Friday, March 26, 2010

Allah Maha Power !

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Alhamdulillah akhirnya dapat juga meluangkan sedikit masa setelah beberapa lama tidak dapat meluangkan masa dihadapan kaca monitor ini.Segala puji bagi Allah yang maha Adil kerana tidak pernah putus-putus memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga ini.Alhamdulillah..InsyaAllah masa yang terluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.Moga Engkau berkati penulisanku ini Ya Allah.

Terima kasih kepada tetamu tetap mahupun tetamu yang tidak tersengaja menyinggah ke teratak SKSH ini.Syukran jazilan diucapkan kerana sudi membaca entry kali ini.Lebih kepada santai sebenarnya.Ika mahu ceritakan tentang kejadian tempoh hari,kejadian yang Ika akan ingat sampai bila-bila,kebesaran Allah kuasa Allah.Subhanallah.Sesungguhnya Ika hanya hamba yang hina-dina disisiNya.

Ceritanya bermula apabila Ika sedari yang dompet Ika telah hilang.Tidak pasti tercicir ataupun dicuri tetapi yang pastinya HILANG.Setelah mencari dalam tempoh masa yang agak lama akhirnya diri ini rebah,lemah dan letih!Lalu Ika merungut."Kenapa dompet aku yang mesti HILANG?"..Tiba-tiba hati tersentak!Astagfirullah maafkan aku Ya Allah,jika aku gagal bersabar dalam menghadapi ujian yang Kau berikan ini.Sememangnya Ika tidaklah ralat sangat jika hanya duit Ika yang berada di dalam dompet itu,tetapi yang ada di dalam dompet itu kad pengenalan,kad matrik,kad kamsis,kad sahabat-sahabat dan macam-macam lagi tapi yang lebih besar lagi adalah sebahagian dari duit itu adalah duit kelab yang Ika pegang.Duit yang telah diamanahkan kepada Ika!

Pagi esoknya pula,sudah pastinya Ika ke kelas tanpa kad matrik dan duit.Perut Ika mendendangkan pelbagai lagu rasa macam hendak menangis ditambah lagi dengan kehilangan dompet.Tetapi Ika cuba muhasabah diri.Ika cuba berfikiran positif "mungkin sebelum-sebelum ini aku pernah ambil yang bukan hak aku" hati ika berbisik.Alhamdulillah Ika akhirnya berjaya mengawal perasaan.Setelah selesai kelas Ika pergi menuju ke foodcourt walaupun tiada satu sen pun dalam kocek.Namun niat di hati ingin bertemu dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua.

Ketika di foodcourt,t\Ika merasakan tersiksa jiwa raga menahan nafsu makan kerana sebelum ini sudah sehari suntuk tidak menjamah apa-apa pun.Tiba-tiba "Ikaa!" ada suara yang memanggil Ika,lalu Ika menoleh dan datanglah seorang sahabat terus memberikan duit.Terpinga-pinga Ika dibuatnya,"Kenapa bagi aku duit?"tanya Ika."Alah,saje jelah,aku mals nak letak dalam dompet,then aku nampak kau.so ape salahnya sifat malas aku ni aku tukar pada sifat pemurah" katanya sambil berjenaka.Lawak betul beliau.hehe.Dalam hati memuji kebesaranMu Ya Allah,Ya Allah padahal sahabatku ini tidak mengetahui bahawa aku sedang tiada duit saat ini lalu Kau datangkan sahabatku ini untuk membantuku.Terima Kasih Ya Allah.Setelah itu,Ika memberitahunya bahawa dompet Ika hilang,Ika meminta agar dia turut mendoakan untuk Ika.InsyaAllah katanya.Ika mengucakan terima kasih padanya dan berlalu pergi.

Tiba-tiba terserempak pula dengan akak kat politeknik ini(nama dirahsiakan).Dan sekali lagi aku terkejut Ya Allah,akak itu juga melakukan hal yang sama.Dia memberikan Ika seringgit tetapi percayalah walaupun seringgit tapi ianya sangat bermakna buat Ika ketika itu.Tiba teringat kata-kata yang pernah Ika baca tetapi tidak pasti dimana "Apabila Allah tutup satu jalan maka Allah bukakan jalan yang lain".Subhanallah Engkau Yang Maha Adil Ya Allah.

Dan pada malam itu,Ika mengerjakan solat,segala masalah ika luahkan padaNya yang tidak pernah jemu mendengar rintihan dan keluhan hati ika.Bersungguh-sungguh Ika angkatkan kedua tangan yang dikurniakan olehNya memohon jalan agar dipermudahkan segalanya.Hai sudah dapat menerima kenyataan bahawa dompet sudah hilang.

Keajaiban telah berlaku pada petang esoknya,dengan langkah yang lemah longlai perlahan-lahan Ika menuruni anak tangga,apa yang Ika nampak?!Alhamdulillah!Dompet Ika!Terpancar muka keanak-anakan Ika.haha.Alhamdulillah alhamdulillah..Segala masalah datang daripadaMu Ya Allah dan segala penyelesaian jua datang daripadaMu sesungguhnya aku hanya hambaMu yang kerdil disisiMu.Sungguh tidak disangka-sangka sedangkan sebelum itu Ika ke hulur hilir guna tangga itu tetapi tak jumpa pun.



Allah yang Maha Memiliki sesuatu!Ya memang benar!

No comments:

Post a Comment