Tuesday, February 10, 2009

Penerbangan SMK MUNSHI ABDULLAH

Ku mulakan bicara ini dengan lafaz
Bismillahirrahmanirraheem..

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT KBMKL dapat meneruskan penerbangan di SMK MUNSHI ABDULLAH di Sg.Air Tawar Sabak Bernam.Fasilitator KBM kali ini salah seorangnya sepupu ika iaitu KAK IJA(kak ija & kak maz adalah org yg same!hihi) syukran ika ucapkan atas kesudian membantu team KBMKL.Dan yang paling best kami konvoi ramai² menuju ke lokasi KBM.Kampung Ika di Sekinchan parit 7,tapi dapat tengok je.xdapat singgah..huhu

Disnap Oleh : kMia selaku PO..hahaahaha

No Pesawat:KRJ 070209
Airport:SMK MUNSHI ABDULLAH
Tarikh: 7 - 8 Februari 2009
Tempat: Masjid Ar-Rahmaniah, Sg. Air Tawar, Sabak Bernam
Pilot:Kak Mia
Pramugara:Abg Hazim,Abg Rifa'ah,Abg Luqman & Abg Yasser
Pramugari:Kak Ika,Kak Zarina,Kak Ila,Kak Ija,Kak Ada, & Kak Atul
Penumpang : 116 orang (76-kasih, 40-sayang)
Video:Kak Mia,Kak Nina, & Kak Zarina



SLOT


KMKY: Pak Ngah, Kak Nina
InTeam: Pak Ngah
MAM 1: Pak Andak
MAM 2: Kak Nina, Pak Ngah, Pak Andak
Hijrah: Kak Nina
MKMS: Pak Andak
Pertemuan: Pak Ngah


Alhamdulillah program berjalan lancar atas bantuan dari Allah swt.Sewaktu slot KMKY iaitu ARMY YELL ika menjadi akak fasilitator.Nama "Miss Whatever Forever" menjadi pilihan oleh adik² kasih yang diketuai oleh Rafidah dan terdiri dari adik-adik Hasanah,Ina,Oli,Hijrah,Hafizan & .....(alamak!ape lagi eh?maaf adik²..btau akak oke!) adik-adik ini akan menghadapi PMR di hujung tahun ini.Pastinya Kak Ika tidak melupakan kalian semua.Syukran jazilan atas kerjasama yang diberikan.

Pengalaman Ika pada KBM kali ini ialah Ika turut menjayakan slot MAM 1.Ika menjadi pewaris dengan Kak Ada.Syukran Kak Ada bagi tunjuk ajar dekat Ika sampai Ika menangis muntah-muntah..hihi.Slot MAM 2 juga berjalan dengan lancar.Walaupun slot dimulakan agak lewat(lepas isya') disebabkan kami berKBM di Masjid,tetapi sesi habis sekitar jam 1 pagi.

Slot pertemuan juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada ibu bapa adik-adik kasih dan sayang.Setelah ditambah ditolak dibahagi didarab ibu bapa yang hadir samadengan 78 %.ahaha.Ika memandai je ni tambah tolak.hihi.Bagi adik-adik kasih dan sayang yang ibu bapa mereka tidak hadir,ditenangkan oleh barisan abg² fasi dan akak² fasi.
Majlis penutup dihangatkan lagi dengan 2 orang bekas pelajar SMK MUNSHI ABDULLAH kerana mendeklamasikan sajak Palestine yang sangat menyayat hati.Tersentuh hati Ika apabila melihat mereka bersajak sehingga mengalirkan airmata.Tahniah buat mereka !Pesawat KRJ 070209 telah selamat mendarat.Alhamdulillah.Peserta kali ini terdiri daripada pelajar² yang akan menduduki peperiksaan STPM,SPM, & PMR.Harapan kami semua semoga peserta KBM SMK MUNSHI ABDULLAH terus




MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA !!




ika:Paling best Ondaway balik ke KL singgah kampung Pak Andak..pastu singgah kampung Pak Ngah.pergi kampung Kuantan tgk KELIP²..haha..& paling best sekali..kamera tertinggal lam kete Kak nina..HAhAhA..balik IIC..tido uma Kak Ucu !!dpt jumpe jugak akhirnya..eyaahhh

2 comments:

  1. hmm... bagus betul usaha nak membantu anak-anak Islam untuk berjaya neh... teruskan..=]

    ReplyDelete