,yang selalu hendak dikasihi.



SAYANG KALIAN KERANA ALLAH SWT

No comments:

Post a Comment