Tuesday, February 19, 2013

Diari Shairah


Aku merenung jauh dari tingkap rumah sewaku,yang aku sewa bersama 5 orang lagi teman seperjuangan.Hujan turun lebat seakan-akan memahami perasaan aku ketika ini."Allah jadikanlah aku seorang sahabat yang disenangi insan sekeliling",aku berdoa didalam hati dan aku yakin Allah mendengarnya.

Haaaa!Aku disergah oleh seorang rakan baikku,Nurul.Dia sentiasa ada saat aku susah atau senang.Dia terkadang seakan tahu perasaan aku.Ketika aku kesedihan tiba-tiba dia datang menceriakan aku."Amboiii,menung jauh nampak,teringat kat putera idaman ke?" usik Nurul sambil tersenyum lebar.

"Ishh Nurul ni,pandai-pandai je,mana adalah" jawabku ringkas.Lalu kami ketawa bersama.Bilik yang tadi sunyi kini seakan-akan ada parti keramaian."Eh dah lah,gelak banyak sangat nanti ilmu banyak keluar" kata -kata Nurul mengingatkan aku."Betul juga,Shairah pun baru sahaja habis ulangkaji pelajaran tadi,lepas itu menung sekejap memikirkan masa depan,Nurul yang pandai-pandai mereka cerita nak usik Shairah".

"Eh oklah Shairah teruslah ulangkaji,jangan termenung lagi ya" usik Nurul sambil meninggalkan aku.Aku tersenyum melihat telatahnya yang manja.Walau dia suka mengusik tetapi aku senang berkawan dengannya.Lumrahlah perselisihan faham sering berlaku antara kami.Ada sahaja yang tak kena.Kadang-kadang aku bingung betul ke dia sahabat aku.Namun aku diamkan sahaja.Biarlah Allah aturkan untuk aku.

Pejam celik pejam celik waktu silih berganti hari berlalu tanpa kita sedari aku dan rakan-rakanku sudah semester enam dan pastinya selepas ini kami sukar untuk bertemu kerana masing-masing latar belakang dari negeri yang berlainan.Ada yang di Terangganu,Kelantan,Kedah dan juga Kuala Lumpur.Tiba-tiba hatiku rasa sayu dan sebak.

Bermacam karenah manusia aku lihat disini,ada yang sangat menyenangkan hati tak lupa juga yang menyakitkkan hati!Yang menggelikan hati lain pula ceritanya.Pasti aku akan merindui saat-saat pensyarah mengajar.Buku,mesin,organisasi dan segalanya pasti aku terasa sedih bila mengingatkan.Arghhh rindunya nanti aku pada semua itu!

Tapi aku harus menerima hakikat hidup di dunia ini.Bukan semua yang kita mahu kita dapat.Allah akan beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu.Aku tahu Allah perancang terbaik.Aku tak mahulah dikatakan menolak qada dan qadar apabila aku seakan-akan tak dapat terima yang aku akan meninggalkan kuliah,kawan-kawan,rumah sewa,organisasi dan segalanya di ipta ini.

Di sini aku punya ramai teman,ada yang selalu memberi nasihat kepadaku dan ada pula yang baik dihadapanku rupanya dialah dalang di setiap perkara yang aku lakukan."Argh!Aku benci kawan makan kawan!"Aku bermonolog seorang diri.Tanpa aku sedar,ada sebutir mutiara jernih jatuh ke pipiku,aku menangis lagi!Ahh memang aku lemah,seringkali tewas dengan airmata.Sampai suatu ketika dahulu ada seorang sahabat menggelarkan aku ratu air mata.

Terkadang aku teramat kecewa kerana ada teman yang paling aku percayai dan sayangi rupanya menikam aku dari belakang."Patutlah aku selalu sesak-sesak nafas" aku berjenakan seorang diri sambil tersenyum,orang kata sedang menghiburkan hati sendiri yang sedang luka.Pelbagai cerita dan pengalaman yang aku perolehi disini.Pasti akan aku ceritakan pada anak-anak ku kelak.Moga aku sentiasa menjadi sahabat yang disenangi insan sekeliling.



19/2/2013
Selasa
Dalam bilik rumah sewa



Ps : Ini adalah cerpen yang berbentuk diari seorang yang bernama Shairah.Tidak ada kena mengena dengan si penulis blog.InshaAllah Shairah ni rajin tulis diari nanti Dc ceritakan kembali kepada kalian :-)


Thursday, February 7, 2013

Jagakan dia untukku

Assalamualaikum wbt,walau dalam hati yang gelisah namum Dc tabahkan hati untuk menulis.
Semalam kira-kira pukul 1.00 pagi Dc terima panggilan dari mama mengatakan abah tidak sedarkan diri dan buih keluar dari mulut abah.
Satu sahaja yang mampu Dc katakan dalam hati,"Allah ampunkan dosaku jika aku gagal jadi anak solehah".Kerana ketika itu Dc di perantauan.
Dc tahu jika Dc anak yang solehah,pasti Allah beri yang terbaik buat Dc.Pasti Allah memberi ruang kepada Dc untuk menatap wajah abah buat kali terakhir,tentu Dc dapat membisik ke telinganya kalimah-kalimah Allah.
Allah Dc masih perlukan abah,jangan Engkau ambil Ya Allah tetapi aku tidak mahu menjadi seorang hamba yang tidak menerima qada dan qadar yang ditetapkan olehMu.
Alhamdulillah,sekali lagi Dc membuat panggilan,mama berkata tenang,"Alhamdulillah abah dah ok,ika jangan risau sangat".MashaAllah betapa tenangnya mama menghadapi ujian-ujianMu.Moga jadi isteri solehah mama!
Allah saat ini,hatiku berdegup kencang.Sesungguhnya aku tidak mahu apa yang selama ini tidak ku ingini terjadi.Hakikatnya aku tidak mampu untuk menolak takdirMu.Allah jagakan dia untukku.
*Terus tembakkan doa untuk abah Dc ya kawan-kawan.
Gambar ketika abah sakit terlantar di hospital selama 3 bulan.

Sunday, February 3, 2013

Kau tidak seperti dulu

Engkau adalah permata hatiku
Walau engkau diuji
Senyuman tetap terukir di bibirmu
Disaat aku tersungkur jatuh
Engkau menghulurkan tangan lalu memelukku erat
Engkau yang selalu memotivasikan diri ini
Saat diri ini leka dan lalai dengan duniawi
Engkau menegur aku
Dikala aku lupa untuk menyampaikan sesuatu yang aku tahu
Kini dirimu diuji
Segala apa yang engkau lakukan dahulu padaku
Aku pula lakukan padamu
Aku pasakkan azam dan cita-cita kepadamu
Aku memapah engkau disaat engkau cuba berdiri
Aku perdengarkan engkau ayat-ayat suci dariNya
Terkadang engkau seolah tidak seperti dahulu
Engkau mengamuk tak tentu pasal
Sikap sabar terkadang hilang dari engkau
Mengapa?aku sendiri tidak pasti
Namun satu yang aku pasti
Allah itu Maha Penyayang
Dia tidak akan sesekali menguji engkau dan aku tanpa asbab tertentu
Sejujurnya aku amat merindui kata-kata hikmah dari engkau
Kata-katamu sehingga kini aku pegang dan aku sampaikan pada yang lain
Engkaulah ayah yang baik budinya
Bersabarlah kerana Allah menyayangimu
Allah menguji sejauh mana sayang dan taat aku terhadap dirimu
Dan Allah juga sedang menguji sejauh mana keimananmu
Allah sentiasa beri yang terbaik buat hambaNya
Yakinlah duhai ayahku
Walau aku tahu,engkau tidak mungkin bisa membaca apa yang aku coretkan disini
Namun aku tahu engkau mampu membaca isi hatiku
Terima kasih abah
*Doakan abah Dc ya kawan-kawan :-)

Thursday, January 31, 2013

Manusia ada arial?

Assalamualaikum wbt buat pengunjung SKSH.Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas nikmatNya yang tidak pernah putus untuk kita semua.Alhamdulillah.

Manusia ada arial?Apa tu?Haa bunyi seakan pelik kan?Tetapi hakikatnya adakah sahabat-sahabat percaya bahawa kita manusia juga mempunyai arial bukan astro sahaja yang ada piring bagi mendapatkan siaran.Rupanya kita juga sama.MashaAllah.

Apa yang Dc perkatakan,percayakah kita apabila kita merindui seseorang secara tiba-tiba,sebenarnya orang yamg kita rindui itu juga sedang merindui kita.Subhanallah.

Sebelum ini Dc memang sedia maklum akan perkara sebegini.Cuma Dc belum rasainya lagi dan Alhamdulillah Allah beri peluang kepada Dc untuk merasai nikmat itu.

Entah kenapa sejak 2 3 hari ini Dc amat merindui sahabat Dc yang Dc anggap seperti keluarga iaitu Siti Ruqaiyah.Dc mula kenal dengan sejak Dc berumur 17 tahun ketika di tingkatan 5.Kami bukanlah dari sekolah yang sama.Tetapi Dc mengenalinya dari seorang sahabat Dc yang lain.Disitu mula perkenalan kami.

Dan ditakdirkan kami belajar di pusat pengajian yang sama juga kami satu kelas!Dan berkhidmat dalam badan organisasi yang sama.Sehingga ketika semester satu ada senior-senior yang keliru mana satu Qayah dan mana satu Dc.Kami juga ketika itu agak nakal kadang-kadang Qayah mengaku dirinya Dc dan Dc mengaku diri sebagai Qayah.Lalu kami tertawa bersama kerana berjaya buat senior keliru.(Haha)


                                [Ketika semester satu,lihat wajah Qayah dan Dc,lebih kurang sama.haha]

Tak kurang dengan itu,ada pula yang tertanya-tanya adakah kami kembar?Kami pun terus mengangguk.Nakal sungguh.Tetapi kemesraan kami semakin hari semakin pudar.Tak tahu apa puncanya.Dc selalu minta Qayah agar kami seperti dahulu.Tetapi seakan-akan ada yang menghalang.Allahurobbi,ampunkan Dc andai dosa Dc yang merosakkan ukhuwah kami.Atau Dc sendiri yang terasa seolah-olah begitu?Padahal Qayah tidak rasa apa-apa?Moga Dc bukan berprasangka buruk.

Tetapi jangan risau,kami tidak bergaduh saling bermasam muka.Cuma Dc rasa kemesraan itu tiada.Allah tarik sekejap nikmat kemesraan kami.Mungkin kami tidak bersyukur.Ampunkan kami.
Tamat pengajian di politeknik,kami jarang berhubung.Dan tiba-tiba Dc hubungi dia,tak sangka dia dah nal nikah rupanya.Dalam hati Dc,syukur Alhamdulillah sahabatku telah dirisik oleh seorang pemuda yang tsabat dijalan Allah.

[Gurau kami ketika dikejauhan,masa ini kami berpraktikal]

Dc berkhidmat di majlis pernikahannya sebagai photographer.Dc rasa itulah hadiah yang paling istimewa yang Dc mampu berinya waktu itu.Alhamdulillah dia terima dengan baik.Terima kasih kawan.
Dan baru-baru ini,sekali lagi tiba-tiba Dc amat merinduinya.Lalu Dc capai telefon bimbit dimeja,dan jari Dc pantas menaip "Salam Ruqaiyah,kenapa aku rindu kau sangat ni ha?Kau rindu aku tak?".

                                                     [Selepas Qayah bergelar puan.hehe]

2 hari selepas itu,Dc mendapat pesanan darinya melalui facebook chat.Qayah hantar "Salam,maaf masa kau hantar mesej hari tu aku takde kredit,tapi masa kau hantar mesej tu sehari sebelum tu aku rindu kau sangat2 sampai aku jalan2 aku ternampak kasut yang selalu kau pakai hari2 untuk ke kelas,alu pun beli satu,murah je.hehe,kau sihat tak?Jaga diri kau baik-baik".

[Kasut Dc selalu pakai masa pergi kelas dulu-dulu]

Saat Dc membaca pesanan dari dia,Dc menangis sendirian.Dc terkenang saat-saat jatuh dan bangun bersama dia.Saat kami belajar bersama,dia banyak membantu Dc dalam aspek pembelajaran malah Dc pula membantu dia dalam uruskan organisasi,edit gambar,tangkap gambar,berbisnes,lebih kepada kemahiran kerana Dc mempunyai bakat dalam kemahiran hidup.Alhamdulillah.

Apa yang Dc mahu tekankan disini adalah,benar manusia itu punya arial.Apabila seseorang merindui seseorang percayalah bahawa yang seseorang itu sedang merindui seseorang.Network!Subhanallah.Ini juga tidak hairan kerana kita selama ini berhubung dengan Allah juga tanpa wayar.Jadi tak perlu rasa hairan jika ciptaan manusia dengan wireless & bluetooth.

Dan sekarang Allah telah pulangkan kembali kemesraan kami!Terima kasih Allah.Jadikan kami dikalangan mereka yang bersyukur atas nikmatMu bukan mereka yang kufur.Nauzubillah.Dc amat menyayangi sahabat-sahabat Dc.InshaAllah (>_<)

Wallahualam.

ps : Gurau kami memang kasar. haha

Wednesday, January 30, 2013

Listen! Sila Faham

Dc mulakan bicara sepi ini dengan lafaz bismilahirahmaniraheem.Assalamualaikum wbt buat pengunjung SKSH.Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih sayang dariNya.InshaAllah.Terlebih dahulu marilah kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw "Allahumma Solli Ala Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Wasallam".Moga Rasulullah saw kenal kita di akhirat kelak.InshaAllah.

Pada saat ini,Dc begitu kecewa terkadang seakan-akan mahu menjerit sekuat hati dek kerana hati yang panas.Tetapi bukankah dengan mengingati Allah,berzikir itu lebih afdal?Maka Dc memilih pilihan kedua Dc iaitu berzikir.

Manusia dijadikan sebaik-baik kejadian olehNya tetapi satu perkara yang kita perlu ingat kita tidak sempurna,tidak bersifat maksum.Kadang-kadang hati kita seronok berhibur tanpa kita sedar kita sedang melakukan perkara yang lagha.Nauzubillah.Moga kita tidak tergolongan dalam golongan yang sedikit.Mengapa sedikit?Ini penjelasannya

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Dc akui Dc sendiri banyak kelemahan,kadang-kadang nafsu amarah melampaui batas.Allahurobbi,Hmm terkadang Dc sedih dengan insan sekeliling Dc yang amat Dc sayangi.Mereka mungkin belum mengenal Dc sepenuhnya walaupun tampak diluaran terlalu rapat.

Lumrah manusia ada bermacam sifat,itu privasi diri sendiri.Mengapa sukar benar kita manusia memahami insan sekeliling kita?Mungkin kita kurang rasa syukur.Muhasabah diri kembali,persoalkan diri sendiri kembali.Mungkin ada dosa dan noda kita sendiri sehingga kita rasa tidak selesa dengan seseorang.Tetapi andai Dc yang bersalah dalam hal ini,maafkanlah Dc berikanlah Dc waktu untuk memuhasabah diri kembali,mengapa perlu dihukum tanpa sebab-sebab yang tidak munasabah langsung.

Allah mungkin selama ini Dc tidak bersyukur dengan apa yang Engkau beri.Peluklah Dc Allah andai Dc jauh dariMu.Ingatkan Dc andai Dc lupa.Lihatlah Dc,lihatlah Dc dengan pandangan rahmatMu Allah.Tunjukkanlah Dc landasan yang benar andai Dc tersasar jauh.


Erghh mungkin perasaan Dc yang katakan dia tak suka Dc.Padahal dia memang bersikap sedemekian rupa.Oh Tuhan,maaf sekali lagi Dc berprasangka buruk!

Maaf andai selama ini,ada yang rasa kurang selesa dengan sikap Dc sendiri.Dc sedang belajar,silalah faham Dc.Terima kasih terima kasih terima kasih.

                           
                                                                          [Sengaja diblurkan pada bahagian muka]

Mood : Sedih

ps : Tak tahu kenapa macam lari apa yang ditulis dengan apa yang difikir.

Sunday, January 27, 2013

Untuk Dia Hey!

Bismilahirahmaniraheem

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-temanku.Alhamdulillah dapat lagi kita bersua disini walau tangan tidak dapat berjabat namun kita masih mampu berdoa menggunakan kedua belah tangan kita untuk berdoa agar sentiasa di landasan yang sama dan betul.Alhamdulillah.

Dc disini cuma ingin kongsikan cerita Dc bersama insan sekeliling Dc.Allah bijak aturkan dengan siapa Dc akan jumpa.MashaAllah,terima kasih atas nikmat-nikmatMu,jika dihitung pasti aku tidak mampu kerana nikmatMu begitu banyak dan luas.

Zamzarina atau Dc memanggilnya dengan panggilan Kak Zam,entah mengapa hati ini rasa sayu apabila dia selamat diijabkabulkan,sah menjadi isteri kepada seorang pemuda.Alhamdulillah,moga dapat membina baitul muslim.

Apa yang Dc terkilan,Dc tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya,tetapi dalam hati Dc tidak pernah putus doa buatnya.Harap Dc tidak menyalahkan takdir,inshaAllah.Bukan rezeki Dc untuk melihat Kak Zam menyarungkan kasut tinggi(weeewwiiit.hahaha).Sepanjang perkenalan Dc dan Kak Zam,walaupun ukhuwah kami masih muda,tetapi entah kenapa Dc rasa akrab dan selesa dengannya.Mungkinkah kerana dia dan Dc mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang fotografi?Atau mungkin Dc senang berkawan dengannya?Atau dia yang senang berkawan dengan Dc?Entah,tak perlulah Dc persoalkan kembali nikmat Allah ini.


Tetapi secara jujurnya,Dc rindukan lawak jenaka kami bersama.Dc suka sakat dia sehingga dia diam tak tahu nak balas apa.Contohnya "Kak Zam nak gula-gula "Nona"?"Eiii Nano la,bukan Nona" kata Kak Zam,Dc pula mengusik "Dc ambil yang tengah Na(nona)no".Dc ketawa besar,Kak Zam pula diam membisu.Sangat rindu segala memek mukanya.Kelakar buat Dc senyum sendirian.

Biarlah Dc rahsiakan  dimana mulanya persahabatan kami,cukuplah sekadar tahu kami berkawan.

Maafkan Dc kerana tidak dapat sama-sama meraikan hari yang bahagia buat Kak Zam,tetapi cukuplah sekadar doa Dc sentiasa bersama Kak Zam.InshaAllah.Kita kawan sampai bila-bila.

Hmm mula-mula nak post entry ni,otak Dc ligat benar mencurahkan idea-idea untuk dikarang tetapi entah kenapa jari ini seperti kekok tidak seperti biasa.Fuhh Kak Zam ada mandrem ke?(huhu)

Ok sebenarnya Dc yang speechless! (err malunyaaaa.buat pertama kali Dc rasa malu-malu manusia).

Moga Kak Zam menjadi isteri yang solehah ya!Jangan degil perlu dengar kata suami ya! :-) Ukhuwah kita sampai ke syurga!InshaAllah.

Oh lupa,Puan Zam bukan Kak Zam lagi ! (Weeeeeee).

Doakan Dc agar dapat berkhidmat untuk Puan Zam di hari tandang 3 Feb 2013 ini ya!
[Kak Zam kata nak tengok Mimie Dc,tapi tak kesampaian lagi,nah tgk ni!]


Haha, Bye Bye ! 

Assalamualaikum


Saturday, January 26, 2013

Monolog diri

Aku rendah di pandangan mereka
Dimata mereka aku pasti aku kosong dan tiada beerti
Namun aku yakin suatu hari nanti
Mereka pasti tidak percaya dimana aku berdiri
Kerana hinaan dan kejian membuat azamku
Semakin melonjak tinggi
Lupakan manusia itu
Kerana mereka merasa cemburu denganku
Allah bantu aku untuk mereka tahu siapa aku sebenarnya
Aku tidak pernah kenal erti tewas!