Monday, February 16, 2009

:.Tekanan Pergi Kau.:

Ku mulakan bicara bisu ini dengan lafaz
Bissmillahirahmaniraheem


Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk meluangkan sedikit masa dihadapan kaca monitor komputer dan berkata-kata di alam maya ini.Mesti semua pelik dengan title diatas.TEKANAN?Agak-agaknya kenapa yer?Tetapi bukan itu tujuan pena Ika menari.(just forget about it).
Pada 140209 bersamaan dengan hari sabtu.Ika,Kak Nina,Kak Mia,Kak Uda Nas,& Kak Yong melepaskan segala tension di Cosmo's World Berjaya Times Square.Ika & Kak Yong bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi.Mama & Abah selaku pilot kami setia menghantar kami di Serdang dengan WAJA BGA 382.Tunggu punya tunggu bas RapidKL U41 muncul dalam pukul 10.50 pagi.
MasyaAllah!!Ramainya manusia dalam bas tu.Nak tak nak kena naik jugak sebab dah terlewat.Terkepit Ika dalam bas tu,nasib baik terkepit di celah-celah manusia yang berkaumkan hawa.Alhamdulillah.


Tiiit..tiit..(bunyi mesej la)

kMia : Ika,kami dah sampai di tingkat lima

Mungkin agak lewat ika sampai..mesej demi mesej sampai..kali nie kNina pulak !

Tiit.. tiit....

kNina : Ika,kami kira sampai seratus..kalau xsampai jugak.kami tinggal..1*2*3*4*5*6*.....



Kaki kami cecah ke tanah kembali apabila jarum jam menunjukkan pukul 11.40 pagi.Sampai-sampai Berjaya Times Square terus naik tingkat 5.Rupa-rupanya betul kMia,kNina & Kak Uda Nas dah memanaskan badan terlebih dahulu(dorg masok cosmo's world da).Tiket masuk Cosmo's World Ika KNina yang bayar.Tiket mahal sekarang!RM37.00 with myKad.

tukang snap pic : kMia selaku PO..haha (xde kaitan langsung !)


Masuk jer benda mula-mula kami naik "Geli² Kaki" memandai jek kami ubah nama dia.haha.Paling best naik "Roller Coaster" ... 2 kali tu naik.itu pun xpuas.Kali pertama naik Ika & Kak Uda kat depan sekali & masa kami naik tu group kami je ade,tu yang best boleh jerit puas-puas!Kali ke-2 naik dah ramai orang & Ika tak duduk kt depan dah.Bila dah ramai nak jerit pun macam segan dan xbest.Dah lah kat belakang Ika hamba Allah yang berkaumkan Adam.Jadi,tak jerit pun,takut pun dah tak dah!haha..BONGKAK!

Apabila jarum jam dah lepas pukul 1.30 ptg jadi sebagai seorang muslim harus menjalankan tanggungjawab & kewajipan walaupun berhibur bersama teman.Kami menuju ke surau di tingkat 7.Seusainya solat zohor kami sambung balik main walaupun perut masing² dah main lagu keroncong.haha.Tapi waktu tu dah ramai orang mungkin sebab dah petang.Tetapi paling menyedihkan bila ada pasangan COUPLE yang tak pedulikan masyarakat.Mentang²lah HARI KEKASIH konon²nya romantiklah sangat!Ya Allah macam² gelagat & karenah manusia akhir zaman.Ada yang berpelukan.macam² lagi Ika tengok.Ya Allah tetapkanlah hatiku agar tidak melakukan zina.Jauhkanlah Ya Allah..Jauhkanlah..Dah puas main masa untuk makan !kNina belanja lagi..adessss..Thanx a lot kNina !

Seusainya menjamu selera secara berjemaah saje² tangkap gambar mengarut.haha


MOTIF SNAP PIC NIE : sesaje nak tunjuk tiket kat tangan tu..Bukti masok Cosmo's World.haha


Dan selepas tangan dah menggigil snap pic,Kami ambil keputusan untuk beredar dari Times Square.kMia,kNina & Kak Uda Nas naik train.Ika & kYong besalaman dengan mereka dan menuju ke lokasi untuk tunggu bas rapidKL U41 tetapi bas metro 22 yang kelihatan terlebih dahulu.Sambar jer mana sampai dulu.Still tak dapat duduk tapi keselesaan berbanding dari rapid U41.Sampai di Serdang tepat jam 5.30 ptg.Oleh kerana kesuntukan masa untuk menunaikan solat asar,jadi kami ambil teksi dari Mines ke rumah.Alhamdulillah selamat sampai pukul 6.10 ptg.Balik rumah badan sakit² wOo.Pening pun ade,rase semput pun ade.Siapa suruh pergi?Tanggunglah sendiri!haha.Tetapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi yang kita sendiri tak tahu tetapi Allah Maha Mengetahui.Ini jugak salah satu cara untuk kami mengeratkan lagi ukhuwwah yang terjalin antara kami.Pada kNina,Mutasyakkir Awi Ika ucapkan.Nanti kalau nak belanja lagi ajaklah Ika lagi.haha.InsyaAllah kalau Ika ada rezeki lebih nanti,giliran Ika pulak belanja kNina yeah?hehe.




Ika : Ika menyerah kalah lah main GAYAT² tu..memang akan duduk kat tepi je sambil jerit..erkk..org lain main org lain yg jerit.adoyaii..Pastu mase naik GAYAT² tu kankankan..nk tau x.?ade orang tu main kepit² kaki..eleh,nk kurangkan GAYAT la tu..mcm ika xtaw!rugi xsnap pic..xteringat pulok.adess..niat jahat tu..tu xteringat..hihi

No comments:

Post a Comment