Sunday, May 30, 2010

Kawan Saya!

Assalamualaikum wbt,alhamdulillah sekali lagi berkelapangan waktu untuk menghadap kaca monitor ini.Lantas lidah ini tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas keizinan yang diberikan.

Entry kali ini hanyalah sekadar untuk bercerita tentang seorang yang sangat Ika kagumi.Ya,semua manusia mempunyai kawan.Dan Ika juga mempunyai sahabat,kawan,teman dan yang sama erti dengannya.Setelah diri ini lama berkawan dengannya baru Ika perasan sesuatu yang orang lain tidak perasan.Iaitu dia mempunyai kekuatan,ketabahan,kesabaran yang sangat tinggi.

Ika rapat dengannya sejak Ika berumur 14 tahun,sejak dari itu Ika terus rapat.Rapat yang amat sangat sehingga dimana ada dia,disitu ada Ika.Kenapa Ika katakan yang dia begitu kuat,tabah dan sebagainya?Ya mungkin orang lain tak perasan,tetapi Ika yang sentiasa bersamanya perasan hal itu.Mungkin ada yang perasan tetapi tidak ramai,mungkin dalam 1000 orang 10 orang pun sukar untuk mencari yang mengakuinya.

Ya,dia amat kuat,kerana apa?Kerana dia diuji Allah swt.Tetapi dia tidak pernah mengeluh.Bila dia mengeluh dia cepat-cepat tarik balik kata-katanya.Lantas beristigfar panjang.Dia selalu diuji Allah swt,mungkin Allah sangat-sangat merindui rintihannya di sepertiga malam.Allah ternanti-nanti segala rintihan hatinya.Setiap kali ditimpa musibah,selalunya dia menghiburkan orang lain.Dia tersenyum disaat hati dia sedang menangis,dia juga cuba menghiburkan orang disaat hatinya sedang menderita.Dia masih mampu tersenyum walaupun airmatanya bercucuran.

Dia diuji dengan keretakan sebuah keluarga,keluarga yang dahulunya baik,dahulunya bahagia tetapi Allah kini sedang mengujinya.Allah menarik nikmat bahagia itu.Dia selalu berkata " Allah tarik sekejap jer,jadi kite kena cool.Lagipun takdir Allah yang terbaik!Allah tak pernah ambil yang kita sayang kecuali menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik".Dalam keadaan begitu dia masih mampu berbicara seperti itu.Mak dan ayahnya selalu bergaduh sehingga suatu saat mak dan ayahnya pernah bercerai,tetapi tidaklah lama.Selepas itu,Alhamdulillah Allah kembalikan semula rumahtangga mak dan ayahnya.tetapi keadaan tidak berubah.Tetap jua sama.Ayahnya selalu menjadi penguat dia.Mereka memang saling memerlukan antara satu sama lain.Ayahnya perlu anaknya dan anaknya perlu ayahnya.Kerana ayahnya jua sering mendapat nasihat dari anaknya iaitu sahabatku.Semoga engkau menjadi anak yang solehah kawan

Bukan ayah dan maknya sahaja yang sentiasa membuat masalah,tetapi seluruh keluarganya kecuali dia.Abang,kakak serta adiknya sering melakukan kesilapan.Lantas dia terus menegur kerana dia sedih orang yang dia sayang tidak dapat mendengar nasihatnya.Tetapi dia tidak salahkan mereka.Disebabkan hal itu,dia masih lagi menyalahkan dirinya sendiri,Selalu ku terdengar dia bertanya kepada Allah " Ya Allah apakah dosaku sehingga aku menasihati keluargaku mereka tidak mendengarnya,jika dosaku itu yang menyebabkannya,maka Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah".Subhanallah dalam saat-saat genting begitu dia masih mampu memuhasabah dirinya.

Tidak cukup dengan itu,Allah mengujinya lagi dengan sakit.Bermacam-macam jenis penyakit yang dihidapinya tetapi insyaAllah tidaklah serius.Dia kerapkali jua ke hospital dan sering ditahan di wad.Pernah teringat suatu ketika dia ditahan di wad,mengalir airmatanya kerana menahan sakit tetapi bibirnya masih mampu mengukir senyuman yang manis.Dia masih mampu menasihati orang di dalam wad sekalipun.Semangat juang yang luar biasa.Ketika dia terlantar di wad,ramai yang datang menziarahinya tetapi mereka menziarah bukan dengan hati yang kosong,tetapi dengan hati yang penuh kasih dan sayang terhadapnya.Walaupun tangannya masih mampu untuk menyuap nasi ke mulut tetapi ada yang sudi menyuapnya.Siapa?Sahabat-sahabatnya.Subhanallah.Benar ukhuwah itu indah kerana Allah swt.Siapa yang sanggup melihat dia yang sangat aktif perwatakannya,berlari sana-sini,sangat periang,peramah terlantar di hospital tanpa boleh aktif tetapi dia tetap menggagahi diri.Tetap untuk menjadi kuat.Dia kata ini ujian Allah swt.Allah tak bagi pada orang yang tak mampu.Allah bagi pada yang mampu.Jadi dia mampu.Dia masuk ke wad tanpa pengetahuan mak dan ayahnya.Siapa yang membantunya?Hanya akak-akak angkat dan sahabat-sahabatnya.Bila terlihat ukhuwah antara mereka.Ya Allah izinkan aku menjadi sebahagian dari mereka.Akan secara automatik terdetik di hati antum semua.Serius tak tipu.Dan pada masa yang sama,dalam keadaan dia sedang sakit,badan dimasuki air kerana lemah ada yang bertandang kerana hendak mendengar nasihatnya.Nasihatnya diperlukan walau dia sedang sakit?Tidak ada orang lainkah?

Hati ini sangat bangga mengenal insan sepertinya.Tidak pernah rasa putus asa walau diuji dengan pelbagai ujian dan cubaan.Pandai?Dia tidaklah pandai orangnya.Dia pernah diuji dengan keputusan yang teruk ketika di PMR,tetapi ketika di tingkatan 5 dia sudah pasakkan azam dan cita-cita.Dia berusaha,dan akhirnya dia tidaklah berjaya mana,tetapi ada peningkatan dari yang sebelum ini.Dan dia ditawarkan ke Politeknik Shah Alam.Dia sering bercerita tentangnya.Kenapa pada aku tak pada yang lain?Aku sendiri tidak mengerti,adakah aku dianggap seperti saudara kandungnya sendiri?Kerana itu dia tidak pernah segan silu untuk menceritakan segalanya padaku.Dan ketika di politeknik jua dia sering sakit,tetapi dalam keadaan sakit itu,dalam keadaan keluarganya porak peranda dia tetap berjuang.Dia tetap menjadi AJK di politeknik.Dia tetap hendak meneggakkan Ad-deen Allah.
Dia juga sangat ramai akak-akak yakni akak angkat.Akak-akak yang sentiasa memberi kata azimat yang berguna buatnya.Dia amat menyayangi akak-akaknya.Akak-akaknya tidak pernah tinggalkan dia,kerana walaupun dia kuat kadang-kadang dia terpesong,dia lemah,biasalah syaitan sentiasa menghasut manusia agar tewas.Jika dia tersedar terus dia meminta maaf kepada Allah swt.Dia jua seorang yang sangat penyayang.Hati dia penuh rasa cinta dan kasih kepada manusia.tetap mengambil berat tentang orang lain sedangkan dia sedang sakit.Tetap menyuruh kawannya makan ubat walaupun kadang-kadang dia sendiri tidak menelan ubat.Sungguh lucu tetapi itulah sifat kasih sayangnya.Dia kelakar tetapi penyayang.

Sekali lagi Allah mengujinya,dia mendapat berita tergempar dari ayahnya,berita itu biarlah dirahsiakan.Ayahnya melutut kepadanya meminta supaya menasihati emaknya supaya jadi seperti dia.Ayahnya ingin sekali emaknya berjubah dan bertutup litup.Ayahnya ingin sekali berpimpinan tangan bersama isterinya iaitu emaknya sendiri menuju ke syurga Allah yang tiada sudahnya.

Tiba-tiba sahabatnya pula sering melakukan kesilapan terhadapnya.tetapi dia tetap berkawan dengan sahabatnya itu.Dia sering berkata mungkin akupernah buat salah dengan orang dan sekarang orang lain pula balaskan.Ya Allah,dalam keadaan itu sekalipun engkau masih memenangkan orang lain?Sehingga ada orang yang buat begitu sekali padanya.

Dan sekali lagi dia diuji,diuji dengan wang.Wang yang tidak cukup untuk dia mengisi perut di politeknik.Apabila orang tanya dah makan,dia akan jawab tidak mengapa,kau makanlah dulu,nanti aku makan.Padahal dia tiada sesen pun di koceknya.

Dan dia terus diuji dan diuji..Ya Allah tabahkan hatinya dalam menghadapi ujian yang Engkau turunkan untuknya kerana aku pasti Engkau menyayanginya.Beruntunglah dirimu kerana diuji dengan berbagai-bagai ujian kerana Allah sentiasa mengingatimu..Semoga engkau terus kuat,teruskan perjalanan!Perjalanan kita masih jauh!


Siapakah orang yang Ika ceritakan ini?Cukuplah hanya diri ini yang mengetahui siapakah tuan empunya badan.yang pasti siapa yang berada dengannya pasti akan menangis mendengar ceritanya tetapi tidak dia yang bercerita.Cukuplah cerita ini untuk kita semua bangkit berdiri usah tewas dengan masalah!Masalah menjadikan kita kuat!

9 comments:

  1. Budak tu mmg nakal, sebab tu selalu kena marah...haha...tp kakak dia marah pun bersebab, betul x ika?

    ReplyDelete
  2. tula..budak tu mmg nakal..ika suka dgn die..nakal2 die..tp die tetap kelaka.nakal yg kelaka..ade je gelagat die nk wat org ketawa :D
    kYong kenal?ouh lupe..adk penah kenalkan pd akak.hehe

    ReplyDelete
  3. semoga org tu mendapat kebahagiyaan kelak...amin..

    ReplyDelete
  4. To Kid : InsyaAllah amin.Sama2lah kita doakan ;)

    ReplyDelete
  5. semoga org dlm cerita tu jgn lupe mkn ubt dan jaga diri bek2 ye... =)

    ReplyDelete
  6. To Makhluk : InsyaAllah nnt Ika sampaikan pesan ini pada dia.Mf bertanye siape ni yer?Kalau xkeberatan boleh ika tau?

    ReplyDelete
  7. Ika. bgtau kat kawan ika tu , org2 yg dia tak sangka selalu je doakan utk dia. biarpn kwn ika tu tak kenal dia tp dia selalu je doakan utk kwn ika tu. & & & bgtau dia jgn lupe makan ubat. cepat cepat sikit sembuh. :)

    ika kan kuat ? hehehe. Insyaallah. =D

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah ika samaikan pada die.

    ika mmg la kuat utk kwn ika tu.kalo ika lemah..sape nk jadi penguat kwn ika tuh?
    ika kene kuat sbb kwn ika ! yeah!

    sape ni?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete