Bismillahirahmaniraheem
Assalamualaikum wbt buat semua tatapan pengunjung blog SKSH.Alhamdulillah dengan izinNya dpt lagi Ika menarikan jari-jemari ini di papan kekunci ini walaupun satu jari Ika tidak dapat berfungsi buat masa ini.
Post kali ini tidaklah seberapa,cuma hendak berkongsi sedikit cerita.Erm...malas nak taip panjang-panjang..Nak tahu apa yang terjadi pada Ika?
Walauun sakit yang Ika rasa,namun Ika tetap bersyukur kerana Ika pasti Allah tidak sengaja atau saja-saja melakukan ini tetapi ada sebabnya.Allah ingin menguji Ika.Allah ingin melihat sejauh mana iman Ika.Allah hendak letakkan kesabaran dalam diri Ika bila ditimpa sakit.Allah nak Ika rasa apa yang orang kudung atau tiada jari rasa selama ini.
Lihat?Dengan sekelip mata Allah boleh ambil sesuatu dari kita.Baru Allah tarik nikmat jari kelingking.Tapi sangat azab yang kita rasakan.Sakit yang amat!Selepas itu,nak buat sesuatu pun sukar.Mungkin ada dosa yang dilakukan oleh tangan ini.Ya,sesungguhnya diri ini lemah dan tidak lepas dari dosa.
Jadi manfaatlah jari kelingkingmu sebaik mungkin kerana Allah tidak bagi kita jari kelingking saja-saja tetapi ada sebabnya.
"BUKANKAH ALLAH MENJADIKAN MANUSIA INI SEBAIK-BAIK KEJADIAN?"
patah npe?
ReplyDeleteBiasalah budak baik.haha
ReplyDeletejaga diri bek2 eh lain kali =')
ReplyDelete