Saturday, February 8, 2014

Duhai hati yang diuji, bersabarlah

Kita manusia,
Yang dicipta oleh Maha Pencipta,
Tidak lain dan tidak bukan,
Tuhan yang diyakini Allah,

Mana mungkin Allah menciptakan kita sia-sia?

Terkadang kita pernah rasa sesuatu yang teramat 'down',
Sepanjang hidup kita,
Adakah kita pernah merasai satu beban yang terlalu berat sehingga dada kita terasa sesak kerananya?

Sehingga suatu ketika dulu,
Aku pernah menerima mesej dari seorang sahabat,
Dia pernah mengadu kepadaku,
"Akak, saya rasa dah macam tak nak hidup!",

Ternyata dia merasai semuanya,
Dan aku pasti dan yakin,
Setiap manusia pernah merasainya,

Sahabatku buah hatiku,
Dalam hidup ini,
Sepatutnya yang dinamakan 'ujian',
Sudah sebati dalam hidup kita,

Kita tak sepatutnya kekok mendengar perkataan musibah atau ujian,
Dan ujian juga adalah sesuatu yang pasti ada kerna Allah telah menjelaskan secara terang terangan didalam kalamNya,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?" [29:2]

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." [21:35]

Sahabat yang ku cintai keranaNya,
Sebagai manusia yang diciptaNya,
Siapapun kita, dari yang paling tinggi hinggalah yang paling rendah,
Pengarah filem, penulis buku islamik, doktor, jurutera, jurukamera, usahawan hatta
orang gaji mahupun pengutip tin sekalipun,
Pasti akan diujiNya,

Cumanya,
Mungkin si usahwan diuji dengan kekayaannya,
Si penulis diuji dengan hatinya yang disuntik dengan perasaan riak, (gedebush!)
Si pengutip tin diuji dengan kesihatannya,

Tetapi bagaimana sekalipun ujian itu berbeza,
Namun Allah tidak akan beri ujian pada hambaNya yang tidak mampu,
Jelas ditunjukkan didalam Al Quran,

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [2:286]

Perlu diingat, sesusah manapun ujian kita, keadaan kita,
Ada yang lebih teruk keadaannya! Ia datang bersesuaian dengan kita,

Dugaan yang hebat hanya untuk orang yang hebat!

Ujian tanda kasih sayang Allah kepada kita,
Mungkin tidak sama dengan kita tunjukkan kasih sayang kita sesama manusia,
Jika kita bersabar dengan ujianNya, 

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali", [2:155-156]

Bersabarlah tika diuji,
Setiap manusia, Allah tetapkan punya darjat disisi Allah,
Allah akan terus menerus menguji selagi hambaNya belum sampai ke tahap yang ditetapkan,
Maka bergirang gumbiralah dengan dugaan yang diberikan!
Allah hendak menetapkan kedudukan yang tertinggi disisinya (wehooo)

Jangan pernah jemu bersabar,
Menangislah saat perlu menangis,
Tetapi diingatkan sekali lagi jangan pernah mengalah!

Seberat manapun ujian, teruskan langkahmu,
Jangan pernah mundur,
Esok, fajar tetap menyinsing membawa harapan baru (inshaAllah) 

Ayuh perlebarkan lagi hatimu,
Sehingga kita menjadi golongan yang dipuji Nabi saw sebagai golongan ajaib,

Ajaib?

"Sungguh ajaib urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya semua urusannya itu adalah baik, dan tidak begitu bagi seseorangpun kecuali bagi orang mukmin, sekiranya dia ditimpa kegembiraan lalu dia bersyukur, maka itu adalah yang terbaik baginya, dan sekiranya dia ditimpa musibah (kedukaan) lalu dia bersabar, maka itu adalah yang terbaik baginya” [HR Muslim]

Terimbas kembali,
Sewaktu seorang sahabat Dc diuji,

Siang dan malam dipenuhi hari-harinya dengan tangisan,
Tiada lain, cuma airmata,

Datang seorang hambaNya berkata,

"Kalau engkau tahu masalah itu akan selesai, buat apa kau menangis teruk-teruk macam ni? Engkau dah tahu suatu hari masalah itu akan selesai. Dan kalau kau tahu masalah itu tidak akan pernah selesai pun, buat apa kau menangis teruk-teruk begini? Engkau tahu bahawa masalah tu tak kan pernah selesai! kan? ",

Kawan, terus melebarkan serta memperluaskan hatimu,
Kerna disitu jatuhnya pandangan Allah. 



IkaDekchik
080214
Selangor - Cheras

Tuesday, December 31, 2013

Assignment Dc - Electric Circuit Fundamental , Basic Concepts


Bismillahirahmaniraheem,

Alhamdulillah, thanks to God! 
Hey, this is my assignment in Bachelor of Technology Electric Engineering (Robotic and Automation).

No need books now, just see my video. InshaAllah all of you can understand. 

Oh ya! Dont forget to leave ur comment and like, syukran! 

Ika Dekchik

Thursday, October 3, 2013

Antara Dua Peraturan

"Negaraku, tanah tumpahnya darahku", lagu Negaraku berkumandang seluruh dewan,
Kedengaran lagu itu sehingga ke pembesar suara luar dewan memecah keheningan pagi itu.

Kelihatan seorang remaja berlari-lari menuju ke arah dewan, dipegang tombol pintu dewan besar, lalu di tolak semampunya.

Wajahnya kelihatan sedikit pucat dek kerana hatinya gusar dan bimbang dia menjadi perhatian, dan tidak berdiri tegak sewaktu lagu Negaraku dinyanyikan.

Habis sahaja lagu negaraku, semua yang berada didalam dewan tadi duduk serentak.Tinggallah si budak yang terlewat tadi tercari-cari kerusi jikalau masih ada kosong.

Datang sahabatnya, "Amboi lewat nampak hari ni, orang menyanyi negaraku berdiri tegak, dia berlari-lari", perli kawannya.

Budak tadi senyum tawar. Acara dewan terus bermula sehingga waktu tengahari. Diberi rehat seketika untuk makan dan tunaikan solat fardhu dzuhur.

Ketika beratur untuk mengambil makanan masing-masing, kedengaran suara azan bergema, memanggil, memuja dan memuji yang Maha Esa.

Kelihatan, ketika azan ada yang ketawa berdekah-dekah berjenaka bersama sahabat-sahabatnya, seolah-olah tak mendengar azan tersebut, khusyuk pula sekumpulan remaja membelek handphone masing-masing dengan internet dan sebagainya. Cuma segelintir yang menjawab azan. Alhamdulillah,

Hakikatnya, manusia mampu hormat berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Negaraku, tapi tak mampu hormat ketika mendengar azan? Allah, 

**************

Manusia, lebih takut dengan undang-undang manusia itu sendiri, berbanding undang-undang yang telah diaturkan Allah?

Setiap apa yang kamu buat akan diperhitung disana! Kawan, kerna sayang aku ingatkan, andai tak sayang aku biarkan. (^_^) 



IkaDekchik
Durian Tunggal - Melaka

Lautan luas dan dua sahabat

Kelihatan dua sahabat berjalan-jalan dipersisiran pantai. Sesekali diselang seli dengan bunyi burung berkicau. Angin sepoi-sepoi bahasa, cukup menenangkan hambaNya yang berjiwa sepi.

Bunyi ombak turut berzikir kepadaNya, dua sahabat itu terus berjalan sambil melakarkan kisah-kisah hidup mereka. Sesekali mereka tertawa riang dek kelucuan sahabatnya Solehah. Tiba-tiba seperti ada yang tak kena.

"Hmm, Solehah....", kata-kata Wahidah terhenti.

"Ya? Jawab Solehah ringkas.

Seperti ada sesuatu yang ingin dikongsikan Wahidah, namun lidah itu kelu.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang boleh ana bantu enti?", tanya Solehah sambil tersenyum lalu dipaut bahu sahabatnya Wahidah.

"Hmm, ana tak tahu nak mula dari mana, ana malu dengan enti", raut wajah Wahidah berubah menjadi sayu.

Kedua-duanya terdiam, cuma terdengar ombak memecah kesunyian. Solehah cuba menarik perhatian sahabatnya.

"Eh, ada batu besar disana, jom duduk dulu nak? Enti tak penat ke?", kata Solehah sambil menunjuk ke arah batu besar itu.

Wahidah cuma mengangguk, merasakan apa yang dia cuba hendak sampaikan seperti tak diendah sahabatnya.

"Cepatlah enti ni, cergaslah sedikit! Macamana nak dakwah kalau badan lembik!", usik Solehah lalu digenggam erat tangan sahabatnya diajak berlari-lari anak ke batu besar itu.

Mereka duduk diatas batu besar itu, melihat lukisan alam terbentang luas. Lidah mereka tak putus-putus memuja dan memuji Allah.

"Sekarang, cerita sajalah masalah enti, mana tahu ana boleh bantu? Kalau tak dapat bantu selesaikan masalah pun, ana boleh jadi pendengar yang setia buat enti", kata Solehah.

Mendengar kata-kata dari Solehah, Wahidah seperti ditiup semangat, ingin saja dia kongsikan kepada sahabat yang dia cintai itu.

"Macam ni Solehah, ana sedih juga dengan sikap ana ni, ana ni nampak diluaran sahaja alim, tapi ana tak rasa iman ana kuat, kadang-kadang ana rasa ana ni lebih cintakan dunia dari akhirat. Ana semacam tak percaya akan janjiNya, ana selalu mahu apa yang ana nak Allah mesti bagi! Kalau Allah tak bagi, ana rasa sedih, ana rasa Allah tak adil, dan sebagainya", ujar Wahidah, berkaca matanya, pipinya merah menahan tangis.

Solehah tersenyum penuh harapan pada sahabatnya, lalu dia memeluk erat tubuh sahabatnya. Dalam dekapan ukhuwah mereka merasai kasih antara satu sama lain. Lantaran mereka berkongsi kasih sayangNya!

"Cuba enti tengok air laut tu!", Solehah menunjuk jari ke arah laut.

Lalu diajak sahabatnya turun dari batu dan menuju ke arah air laut.

"Sekarang, ana nak enti celup jari enti dalam air laut, kemudian angkat jari enti, cuba perhatikan titisan air laut yang jatuh dari jari enti", sekali lagi Solehah menyuruh Wahidah.

Wahidah cuma turutkan permintaan sahabatnya, walau dihatinya sedikit bingung.

"Lepas tu? Apa yang cuba enti sampaikan ni? Ana tak faham langsung", tanya Wahidah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Solehah tersenyum girang melihat reaksi sahabatnya, sambil mengangkat kening Solehah berkata,


"Rasulullah saw bersabda : "Perbandingan antara dunia dan akhirat tidak lain seperti seseorang daripada kalian yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Setelah itu, dia melihat berapa banyak air yang melekat dijarinya ketika dia menarik keluar jarinya dari laut".
(H.R Muslim)

"Bayangkan Wahidah, yang enti cintakan hanya air yang melekat dijari enti adalah kehidupan dunia, manakala lautan luas didepan mata kita ini adalah kehidupan akhirat! Betapa luasnya, betapa jauhnya beza! Enti pilihlah, enti nak setitis air tadi, atau air laut ini?", Solehah mengangkat kening.

Wahidah terdiam.

Terlalu banyak yang sahabatnya berkongsi, didalam hati Wahidah, dia bermonolog sendirian,"Sungguh engkau sahabatku tak pernah tamak dengan ilmumu, tak pernah berbangga dengan kelebihanmu, setiap nasihat penuh hikmah! Engkaulah sahabat yang mampu membawa aku ke syurga kelak, Allah, didalam doaku, tak putus aku meminta supaya Engkau tetapkan nikmat hidayah ini, namun tidak pernah ku sedar, Engkau telah memakbulkan doaku, dengan kehadiran sahabatku disisi yang senantiasa mengingatkan tentang cintaMu, kuasaMu, syukran 
Allah! 

Benarlah, hidup ini bukan macam doeramon, apa nak semua dapat, tapi hidup ini realiti, hidup ini Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu.


Ya, dalam dakapan ukhuwah, kita merasa tenang. Kerna dia sahabatku!



IkaDekchik
Durian Tunggal - Melaka.

Monday, September 16, 2013

Engineering Student

Bismilahirahmaniraheem,

Alhamdulillah wa syukurillah, atas nikmat kesihatan yang diberi olehNya dapat Dc coretkan sesuatu disini.Moga-moga sahabat semua juga dalam keadaan baik.InshaAllah.

Selawat dan salam ke atas kekasihMu Rasulullah saw sebaik baik makhluk ciptaan, sedang Allah dan malaikat turut berselawat kepada baginda, apa alasan kita untuk tidak berselawat padanya.

Tiada apa yang terlalu penting untuk diceritakan kepada sahabat-sahabat.Cumanya, bagi Dc berkongsi sesuatu pengalaman atau cerita yang menarik adalah salah satu perkara yang baik. Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat.

InshaAllah, andai ada yang terlihat status-status Dc di facebook, mungkin sudah ada yang tahu.Ya benar, Dc kembali ke medan kejuruteraan dalam ijazah sarjana muda untuk terus meneruskan beribadat kepadaNya. Doakan semoga Dc terus  qowi! 

Atas takdir Allah Dc dipilih untuk menjadi salah seorang penuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau lebih dikenali dengan UTeM. Juga Alhamdulillah, Allah telah mengirimkan hamba-hambaNya yang sangat qowi untuk qowi bersama Dc. (y)
Kawan yang menghantar Dc sewaktu pendaftaran 1 September 2013 lepas

Terlalu banyak ujian terus mendatang kepada kita. Doa Dc moga kita semua kuat!Cuma satu pesanan Dc, jagalah Allah. Allah pasti menjagamu. Yakini aku kawan.

Percayalah, dalam 99 asma Allah, adanya "Allah Maha Mengetahui", ya benar Allah tahu kita mampu, sedang kita sendiri tak tahu? SubhanaAllah, seriously Allah tahu banyak pasal kita. Sweetnya! :D 


Saturday, August 10, 2013

Salam AidilFitri

Assalamualaikum,

Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah swt yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada kita semua.

Tidak dilupakan kepada baginda Rasulullah saw kekasih Allah.Moga kami semua berada di barisan yang mendapat syafaatmu ya Rasulullah saw.

1 Syawal, semuanya bergembira dengan baju raya.Ada yang kelihatan satu keluarga sedondon dengan berbaju kurung dan berbaju melayu.Ada yang berwarna-warni cuba mencari kelainan.Pelbagai gaya!

Alhamdulillah,kita raikan Syawal kita penuh kesyukuran, tanda kemenangan kita berjihad di Bulan Ramadhan.

Moga Allah menerima amalan kamu dan amalan saya. InshaAllah.

Eid Mubarak!


IkaDc,kYong,Adik,Abang,Danial,Danish,KakShila,Mama dan Abah! 

Lama juga kami adik beradik tak tangkap gambar, eh ada anak abang pulak. Danish irfan. 


Untuk tahun ini, kami sekeluarga ala-ala kerabat diraja, iaitu tema kuning! Alhamdulillah,

Moga Allah terus melimpahkan rahmat kepada kami dan kamu semua.Allah itu Maha Penyayang kan? Jadi mengapa masih meragukanNya? :D


IkaDekchik
Cheras-Selangor.



Tuesday, July 30, 2013

Sebarkan bahagia, bukan sebarkan fitnah

Aina merenung jauh dari tingkap bilik rumah sewa yang didiami oleh 4 orang sahabatnya yang lain.Jauh di merenung,entah apa yang ada dalam fikirannya.

"Assalamualaikum,enti buat apa ni?Termenung ingat apa ni?Enti ada masalah yang boleh kita kongsi?Mana tahu dapat kurangkan sedikit beban enti tu", Nur sahabatnya cuba memujuk Aina yang dari tadi dia lihat murung.

"Waalaikumusalam,hmm bagaimana harus ana mulakan pun ana tak tahu,tapi enti,ana bingung saat ini,insan yang ana sayang seperti menjauhkan diri pada ana,ana tak tahu apa salah ana",Aina mula mengadu pada rakannya.

"Eh,siapa yang enti maksudkan ni?Bakal suami?", usik Nur sambil senyum meleret.

"Bukanlah,enti ni,bila ana sebut insan yang ana sayang ja terus kata bakal suami,cinta itukan luas?Cinta pada Allah,cinta pada Rasulullah saw,cinta terhadap ibubapa,kawan,cinta haiwan dan alam persekitaran",Aina cuba melawak memujuk hati sendiri.

"Habis tu,insan yang enti sayang ni yang mana?", Nur bertanya penuh yakin.

"Hmmmmmm...sahabat", Aina menundukkan wajahnya,dia teramat sedih,bergetar dadanya menahan tangisan.

"Apa yang sahabat enti buat kat enti sampai begini sekali impaknya?!", tanya Aina dengan marah.

"Azza.Enti tahu kan dia rapat dengan ana macamana?Tetapi sekarang dia seperti abaikan ana,ana tak tahu apa salah ana.Dia buat ana seperti tiada sekarang,ana cuba pujuk hati tetapi ana sering gagal!Dia selalu sakitkan hati ana,hati ana sakit!Setiap perangainya menyakitkan hati ana,dia itu dan ini....blablabla (3jam)..",

"Allah,teruknya dia!Padahal dia orang yang ada tarbiyyah.Kenapa dia berubah macamtu sekali ya?Hmm, patutlah ana selalu nampak enti sedih,rupanya enti dikhianat sahabat", tambah Nur cuba mencucuk mengganti syaitan. (heh)

"Cinta itu cahaya sanubari,kurniaan Tuhan fitrah insani", lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid tersohor di Malaysia gabungan Inteam dan Mestica memainkan rentaknya dari telefon bimbit milik Nur.

"Eh sekejap,ana pergi angkat panggilan,siapa pula yang hubungi ni", kata Nur ringkas.

"Nur,cakap dengan siapa tu?Serius ja tu", usik Azza dari dapur yang sedang sibuk membancuh teh.

Tiada apa balasan dari Nur,Nur cuma memandang dan membalas dengan senyuman sinis kepada Azza.

Selesai Nur bersembang di talian,dia terus menjauhkan diri dari Azza,dia beranggapan Azza seorang sahabat yang sangat jahat!Kerana banyak sikap buruk yang diceritakan Aina kepadanya.

Azza musykil dengan sikap Nur,"ahhh pedulikanlah,manusia punya hati boleh berubah.Yang penting aku tahu aku ada Allah", Azza bermonolog sendirian sambil melayan secawan teh yang dibancuh sebentar tadi.

Heh!

****************************

Ingat,setiap apa yang kalian dengar dari sesiapapun,jangan terus percaya,kerana bimbang nanti andai ianya dusta.Itu adalah fitnah!

Bila manusia tak peduli kita,kita kena ingat Allah masih peduli kita!

Jangan senang cerita aib kawan.

Nasihatilah kawan,bukan terus mencucuk!

Kawan,ukhuwah kerna Allah itu berbeza.


Ika Dekchik
Cheras - Selangor.